Archive for August, 2008|Monthly archive page

Ramadhan…


Alhamdulillah sekali lagi kita akan dapat bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun 1429 Hijrah ni. Doa tahun lepas supaya dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini dimakbulkan Allah, InsyaAllah. Bagi yang muda, usia yang ada digunakan sepenuhnya untuk mengaut segala keuntungan pada bulan ini. Bagi yang telah lanjut usia syukur kerana Allah masih lagi memberikan ‘subsidi’ nyawa kepada kita.

Kalau beberapa minggu lepas kita sibuk menonton Olympic Beijing 2008 mungkin kita akan tahu sedikit sebanyak bagaimana persediaan para atlik untuk memenangi acara yang disertai. Bayangkan begaimana mereka buat persediaan. Tiap-tiap hari buat training, makanan, tidur, kesihatan semuanya dikawal dan dipatuhi dengan penuh disiplin. Tujuanya hanya satu je, nak dapat ‘Gold Medal’. Semua tu dibuat selama 4 tahun. Bayangkan berapa lama 4 tahun tu. Kalau Perdana Menteri tu dah pegang 1 penggal pemerintahan. Banyak benda yang boleh dibuat. Ada atlik Team Great Britain(GB) yang lama tak jumpa anak isteri diorang semata-mata buat persediaan. Penuh dengan disiplin. Alangkah bagusnya kalau disiplin ini dapat diterjemahkan dalam bulan puasa yang akan datang nanti. Tiap-tiap malam adalah malam rahmat. Tapi kebanyakan kita hanya fikir pasal bukak puasa, bazar Ramadhan, dan sahur. Tu untung kalau fikir pasal sahur. Ada sesetengah yang tak fikir langsung. Lagi malang kalau ada yang tak puasa buat-buat puasa. Makan, minum, merokok celah-celah kayu dan celah-celah bundle macam kat kilang lama aku.

Minggu lepas pulak kita lihat bagaimana Permatang Pauh telah menerima berpuluh-puluh ribu kunjungan orang ramai demi PRK P44. Lihat bagaimana jentera-jentera dari ketiga-tiga parti bertanding berkempen siang malam. Dato Najib kalau tengok kat Buletin Utama tu kejap ada kat Pekan, kejap lagi ada kat Permatang Pauh, kejap lagi kat KL pulak. Macam ada magic pulak. Betapa semangatnya dia berjuang demi BN. Dalam satu klip video Youtube aku tengok petugas PAS tidur beramai-ramai dalam MPV pada waktu pagi. Mungkin baru sampai dan terlalu letih selepas pulang dari Muktamar. Bagus sungguh perjuangan orang berpolitik ni. Tapi alangkah bagusnya kalau semangat ini diterjemahkan ke dalam bulan Ramadhan nanti. Tentu banyak pahala yang diperolehi. Berletih, berhujan, berpanas, kelaparan demi mengaut ganjaran dari Allah.

Bulan ni semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya dan syaitan dirantai. Kalau tak percaya, dalam bulan ni senang je nak dapat khusyuk dalam sembahyang berbanding bulan-bulan lain. Wahyu supaya berpuasa ni bukan diturunkan kepada Nabi Muhammad sahaja, nabi-nabi lain pun ada juga. Tapi adakah mereka mengamalkannya? Memang dah tak ada lagi. Agama bagi mereka dah tak ada apa-apa. Maka beruntung dan bersyukurlah kita dengan nikmat yang Allah kurniakan ini. Moga kita sama-sama dapat mengaut segala ganjaran yang diberikan pada bulan ini. InsyaAllah

Indahnya Islam

2 hari lepas selepas aku solat jemaah Maghrib di Belfast Islamic Centre (BIC), aku berjumpa dengan seorang lelaki yang datang dari Kuwait. Fahd namanya. Tapi bukan King Fahd Arab Saudi tu. Aku ingat dia orang lama kat sini, rupanya dia datang dari mainland (Preston University). Tujuan dia datang sini untuk buat Postdoct dalam bidang Architecture kat Queens University. Postdoct ni orang yang dah habis buat Degree, Master dan PhD dan nak sambung lagi buat research. Memang orang yang betul-betul nak belajar lah ni. Dia datang ke sini nak tukar suasana baru. Sebab tue datang ke Queens University untuk jumpa supervisor dan dia pun tak berapa pasti sama ada memang akan sambung kat sini atau tak. Kene buat istikharah dulu. InsyaAllah kalau ada rezeki dia akan datang ke sini balik.

