Archive for September, 2008|Monthly archive page

Salam Perantauan

Assalamualaikum…

Nun jauh dari negara orang yang sejuk, aku dan Zaujah mengucapkan salam buat keluarga, sanak-saudara dan sahabat-sahabat yang ku sayangi. Aidilfitri pada tahun ini kami sambut dengan penuh kesederhanaan.

Disambut tanpa Ketupat Daun Palas Mak. Tanpa Rendang Ayah. Tanpa lengkuas yang digali abang long. Tanpa santan yang diperah abang ngah. Tanpa Sup Tulang Nurul. Tanpa Vacum dan leteran Izah. Tanpa penyapu sawang Aisyah. Tanpa mercun dan pelita Ilman. Tanpa kuih cornflakes Akmal. Tanpa masakan akak-akak ipar. Tanpa anak sedara yang pertama, Syifa. Tanpa lemang Pak Andak. Tanpa soto Mak Andak. Tanpa kemeriahan sanak-saudara di kampung. Tanpa rendang daging dan mee kari Mak mertua dan Lemang sedap Ayah mertua serta akak dan adik-adik ipar. Segala ‘Tanpa’ pada tahun ini disambut ‘Dengan’ kehadiran Zaujahku disisi. Inilah Ramadhan dan Syawal kami yang pertama setelah bergelar Suami dan Isteri pada awal tahun ini.

Ucapan salam dan mohon kemaafan dari anakanda berdua kepada ayahanda Hj. Yusof dan bonda Hjh. Jonaidah yang berada di Kuala Lipis, Pahang. Mohon berbanyak kemaafan diatas segala salah dan silap yang dilakukan dan mengguriskan hati kalian. Kepada kekandaku, abg long dan kak hana serta Syifa’ yang berada di Kuala Kubu. Buat abg ngah dan kak ngah, rajin-rajin lah tolong mak ayah sementara kami (abg de dan abg long) tak beraya di Kuala Lipis pada tahun ini. Maaf atas segala kesalahan kami. Semoga kalian dikurnikan zuriat yang soleh dan solehah.

Kepada adinda-adinda ku yang selalu ku buli, Nurul, belajar habiskan Degree aok tu yang tak lama lagi nak habis. Kalau nak pilih pasangan tu buat istikharah dulu. Cari lah yang baik dan terbaik macam abg-abg aok ni(perasan). Jangan amik lah yang biru pekat atau merah pekat. Carilah yang hijau sedap dipandang mata. Izah, jangan sedih kalau Angah tak mengajar kat UM dah. Belajar bersungguh-sungguh, gunakan kesihatan badan dan kebengisan aok untuk jadi ‘Super Nanny’ yang bijak dan pandai mengurus terutama menguruskan kewangan. Aisyah, jangan dok bercinta dengan Sam n Dean je. Belajar lah sungguh-sungguh. Naikkan pointer tu. Takkan nak naik 0.01 je setiap SEM. Buat keje-keje penyambungan dan baiki elektrik kat rumah tu. Senang bila dema nak ‘kenduri’ nanti. Ilman, kuatkan studi sempena nak SMA ni. Jangan hampakan harapan mak ayah yang nak hantar aok ke Mesir. Kuatkan semangat walaupun kome selalu kutuk-kutuk aok malas studi dan macam-macam lagi. Buktikan aok boleh buat. TAKBIR!!! Allahuakbar. Akmal/adik, belajar bersungguh-sungguh. Aok je harapan ayah supaya pergi ke bidang Biologi (doktor perubatan, doktor gigi, doktor haiwan, mikrobiologi, bio medical dan paling tidak pun cikgu biologi) Nak harapkan akak-akak aok, huh!!! memang tak ada harapan. Abg de dan Kak Ninie mohon berbanyak kemaafan kalau ada salah silap kami kepada dema. InsyaAllah duit raya akan menyusul nanti. Sabar yek.

