Rejab, Syabaan, Ramadhan, Syawal

Selepas berlalu kesemua bulan-bulan mulia ini kehidupan seorang muslmin kembali kepada keadaan asal. Perlukah kembali kepada keadaan asal ataupun lebih baik dari sebelumnya? Sepatutnya lebih baik dari sebelumnya kerana bulan-bulan ini mengajar kita menjadi muslmin mukmin yang lebih bertakwa. Tetapi jika sebaliknya berlaku pada kita, adakah ini lebih baik atau lebih buruk?

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Bulan Ramadhan menyedarkan kita betapa mudahnya melakukan kebaikan bila syaitan diikat dan ditambat. Mengaji al-quran setiap hari 1 juzuk tanpa putus-putus. Istiqamah bangun malam. Hati mudah ingat kepada Allah. Tiap-tiap malam melakukan tarawikh tanpa henti. Betapa mudahnya kita beramal. Tetapi ada juga dikalangan kita yang sukar untuk lakukan semua ini. Mungkin sifat dan perangai syaitan sudah sebati dengan jiwa kita. Nauzubillah, moga kita dijauhkan dari sifat mazmumah ini.

Doaku supaya aku bertemu lagi Ramadhan yang akan datang…

Advertisement

Berbekas Dahi

Berbekas dahi, satu tajuk yang agak menarik untuk dikongsi dengan pembaca sekalian. Maksud berbekas dahi ini bukan disebabkan eksident atau tercedera kena parang masa main perang-parang masa kecik-kecik, tapi berbekas dahi tanda banyaknnya solat sehingga meninggalkan kesan pada dahi

Bagi tipikal orang Melayu Islam (kena ‘mantion’ Islam sebab dah ada melayu yang tak lagi Islam sekarang) mereka menganggap tanda didahi, masyaAllah, hebat sebab kuat melakukan solat dan orang akan memandang tinggi tehadap orang sebegini. Bagi mereka orang sebegini adalah seorang yang benar dan berhubung rapat dengan Allah. Tapi betulkah semua yang bertanda didahi itu menunjukkan seseorang itu kuat bersembahyang atau dibuat-buat dan digesel-gesel pada sejadah/permaidani/lantai? Kalau betul memang dia memperhambakan diri pada Allah, Alhamdulillah moga amalanya diterima Allah

Benarkah berbekas didahi itu bermaksud seseorang itu kuat melakukan solat?

Hadith riwayat Imam Ahmad dari ‘Aisyah RadiyaLlahu’anha katanya:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan qiamullail pada awal surah al-Muzzamil. Lalu Rasulullah dan para sahabat menunaikannya sehingga berbekas pada kaki mereka kerana banyak bersembahyang. Kemudian Allah meringankan kepada mereka pada akhir suruh lalu qiamullail menjadi sunat”

Dari hadith diatas dapat dilihat bahawa tanda orang yang kuat melakukan solat adalah tanda berbekas pada kaki mereka bukan pada dahi. Mungkin tanda ini disebabkan lamanya berdiri dan duduk semasa melakukan solat.

Kisah pertama, jika disingkap sejarah zaman Abu Bakar menjadi Khalifah, banyak golongan muslimin yang tak mahu menunaikan rukun Islam yang ke-3 iaitu membayar zakat. Golongan ini semuanya berbekas dahi mereka. Adakah boleh dikatakan golongan ini benar-benar bertakwa kepada Allah? Hal ini juga menyebabkan berlaku perselisahan pendapat antara Abu Bakar dan Umar dalam memerangi golongan ini kerana berbekasnya dahi mereka dan akhirnya golongan ini diperangi.

Kisah kedua, golongan Khawarij yang juga mempunyai bekas didahi. Golongan ini lah yang  bersengkongkol menyebarkan fitnah terhadap Islam bersama Abdullah bin Saba’ (seorang yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam melawan Islam dari dalam). Golongan ini juga yang menyebabkan berlakunya peperangan diantara Ali dan ‘Aisyah didalam peperangan Jamal (unta). Mereka yang menimbulkan provokasi kepada kumpulan Ali dan ‘Aisyah dan akhirnya berlakulah perang saudara yang pertama di dalam Islam iaitu peperangan Jamal ini.

Kisah ketiga, kisah Liwat II yang semakin mendapat liputan meluas diperingkat antarabangsa baru-baru ini sehinggakan kisahnya disiarkan di UK dan seluruh dunia. Lihat lah Saiful Azlan Bukhari. Apa ada pada dia? Carilah sendiri. Penulis malas nak mengulas pasal dia.