Apa yang indahnya Islam disini? Bagi aku Islam boleh menghubungkan aku dengan orang, bangsa diseluruh dunia. Kalau nak ikutkan bangsa, setakat mana bangsa Melayu yang ada. Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Cukup ke bangsa nia nak kembang? Bagi aku bangsa memang penting tapi Islam itu lebih penting kerana bangsa tak menjamin kebahagian kita dunia dan akhirat tapi Islam ada segala-galanya. Sebab itu kalau orang membicarakan pasal bangsa ni, hati aku tak berapa tertarik. Hati aku lebih tertarik dengan Islam. Seperti di BIC, orang yang datang dari merata dunia dan berbilang bangsa. Dari sini aku merasakan satu ikatan yang kuat dengan mereka. Ini kerana kita bersolat menghadap 1 kiblat dan 1 tuhan yang sama. Sebab itu bila aku berborak dengan Fahd, wihdatul fikh dan wihdatul amal itu dapat aku rasakan. Dia banyak berbicara tentang Islam. Suasana umat Islam sekarang dan bagaimana nak tarik orang bukan Islam minat dengan Islam menjadi bahan bualan kami. Dia bercerita yang dia mintak sorang kawan dia yang bukan Islam mendengar 1 awat dari al-Quran. Kawan dia ni kaki muzik. Dia mintak kawan dia tutup mata dan dia bacakan ayat kursi dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Lepas tu dia bagi rangking antara 1-10 berapa dia nak bagi. Kali pertama kawan dia bagi 6. Lepas tua dia bacakan ayat dari surah al-Baqarah. Kali ni kawan dia bagi 9. Kawan dia cakap dia tak pernah dengar muzik sebegitu indah. Akhirnya dia bagi tau yang muzik yang dia dengar tadi adalah ayat-ayat al-Quran.

Begitu indahnya Islam ini. Kalau dihayati, menjiwai pasti kita akan sentiasa tertarik dangan nya. Persoalannya, adakah kita menghayatinya? adakah kita menganggap bangsa yang utama? Adakah kita nak biarkan orang Islam terus leka? Tepuk dada tanya Iman…Betapa Indahnya Islam itu kerana Islam berada di seluruh dunia dan akan teru kekal hingga hari kiamat. Moga kita akan selalu berada di atas lindungan Allah sehingga akhir hayat kita di dunia ini. amin…

Fishing Trip

Bumi Belfast merupakan kawasan yang berhampiran dengan laut. Laut ape pun aku kurang pasti. Cuba juga tengok dalam Google World tapi tak jumpa. Pada 19 Julai 2008 lepas, atas inisiatif Ustaz Nabil satu program memancing telah diadakan. Peserta adalah dikalangan penduduk-penduduk Melayu yang tinggal di Belfast dan sekitarnya. Iklan tentang program ni diperolehi dari Zaujahku melalui kawannya dan Yahoo Group QMC. Bila tau penyertaan nak tutup je cepat-cepat zaujahku mendaftar nama kami berdua. Kat sini ada lebih kurang 70 hingga 80 orang Melayu Malaysia.

Baru je 1 minggu aku kat sini. Cuaca kat sini masih baru bagi aku. Walaupun dalam musim ‘Summer’ tapi sejuknya lebih dari musim hujan kat Malaysia. Kadang orang pelik tengok aku pakai Jumper atau sweter bila keluar rumah. Mungkin bagi diorang panas kot. Cahaya matahari memang panas, tapi bila angin bertiup jek mula rasa sejukannya. ‘Fishing trip’ yang diadakan adalah pada hari Sabtu. Kami mula bertolak ke rumah Ustaz Faisal pada jam 2.00 petang. Alhamdulillah aku dan zaujah dapat tumpang kereta Azman untuk pergi kerumah Ustaz. Kalau tak jauh jugak nak menapak. Lepas diagih-agihkan kenderaan untuk pergi ke Carrickfergus, maka kami berdua pun naiklah dengan Ustaz Khalid. Ramai sungguh ustaz kat sini. Mula-mula aku ingat diorang ni semua bekerja sebagai ‘Ustaz’ kat sini. Rupanya ada yang ikut isteri mereka belajar kat sini macam aku. Ada jugak yang merupakan bekas Imam di Belfast Islamic Centre dan ada jugak yang jadi Imam part time kat Belfast Islamic Centre. Belfast Islamic Centre merupakan masjid bagi orang Islam kat sini. Besarnya tak lah sebesar masjid-masjid kat Malaysia. Tapi mungkin jugak lebih kecil dari surau-surau kat Malaysia. Mungkin juga lebih kecil lagi dari Masjid Kristal di Terengganu yang memang dari pandangan aku kecil sangat. Dah la kecil tak boleh buat sembahyang Jumaat pulak. Nie nak panggil Masjid atau Surau Kristal. Tah lah, terpulanglah pada penduduk-penduduk Terangganu. Jangan marah yek. Berbalik pada ‘Fishing Trip’, sampai jek kat Carrickfergus, tengok-tengok ramai je orang kat sana. Rupanya ade orang ade buat ‘function’ kat situ. Mula lah bermasalah untuk mencari tempat parking. akhirnya dapat jugak tempat parking. Sebelum naik bot, aku mula rasa nak buang air kecik. Dalam bot nanti duduk dalam 4jam. takkan nak buang sesuka hati jek atas bot tue. Kebetulan pulak Ustaz Khalid pun nak cari tandas, akhirnya aku ikut dia masuk ke satu Bar. Bedal ajelah, aku bukan gi minum air kat situ tapi cari tandas. Alhamdulillah tandas tak berbayar.