Buat keluarga mentua. Ayahanda Cikgu Manan dan Bonda Puan Pauziah, anakanda berdua mohon berbanyak kemaafan sempena Syawal yang mulia ini. Kuih raya yang dipos dah sampai dan nak habis dah. Kepada kak yong dan abg yong semoga cepat dikurniakan anak yang soleh dan solehah walaupun sorang di selatan dan sorang di pantai timur. Kalau nak tunggu kami lambat lagi kot. Buat abg de, kuatkan semangat untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat pegang jawatan yang tinggi dalam company-company besar. Abaikan benda-benda yang remeh ni. Rapatkan diri dengan Allah. InsyaAllah ada jalan keluar. Buat abg teh dan adik, belajar bersungguh-sungguh. Korang pun boleh berjaya macam kak yong, kak ngah dan abg de. Ingat walau dimana kita berada mak dan ayah mesti diutamakan. chayok, chayok. aja aja fighting…

Tak lupakan juga kepada sanak-saudara Mak encik sekeluaraga, abg ajak, kak ida dan anak-anak, abg zul sekeluarga, abg paei sekeluarga, acit (bila nak kahwin?) yah, musad yang baru pulang dari Morocco dan akma. Mak andak, pak andak (kurangkan makan makanan berlemak dan berminyak raya ni. nanti gout lagi) daud dan pasangan (jangan jalan-jalan berdua, bahaya. Jadi askar, kumpul duit banyak2 dan cepat-cepat kahwin.). Mak uda sekeluaraga, mak anjang sekeluarga, mak we sekeluarga, dan tak lupa juga mak teh sekeluarga yang berada di Jengka. Buat mak long dan pak long maaf kalau ada salah silap. Akhirnya merasa juga saya macam mana dok kat oversea. Abg adi, along dan anak-anak. Angah (tahniah dapat ke UIA), abg rozi dan anak-anak, kak ndak dan family (thanks sebab tolong masa nak fly hari tu). Uda dan family yang berada kat Manchester, InsyaAllah hujung tahun ni kami try ke sana.

Buat saudara mara belah mertua, Pakteh dan Makteh sekeluarga. Ayahngah sekeluarga, Pak Tam dan Mak Tam sekeluarga, sepupu sepapat dan semua sedara-mara yang mengenali. Mohon maaf diatas kesalahan kami. Sampaikan salam kami kepada mereka semua diatas dengan lafaz Assalamualaikum.

InsyaAllah kalau tak ada aral melintang tahun depan kami akan cuba balik menyambut Aidilfitri di Malaysia. Doakan keselamatan dan kesejahteraan kami sepanjang kami berada disini. Doakan juga supaya kami berjaya menyelesaikan tanggungjawab kami disini sebagai anak, student, suami, isteri, dan paling penting sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Allah ini.

Akhir kata selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Dari kami berdua Abg de/Abg Ngah/Aminul/Arif dan Kak De(?)/Kak Ngah/Kak Ninie/Ninie

p/s Nak hantar kad raya/kuih raya kat kami sempat lagi ni..besar tapak tangan tupperware kami tadahkan..

Flat 1, 35 Wellesley Avenue, BT9 6DG

Belfast, Northern Ireland, United Kingdom

Advertisements

Penerusan Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke-20 Ramadhan. Fasa ke-2, fasa Keampunan dah pun berlalu. Sekarang dah Fasa ke-3, fasa Kebebasan dari api neraka. Dah masuk 10 malam terakhir. Kalau kat Malaysia makin dekat nak raya makin pendek lah saff tarawikh. Terutama kat kampung aku Kg Relong. Tak tau la sekarang macam mana. Tapi kat sini maintain je dari dulu sampai sekarang. Alhamdulillah. Mungkin kesedaran nak beribadat tu ada dikalangan orang Islam di sini. Bermula malam semalam juga makin ramai orang yang aku tidur dan qiam di BIC. Mengejar 10 malam yang terakhir sebelum Ramadhan berlalu. Makin penghujung Ramadhan makin ramai yang iktikaf di masjid. BIC ada juga menyediakan sahur bagi yang ingin beriktikaf.