Kesimpulannya tanda seseorang yang menunjukkan seseorang itu kuat menunaikan solat bukanlah kepada dahi semata-mata tetapi kesan berbekas pada kaki seperti yang berlaku pada Rasulullah sehingga menyebabkan kaki Baginda sakit kerana telalu lama berdiri menghambakan diri kepada Allah. Maka ubahlah persepsi kita yang salah sebelum ini. Semoga tulisan yang sedikit ini dapat dikongsi bersama.

Dunia Penuh Tipu Daya

Kenapa manusia mengejar dunia? Bukan ada apa-apa pun di dunia ni. Manusia menjadi bodoh mengikut hawa nafsu kerana kebodohan menggunakan kecerdikan ilmu yang ada di dunia ini.

Wanita, Harta dan Pangkat menjadikan manusia itu bodoh. Ini kerana adanya hawa nafsu jahat yang telah bersarang di dalam diri tubuh manusia kerana tidak didik dengan kecerdikan ilmu. Masakan seorang ibu sanggup membuang anak didalam tong sampah kerana kononnya menjaga maruah diri dan keluarga. Itulah hasutan syaitan yang menjadikan manusia yang cerdik kepada manusia yang bodoh.

Sebenarnya manusia yang mengejar dunia dan telah pun dapat dunia dengan mempunyai harta yang banyak tetap tidak merasakan cukup dengan apa yang ada. Jiwa meronta-ronta untuk mencari banyak lagi harta. Siapa yang mempunyai jiwa yang tenang? Bagi tahulah aku sekiranya ada manusia yang merasakan jiwanya sentiasa tenang.

Tiada manusia yang jiwanya sentiasa tenang….

Ketenangan

Ramai manusia berasa hati dia tidak tenang. Kenapa? Mungkin dia ada buat salah dengan orang lain? Atau ada buat salah dengan diri sendiri? Atau dia banyak buat salah dengan Sang Pencipta?

Itulah jawapannya,
Banyak buat salah dengan Sang Pencipta.
Bila Sang Pencipta tidak mempedulikannya disebabkan dosanya yang banyak maka semuanya serba salah.
Hati tidak merasa tenang dengan hidup. Semua benda dibuat salah dan serba salah. Sang Pencipta telah menarik nikmat ketenangan dalam jiwanya. Sang Pencipta memberi peringatan supaya kembalilah kepadaNya. Dia lah tuhan sekalian alam dan empunya hati yang sentiasa berbolak balik.

Kembalikan tenang jiwamu dengan bersembahyang, mengaji al-Quran dan sentiasalah mendengar alunan bacaan al-Quran. Wah, sungguh tenang hatiku apabila mendengarnya..masyaAllah, subhanAllah

Penderitaan dan kesenangan

Betapa senangnya kita beribadat kepada Allah berbanding dengan apa yang diterima oleh nabi Muhammad SAW. Bebanan yang berat bagi Rasulullah untuk membawa Islam. Rasulullah mengajak manusia kepada al-aqidah as-sahihah dan berdepan dengan manusia yg meletakkan nafsu, harta dan shahwat dihadapan. Sebuah Hadith diceritakan suatu hari, segala bentuk kekotoran diletakkan keatas kepala nabi. Sehingga Fatimah menangis melihat beban yang dikenakan keatas nabi. Tapi nabi menyebut ” Jangan kamu sedih dan takut kerana sesungguh Allah telah merahmati ayah kamu (Nabi Muhammad)”.

Allah meninggikan nama nabi sehinggakan dalam perang Tabuk tentera musyrikin berasa gentar apa bila disebut nama nabi di dalam perang tersebut. Falsafah ujian dalam hidup dalam kita ini, kita kena baik sangka kerana sesungguhnya ibtila'(ujian) sekecil-kecil seperti kena duri dikaki adalah kifarah kepada dosa yang kita lakukan

Sabar sekiranya bangun  pagi tengok-tengok 4 tayar kereta hilang. Kita kena sabar dan ‘+ ve thinking’. Ini ujian dari Allah dan kifarah kepada dosa kita sebelum ini. Allah bagi “inadvance”(secara sekalugus) dan ini secara tidak langsung dah melepaskan kita dari siksa azab neraka yang amat pedih.