Pada awalnya 4 bot telah ditempah untuk pergi memancing, tapi akhirnya hanya 3 bot sahaja yang boleh digunakan. Ustaz Nabil berurusan dengan Andrew. Sebelum ni pun pernah diadakan ‘Fishing Trip’ tapi hanya bot Andrew sahaja yang digunakan. Selepas semua selesai, maka bermulalah perjalanan memancing kami. Benda yang paling aku takut masa atas bot ni mabuk laut. Zaujah aku yg paling aku risau. Maklumlah org darat tak pernah dok laut. Tapi alhamdulillah ok semuanya. Terasa juga bahaya bila kena pukulan ombak. Mula-mula aku rasa memang tak dapat ikan. Dah 3, kali tukar tempat tapi sekor ikan pun tak dapat. Kat sini tak pakai umpan macam kat Malaysia. Mata kail dia ada 3-4 mata. Umpan dia rambu-rambu yang meghelip-ghelip je. Makin lama tunggu makin tak dapat. tangan nak lenguh dah memancing. Cara memancing dia angkat, lepas tu turun, then angkat,turun,angkat,turun, angkat, turun….. Sampai lah terasa berat masa nak angkat. Tu tandanya dah dapat ikan. Jam dah pukul 6.00petang. Turun tadi pukul 3.30petang. Dalam hati terasa memang tak de dah dapat ikan. Macam tak de skill memancing. Dalam bot ni ada sensor yang boleh detect ikan kat bawah. Mata aku asyik tengok je monitor sensor tu. Tapi tak tau lah betul ke tak sensor tu. Alhamdulillah tak lama lepas tua dapat la sekor ikan. Tupun dah 4,5kali tukar tempat. Tak lama lepas tu aku dapat 3 ekor sekali. Akhirnya aku barjaya tangkap 5 ekor semuanya. zaujah aku dapat sekor je. Hihihi..

Pukul 7.30 petang kami mula mendarat. Ikan semua sekali dapat 37 ekor. Siap siang lagi. Aku menggunakan skill menyiang ikan aku. Tak sia-sia belajar menyiang ikan kat rumah aku. Maklumlah kat rumah aku ada 2 kolam ikan. Ayah aku yang menternaknya. Tak lama lagi boleh la jadi tokey ikan pulak lepas pencen nanti. Masa menyiang, semua sisa-sisa, isi dalam ikan tu di bagi pada burung Camar. Aku tak pernah tengok burung ni. Selalu dengar bunyi dia kat tv jek. Kat sini dapat dengar dan tengok dengan jelas. Rasa macam tengok tv plak bila dengar bunyi dia. Kemudian kami bertolak ke rumah Abg Jamal. Rupanya isteri dia Puan Zarina pernah mengajar aku kat Universiti dulu subjek Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Kalau orang kilang sebutnya DOSH. Kecik sungguh dunia ini. Pusing-pusing kat situ jugak.

Malam tu kami buat BBQ daging burger, ikan bakar, laksa dan macam-macam kuih lagi. Tak termakan rasa. Rumah Abg Jamal ni luas. 2 tingkat, ada ruang belakang, tapi harga sewa rumah dia mahal 5pound je dari rumah aku. Mungkin sebab kawasan yang dia duduk tu bukan kawasan tumpuan sangat. Malam tu aku rasa sejuk sangat sampai menyengat kat tulang sum-sum aku. Tapi aku tengok orang lain releks je lepak kat luar. Mungkin aku baru nak biasakan diri kot. Maklumlah baru 1 minggu kat sini. Nak ambil air sembahyang pun sejuk. Diorang cakap masa winter nanti lagi sejuk. Tak tau lah aku macam mana nak hadapi. InsyaAllah bolah rasanya. Malam tua kami balik pukul 12.00malam. Macam baisa lah tumpang kereta Azman. Kebetulan pulak rumah dia selang 5 rumah je dari rumah aku. Sampai rumah terus tidur. Letih teramat sangat. Inilah satu lagi pengalaman baru yang aku perolehi dibumi UK

  • Pages

  • Meta