Khutbah Jumaat baru ni di sampaikan seorang sheikh dari Mesir. Sepanjang khutbah dia bercakap dalam bahasa Arab. Habis semua orang Melayu kat sini tak faham langsung. Ustaz-ustaz je yang faham. Aku faham lah sikit-sikit. Tapi tak dapat juga nak tangkap point utama. Dua-dua khutbah dalam bahasa Arab. Ingat kan dapat la faham kalau khutbah kedua dalam bahasa Inggeris. Tapi tak ada harapan. Rugi pulak tak belajar Bahasa Arab betul-betul dulu. Setakat ambil Bahasa Arab Tinggi je.

3,4 hari lepas aku dengan Zaujah tak berbuka di rumah langsung. Tiap-tiap hari ada saje jemputan berbuka kat rumah rakan-rakan kat sini. Kat sini kalau jemput berbuka tak jemput semua sekali gus. Kalau tak mana muat rumah. Rumah kat sini kecik-kecik je. Tak de lah besar-besar. Salah satu sebab nak kekalkan kepanasan rumah. Cuaca kat sini sentiasa sejuk sepanjang tahun. Jadi padanlah dengan rumah yang kecik.

Tadarus

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-18 puasa. Dah lebih dari separuh Ramadhan berlalu. Hari ni tadarus muslimin di Belfast ni dah masuk Juz-21. Advance 3 Juz. Kat sini tadarus buat tiap-tiap petang. Tempatnya gilir-gilir kat rumah Komuniti Islam Melayu Malaysia kat sini. Petang ni giliran rumah aku lagi. InsyaAllah sebelum 27 Ramadhan khatam dah. Nanti hujung-hujung nanti ada pulak yang nak balik beraya kat Malaysia. Aku ngn Zaujah aku tak balik lah. Beraya di Belfast la tahun ni. Kira 1st time la Aidilfitri disambut kat tempat lain. Sebelum ni tak pernah pun melainkan Aidiladha. Masa tu aku belajar kat Universiti lagi. Cuti pun tak lama.

Tadarus sepatutnya mula pukul 6.00 petang. Tapi biasa lah orang Melayu, pukul 6ptg tu baru nak siap-siap keluar dari rumah. Nak tak nak paling awal pun pukul 6.30ptg baru mula. Kehadiran tu kadang-kadang 4 orang. Paling ramai pun rasanya dalam 10 orang. Biasa lah mungkin diorang ada urusan masing-masing. Habis je baca maka akan ada kupasan dan tzakirah ringkas dari ustaz-ustaz kat sini. Kalau tak Ust Nabir, Ust Faisal. Tak pun Ust Khalid. Sume grad dari oversea belaka. Alhamdulillah ilmu tu sentiasa tercurah-curah. Banyak juga dapat dipelajari dan diperbaiki terutama bacaan, tajwid semua diperbetulkan walaupun masa sekolah dan masa kat universiti dulu belajar. Tapi ingat tak ingat je.

Biasanya kalau baca bertadarus ni memang ada kelemahan dan kesalahan. Tak kurang juga yang merangkak-rangka. Walaupun merangkak-rangkak tapi tetap mendapat pahala malahan lebih dari orang yang baca secara lancar. Kalau yang lancar bacaan tu maka dapat 1 pahala. Tapi yang merangkak ni dapat 2 kerana setiap satu huruf yang dibaca dalam al-Quran ni dikira. Kalau yang merangkak tu dia akan cuba perbetulkan bacaan dan sebutannya. Mungkin berulang kali dicuba untuk berjaya menyebutnya. Maka makin banyak lah pahala yang diperolehi. Ni lah antara tazkirah yang diberikan oleh ustaz-ustaz kat sini supaya menggalakkan rakan-rakan yang bacaan yang tidak berapa lancar supaya hadir juga dan jangan malu untuk membaca. Salah tak apa sebab ada yang menegur. Kalau tak sekarang bila lagi. Nanti bila dah ada anak cucu takdelah kekok dan tak tau nak ajar diorang baca al-Quran

