Jersey, Replica, Jersi Bola
Bulan ni semua kelab-kelab bola gergasi melancarkan jersi baru masing-masing. Tak kira lah ‘Home Jersey’ atau ‘ Away Jersey’ atau ‘Training Kit’. ’3rd Jersey’ tak nampak lagi. Mungkin bulan depan kot ‘launching’. Aku yang bekerja di kedai sukan ni sibuk lah dengan memproses baju-baju mengikut tarikh ‘launching’. Nak kena bubuh sampai 3 tag. Takut kena curi lah tu. Sebab tu bubuh banyak tag. Habis proses terus hantar ke office.
Macam biasa lah baju jersi yang biasa berharga £35 untuk dewasa. budak-budak punye £28. Kalau ada nama kat belakang atau berlengan panjang maka harga lagi mahal. Sponsor utama sape lagi kalau bukan Adidas dan Nike. Adidas taja Chelsea, Newcastle United, Liverpool, Real Madrid. Nike pulak menaja Manchester United, Arsenal, Barcelona, Celtic. Kalu tengok jenis pattern kain dua sponsor ni berbeza sungguh. Adidas lagi best dari Nike. (promosi ini tidak berbayar atau dibayar yek). Kain dia lagi lembut dan sedap bila pakai. Ni berdasarkan pengamat penulis dan perkongsian cerita dengan rakan sekerja.


Bulan lepas masa 2nd jersi Liverpool di ‘launching’, kedai aku kena guna 2 pak guard. 1 jaga pintu, 1 lagi jaga baju. Tu baru 2nd jersi. Kalau 1st jersi tak tau la macam mana. ramai juga peminat Liverpool kat sini. “Never Walk Alone”. Ada orang Melayu kat sini nak beli. Tapi disebabkan ada tulisan “Carlsberg” maka berputih mata lah nak beli. Tak pe yang penting korang dah tau pakai pakaian yang aga lambang Company Arak pun dah berdosa apatah lagi nak minum. Alhamdulillah umat dah semakain jelas sedikit sebanyak sekarang.
Hari ni 1st jersi “Syaitan Merah” pulak di ‘launching’ kan. Siapa sponsor utama bagi pemenang EPL 2008 terjawab akhirnya. AIG masih lagi penaja utama kelab ni. Sebelum ni ada ura-ura cakap Saudi Telecom yang taja. Ada juga yang cakap company dari India yang taja. Mungkin AIG dah selamat sikit kot sebab tu dia masih lagi menaja MU. Mungkin juga sebab mendatangkan banyak keuntungan pada diorang. Apa-apa pun AIG dah jadi Syarikat Kerajaan US. Emmmm nak boikot ke? hehehe.
Tapi orang sini memang tak kisah berhabis duit untuk kelab bola kesukaan diorang. Orang cakap ‘Die Hard Fan’. Sanggup membeli semua set lengkap dari jersi, stokin, ‘training kit’, sampai baju anak pun ada. Kalau ‘training kit’ tu dari sweter, baju 2,3 jenis, seluar track dan macam-macam lagi. Mana lah tak hidup kelab bola kat sini. Bagi diorang £35 tu macam RM35 je kat Malaysia tu. Kalau kita temenung dah nak beli baju harga RM210 (setelah di’convert’ dari £ – RM).
Kesian kat jersi Arsenal yang baru. Kelab lain hantar berguni-guni baju untuk dijual. Arsenal dihantar 8 helai je. Tu pun tah kat mana duduknye. Jumpa baju tu pun lepas 2 minggu di launching. Sebelum jumpa baju tu boss asyik tanya je dah jumpe belum.
Bagi kami yang berpendapatan rendah ni hanya mampu membeli jersi ‘last season’ je. Nak beli yang baru tak mampu. Kalau harga £15 tu mungkin boleh difikirkan untuk beli. Tapi kalau dah harga £10, £8 apa lagi tunggu. Sambar je lah. Bukan senang nak dapat semurah tu. Lepas tu dapat pulak 15% offer sebab staff.
p/s : Sesiapa yang nak kirim apa-apa jersi boleh bagi tahu sekarang. Tiada cas penghataran dikenakan. Siap dapat offer 15% lagi. Harga mengikut kadar pertukaran wang semasa.
rugi la bitu..ambik la untung sikit..haha..jahat tak?? Anyway good entri. I like it;)
weh, jersi season lepas chelsea bpe harga? yg sblm ni aok ade kabor ttg bju real madrid tu yg keh nak tu amcam? aok dh beli ke blom?
Harga £25.Real Madrid tu dah beli dah. Boleh je kalo nak lagi. nanti kome belikan utk aok…
ada students aku tanya bape harga jersi chelsea kids punya? then MU yg baru ke sana bpe pound? aok nak tau tak kt KLCC jersey MU rm400++!!! gile ah ding dong
salam
bro,da jc spain x?
25 pound 2 bpe rm bro..? kwn ni x skolah tinggi..
ye sye menang… hahahahah
salam jersey real madrid berapa harga nya?