Allah menyuruh kita bila selesai sesuatu urusan, terus melakukan urusan yang lain. Ini yang dilakukan Saidina Umar (al-Farouk) yang tidak berhenti-henti perkara dilakukan olehnya disebabkan perintah dan ganjaran disisi Allah. Semua usaha yang kita lakukan adalah untuk Allah SWT. Tidur pun jadi ibadah dengan niat ibadah kepada Allah.  Mungkin dengan tidur itu dapat menjauhkan kita dari melakukan maksiat seperti bersembang mengumpat, membuat benda-benda lagha dan menjauhkan kita dari maksiat. Dengan niat

Berharaplah kepada Allah sahaja. Berharap kepada manusia mungkin dapat atau tak. Wasiat Nabi kepada Abdullah Bin Abbas, ketahuilah, kalau berkumpul semua manusia untuk membuat kemudaratan kepada kamu dengan keadaan Allah tidak mengizinkan maka ianya tidak akan berlaku. Jika Allah mengkehendaki satu kebaikan walaupun tidak dikehendaki oleh orang lain maka tidak akan mampu dihalang oleh mereka.

SPM

SPM. Sembilan tahun yang lepas aku pernah bertemu dengan nya. Tahun 2000. Semasa mengambil SPM tahun tu calon hanya 78 orang sahaja walaupun sekolah aku adalah salah sebuah sekolah elit di Pahang. Ramai dikalangan kawan-kawan ku membawa diri ke sekolah lain selepas habis PMR 1998. Ada yang ke SBP, MRSM dan ada juga ke sekolah harian biasa. Banyak sebabnya kenapa mereka berpindah. Ceritanya biar lah menjadi lipatan sejarah kehidupan kami. Tak mampu untuk aku coretkan disini.

Tahun tu merupakan antara tahun awal SPM di dalam bulan Ramadhan dan  kami juga lah calon pertama bagi alaf baru. “New Mellenium”. Kami sempat dengan 1 kertas sahaja semasa bulan Ramadhan. Kertas ni adalah kertas akhir bagi kami. Kertas Bahasa Arab. Jarak dengan kertas sebelumnya adalah 1 minggu. Dapatlah kami pulang berpuasa dirumah masing-masing pada hari pertama puasa. Macam-macam orang cakap kalau periksa masa puasa tak baik untuk kesihatan lah, cepat letih lah dan bermacam-macam lagi. Tapi takde pulak orang mati sebab puasa kan? Itulah hikmah Allah jadikan puasa. Banyak kerahmat, keberkatan dan kebaikan berbanding kemudaratan.

Tahun ni adik aku yang ke-7, e-man berhadapan dengan SPM 2009. Adik bongsu aku, Akmal pulak PMR. PMR dah berlalu. SPM sedang berlangsung. Aku doakan kedua mereka berjaya. Berjaya memperolehi9A+ Berjaya macam abang dan akak diorang. Berjaya sampai ke menara gading walaupun jalan yang dilalui itu pelbagai cara dan ragam. Ada yang mengambil diploma dulu dan ada yg terus ke Ijazah melalui matrikulasi. Ada juga yang ambil ‘form 6’ separuh jalan je. Tapi Alhamdulillah sampai juga ke menara gading sekarang ini. Betul tak Mak Tam?

Bersambung…

Hari-hari berlalu

Setiap saat masa berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar dah hujung tahun 2009. Terasa macam semalam je 2009 muncul. Tapi berapa Hijrah yek?!! Ini yang selalu orang muslim terlupa. Mungkin ini lah doktrin barat yang mahu kita ikut cara berfikir, budaya, gaya hidup mereka sehingga melupakan siapa diri kita yang sebenar.

Hari-hari aku tengok cermin sebab nak gosok gigi, bercukur. Makin lama nampak makin ketara kedut dimuka. Ini bermakna aku makin tua. Tapi orang cakap duduk kat negara 4 musim ni muka tak cepat kedut. Tapi aku rasa tak pulak macam tu ceritanya. Iya rumah kata pergi dan kubur berkata mari…

Semua yang hidup pasti mati. Siapa takutkan mati bermakna dia ada penyakit ‘wahhan’. Cintakan dunia dan takutkan mati. Jauhkanlah aku, isteriku, anak-anak ku, keluargaku, saudara-saudara ku, sahabat-sahabat ku dan semua umat Islam dari penyakit ini.. Bantulah kami ya Allah….amin

Aktif kembali

InsyaAllah sekiranya diberikan kekuatan blog ini akan dihidupkan kembali. InsyaAllah pelbagai tulisan akan dimuatkan didalam blog ini. Lama dah rasa tak menaip untuk tatapan, pengisian dan pemikiran bersama. Semangat kadang-kadang ada dan kadang-kadang malas. “Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menulis”…amin =)

Baca lah…Best dan menginsafkan

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran”
pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih”
balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab”
keluh Jamilah.