Palestin…

Semalam aku solat Jumaat seperti biasa kat BIC. Cuma yang tak selesa jari aku luka kena pisau masa potong cendawan. Konon nak buat stail expert lah. Sekali kena jari. Boleh tahan la. Pisau Ust Nabir memang tajam betul. Semalam sekali lagi giliran Komuniti Malaysia buat Iftar kat BIC.

Sampai je kat BIC khutbah dah mula. Dari luar dengar tok khatib bekhutbah macam marah orang. Penuh bersemangat. Aku masuk ke ruang utama tapi dah penuh. Duduk lah kat tepi tangga jek. Sempat juga aku jenguk siapa tok khatib tu. Rupanya sheikh dari Palestin. Isinya ringkas. Bercakap mengenai puasa kita. Berapa lama kita spent masa untuk buat ibadah pada bulan Ramadhan ni. Adakah kita lebih pentingkan kerja, bisnes daripada ibadah. Adakah kita menipu dengan berlakon puasa walhal menipu. Itulah antara persoalan yang ditimbulkan. Sampai serak-serak suara dia. Tak pernah aku tengok khutbah macam ini sebelum ni. Kalau kat Malaysia payah nak jumpa khutbah macam ni.

Khutbah kedua dia bercakap mengenai Palestin, Masjid Al-Aqsa dan kesengsaraan kehidupan penduduk Palestin yang ditindas oleh Zionis LAKNATULLAH. Lepas selesai solat Jumaat aku tengok cepat-cepat tok khatib ni turun kebawah. Apalah yang dikejarkan aku pun tak tau. Rupanya kat bawah dia mengutip derma untuk penduduk Palestin. Dia cakap dengan 3 pound sahaja dapat buat 1 kali Iftar kat Masjid al-Aqsa. 3 pound darab 6.5 maka dapat lah lebih kurang RM 20. Bayangkan dengan RM 20 kita dapat derma untuk buka puasa kat Masjid Al-Aqsa. Tapi kita RM 20 tu cukup dengan pergi sekali ke Bazar Ramadhan. Makan untuk 1 family je. Renung-renugkanlah…

Suasana Ramadhan

Alhamdulillah masih lagi kita dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini. Semoga puasa Ramadhan pada tahun ini lebih baik dari sebelum ini. Kalau kita tengok arahan supaya wajib dikerjakan puasa dalam bulan Ramadhan ada di dalam al-Quran. Tapi dalam surah yang sama arahan supaya dijalankan Hudud dan Qisas juga ada dinyatakan. Arahan ini adalah arahan yang datang sebelum arahan diwajibkan berpuasa. Namun orang kita buat tak kisah aje. Mungkin ada yang tak tahu pun atau mungkin ada orang yang nak buat supaya kita tak tahu. Malang betul orang yang berilmu tapi tak sampaikan ilmu tersebut kerana kepentingan peribadi.

Alhamdulillah puasa kat sini dapat dijalankan tanpa halangan. Kalau kita tengok minggu lepas di China sesiapa yang didapati berpuasa akan ditahan. Solat jemaah, tarawikh dan iftar jamai tidak boleh dibuat. Kalau ditangkap maka tindakan akan dikenakan kepada mereka. Sebab inilah bala’ yang Allah turunkan tak habis-habis kat China.