“Ala , awak bukan reti pun bahasa arab”
jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat”
tegur pakcik

Berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid”
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?”
pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa… aa.. lama dah saya tak baca, pakcik”
teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la”
tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi”
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

” Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi”
senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya”
pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu”
Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua”
ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?”
tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..”
jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin”
cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?”
Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d”
kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. .RIII..!!”
berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim. ..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM…RAA..”
kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran.Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim”

tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

BACA NI LAGI…

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
“Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

“Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.”

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
“Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.”

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
“Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.”

“Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat”

Pantasnya Ramadhan Berlalu

Ramadan

Sedar tak sedar hanya tinggaal 10 hari terakhir je sekarang ni. Apa lah yang dibuat dengan 20 hari yang pertama? Bila renung balik memanglah kita buat amalan setiap hari tetapi rasa macam masih tak cukup. Banyak lagi yang tak dikerjakan dengan masa 24 jam yang Allah bagi.

Sedikit perkongsian tentang Ramadhan ke-2 ku di perantauan.Permulaan Ramadhan agak bercelaru dengan 2 pendapat mengenai permulaan puasa. Imam BIC, Syeikh Anuar mengistiharkan 21 August 2009 sebagai permulaan berpuasa. Ini berdasarkan Majlis Fatwa Ulama Eropah dan Dublin Mosque. Satu lagi pendapat menyatakan puasa sebenar jatuh pada 22 August 2009 iaitu hari yang berikutnya. Maka wujudlah 2 kelompok yang berpuasa berlainan hari. Runsing apabila memikirkan kesatuan umat Islam. Sedangkan komuniti yang kecil ni pun dah berbeza pandagan dan pendapat apatah lagi kalau melibatkan dunia Islam. Bagi kami komuniti Melayu disini, ikut lah pendapat Imam yang ada. Bukanlah mempertahankan hujah dan pandangan masing yang penting, tapi kesatuan dan penyatuan umat Islam ini yang paling penting. Perkara yang sama juga pernah berlaku pada 1 Syawal tahun lepas.

Alhamdulillah kemudahan beramal dan berbuat kebajikan banyak dan melimpah ruah disini. Tarawih memang dah menjadi kewajipan setiap malam di BIC. Seperti tahun lepas, 3 hufaz di import untuk mengimamkan solat tarawih disini. 2 datang dari London dan seorang dari Mesir. Syeikh Mesir ni, syeikh yang sama datang pada Ramadhan tahun lepas. Biasanya dia akan mengimamkan 8 rakaat yang pertama dan selepas itu diikuti dengan bacaan taranum. Lepas tu barulah disambung kepada 2 hafiz lagi.

BIC mengadakan majlis berbuka puasa setiap malam. Setiap malam adalah nasi mintak berlaukkan daging ayam atau kambing. Aku jarang berbuka di BIC sebab zaujah aku rajin memasak, alhamdulillah. Seperti tahun sebelum ini, kami komuniti Melayu sekali lagi menyediakan juadah berbuka. Bagi kaum wanita dan ibu-ibu, mereka membuat kuih karipap, ketayap dan popia manakala bagi kaum laki dan ayah-ayah, kami memasak nasi minyak berlaukkan daging kurma kambing. Alhamdulillah rata-rata memuji masakan Malaysia. ‘Lazizah’, ‘jamil’ dan bermacam-macam lagi pujian. Inilah kelebihan warga Malaysia disini. Orang Arab, Somalia, Algeria, Pakistan, India, Filipina dan macam-macam negara lagi memuji masakan Malaysia. Masakan Malaysia sentiasa ditunggu untuk Iftar setiap tahun.

Selain berbuka, kami juga selalu mendapat jemputan berbuka dirumah rakan-rakan disini. Secara tak langsung ukhuwah dan tali persaudaraan tu menjadi semakin erat. Ini lah kelebihan apabila berada di sebuah negara lain dan dalam komuniti dan kelompok yang kecil. Alhamdulillah

  • Pages

  • Meta