Puasa kat sini macam biasa tanpa bazar ramadhan, Jejak Rasul, rancangan masak-masakan, iklan raya dan bermacam-macam lagi. Di BIC disediakan Iftar (buka puasa) tiap-tiap hari. Ada saje orang yang akan menyumbangkan sama ada duit atau juadah berbuka puasa. Bila masuk waktu je hidangan kurma dan air susu dijadikan juadah utama. Kemudian Solat Mahgrib berjemaah dan lepas itu barulah dihidangkan nasi minyak berlaukkan kari kambing tanpa sayur. Tiap-tiap harilah makan lauk kambing. Sebab ini kontrak BIC sendiri kalau penyumbang menyumbangkan dalam bentuk duit. Menu akan bertukar bila ada orang lain yang menyedikan juadah seperti komuniti Melayu Islam Malaysia disini.

Sabtu lepas kami warga Melayu Islam Malaysia disini bergotong-royong menyedikan juadah berbuka. Menunya nasi minyak, kurma kambing + kentang dan sayur salad. Ketuanya siapa lagi kalau bukan Ustaz Nabir. Ustaz Nabir ni bekas Imam kat BIC. Dari pagi sampai petang buat kerja. Letih juga. Kambing beli dari Makro. Kambing dah siap sembelih, cuma tinggal nak melapah je. Halal lagi. Alhamdulillah tak susah nak dapatkan makanan Halal kat sini. Kalau nak ayam atau daging halal pun ada jual kat TIPAZA. Kedai orang Arab Islam. Kebiasaanya kalau juadah yang disediakan dari orang Malaysia, orang kat sini memang suka sebab sedap kot. Tapi kalau masak tu jangan lah masak pedas-pedas. Nanti habis lari orang lain sebab tak tahan pedas. Masa menghidang aku dah tak involve sangat sebab ramai orang Malaysia lain yang datang menolong. Masa tu barulah rasa dapat duduk rehat sikit. Kena pulak hari tu hujan dan berangin. Sejuk sungguh. Lepas ni ada 2 kali lagi kena sediakan juadah berbuka kat BIC.

Tarawikh…

Dah berapa hari aku tak menulis. Ingat nak tulis pasal puasa kat sini. Tapi banyak ngat pulak idea yang datang. Tak tau nak dahulukan yang mane. Hari ni dah masuk hari ke-8 puasa. Sedar tak sedar fasa pertama dah nak berlalu. Tinggal lah lagi 2 fasa malam yang seterusnya. Fasa pertama ini adalah fasa Rahmat. Fasa ke-2 fasa Keampunan dan Fasa ke-3 adalah fasa Keselamatan Dari Api Neraka.

Macam mana lah suasana Ramadhan di Malaysia. Aku rasa masih macam tu lagi dan yang paling aku pasti Bazar Ramadhan lebih meriah dari Tarawikh dan Tadarus al-Quran di Masjid. Macam-macam juadah dijual. Lebih pasar minggu lagi. Kalau nafsu besar, banyak lah benda nak dibelinya. Lepas tu kalau tak habis ke dalam tong sampah lah jawabnya. Kesian kat makanan tu dan yang dapat untung adalah peniaga-peniaga. Macam dah salah konsep Puasa sekarang ni. Kat sini tak adalah Bazar Ramadhan macam kat Malaysia. Tapi alhamdulillah suasana nak menyambut Ramadhan tu dirasai. Malam pengumuman nak puasa tu ramai sungguh orang kat BIC. Tak macam malam-malam yang aku pergi sebelum ni. Walaupun pelbagai bangsa tapi tetap merasakan keindahan ketibaan Ramadhan.

Tarawikh kat sini buat 20 rakaat. 3 imam diimport dari luar. 1 dari Mesir dan 2 lagi pelajar Tahfiz dari London. Otainya yang dari Mesir tu lah. Sheikh Saad namanya. Dia pernah ke Malaysia beberapa kali kerana dijemput menjadi hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa. Sembahyang kat sini simple aje. Lepas selesai 1 solat terus sambung 1 solat seterusnya. Takde dah zikir dan tahmid macam kat Malaysia. 1 hari 1 juzu’. Start sembahyang pukul 10.00 malam. Kalau kat Malaysia tu dah balik dah. Buka puasa kat sini dalam pukul 8.00malam, sahur pulak habis pukul 5.00pagi. Maka panjang lah waktu kami berpuasa kat sini. Alhamdulillah setakat ni tak de apa-apa masalah. Ok je. Lepas 8 rakaat, sembahyang akan diberhentikan seketika. Masa nie Sheikh Saad akan baca al-Quran dengan bertaranum. Teringat bacaan taranum dalam keset yang ayah aku selalu pasang macam kecik-kecik dulu. Sama je bunyi taranum dia. Siap ada hadirin yang akan sebut “Allah,Allah”. Indahnya Islam ini. Moga aku akan terus hidup dan dimatikan dalam Islam.

Nak Cari Kerja

Minggu lepas baru je aku dapat NI number. NI number ni adalah ‘National Insurance Number’ atau dalam bahasa Melayunya ‘Nombor Insurans Kebangsaan’. Betul kot. Aku buat kat Conor Building. Kalau kat kilang tu macam nombor pekerja lah. Sesiapa yang nak mohon kerja kat UK kene ada nombor ni. Tak kiralah sama ada dia rakyat Britain atau bukan. Memang wajib ambil nombor ni. Dia bertindak sebagai ID kepada perkerja kat sini. Salah satu tujuannya sebagai pemotongan TAX bila bekerja nanti.

Kalau nak kira Tax kat sini bukan macam Malaysia. Tax dia tinggi. Tengok kepada kadar gaji. Kalau basic gaji rendah maka rendah lah Tax nya. Tapi kalau gaji tinggi maka makin tinggi lah Tax nya. Kebanyakan orang Melayu kat sini kerja sebagai doktor. Diorang tak nak balik Malaysia lagi walaupun dari tajaan JPA. Basic gaji diorang mungkin 2500 Pound lebih. Banyak tu kalau darab dengan RM6.00. Tapi kadar Tax yang terpaksa dibayar 900-1000 Pound. Banyak jugak. Tax kat sini banyak digunakan untuk bantu orang kurang paya terutama warga emas. Diorang ni naik bas, train suma free. Banyak lah lagi keistimewaan untuk diorang. Semua perkhidmatan kesihatan, ubat-ubat semua free untuk penduduk kat sini. Tapi yang lecehnya kalau nak jumpa doktor kena buat appointment dulu dan setiap orang kena register dengan 1 orang doktor. Kalau tak register tak boleh. Tujuannya kalau seseorang tu didapati bermasalah maka doktor ni lah jadi rujukan sejarah penyakitnya.

Nak dapat NI number macam temuduga kerja. Mula-mula ambil appoinment dulu. Seminggu lepas tu baru interview. Masa interview tu semua lah benda nak. Bagi yang bukan warganegara memang kena ada pasport, visa. Disebabkan visa aku jenis Student Independent yang bermaksud aku datang dan tinggal disini sebab mengikut Zaujah aku yang sedang sambung belajar maka aku kena bawak offer letter zaujah aku, pasport dia dan surat nikah kami. Alhamdulillah dah translet surat nikah dan surat beranak aku kat mahkamah sebelum datang sini. Kalau tak puas lah orang putih tu nak translet bahasa Melayu. Selain tu Boarding Pass aku masa aku naik flight hari tu pun dia nak. Alhamdulillah ada simpan lagi. Offer letter rumah sewa, bil rumah, kad pengenalan, lesen memandu, surat beranak semua dia nak. Lepas tu masa interview tu bermacam-macam soalan dia tanya. Macam mane aku sampai ke rumah sewa aku pun dia nak tau. Naik flight ape, turun kat airport mane, then naik teksi bas semua kena cerita. memang detail sungguh. Doktor aku pun dia tanya siapa. Alhamdulillah kami dah register. Seminggu lepas tu baru lah aku dapat NI number. Maka boleh lah aku apply apa-apa kerja yang aku nak selagi mana ianya Halal dan tak memudaratkan aku dan keluargaku.

  • Pages

  • Meta