Tarawikh…

Dah berapa hari aku tak menulis. Ingat nak tulis pasal puasa kat sini. Tapi banyak ngat pulak idea yang datang. Tak tau nak dahulukan yang mane. Hari ni dah masuk hari ke-8 puasa. Sedar tak sedar fasa pertama dah nak berlalu. Tinggal lah lagi 2 fasa malam yang seterusnya. Fasa pertama ini adalah fasa Rahmat. Fasa ke-2 fasa Keampunan dan Fasa ke-3 adalah fasa Keselamatan Dari Api Neraka.

Macam mana lah suasana Ramadhan di Malaysia. Aku rasa masih macam tu lagi dan yang paling aku pasti Bazar Ramadhan lebih meriah dari Tarawikh dan Tadarus al-Quran di Masjid. Macam-macam juadah dijual. Lebih pasar minggu lagi. Kalau nafsu besar, banyak lah benda nak dibelinya. Lepas tu kalau tak habis ke dalam tong sampah lah jawabnya. Kesian kat makanan tu dan yang dapat untung adalah peniaga-peniaga. Macam dah salah konsep Puasa sekarang ni. Kat sini tak adalah Bazar Ramadhan macam kat Malaysia. Tapi alhamdulillah suasana nak menyambut Ramadhan tu dirasai. Malam pengumuman nak puasa tu ramai sungguh orang kat BIC. Tak macam malam-malam yang aku pergi sebelum ni. Walaupun pelbagai bangsa tapi tetap merasakan keindahan ketibaan Ramadhan.

Tarawikh kat sini buat 20 rakaat. 3 imam diimport dari luar. 1 dari Mesir dan 2 lagi pelajar Tahfiz dari London. Otainya yang dari Mesir tu lah. Sheikh Saad namanya. Dia pernah ke Malaysia beberapa kali kerana dijemput menjadi hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa. Sembahyang kat sini simple aje. Lepas selesai 1 solat terus sambung 1 solat seterusnya. Takde dah zikir dan tahmid macam kat Malaysia. 1 hari 1 juzu’. Start sembahyang pukul 10.00 malam. Kalau kat Malaysia tu dah balik dah. Buka puasa kat sini dalam pukul 8.00malam, sahur pulak habis pukul 5.00pagi. Maka panjang lah waktu kami berpuasa kat sini. Alhamdulillah setakat ni tak de apa-apa masalah. Ok je. Lepas 8 rakaat, sembahyang akan diberhentikan seketika. Masa nie Sheikh Saad akan baca al-Quran dengan bertaranum. Teringat bacaan taranum dalam keset yang ayah aku selalu pasang macam kecik-kecik dulu. Sama je bunyi taranum dia. Siap ada hadirin yang akan sebut “Allah,Allah”. Indahnya Islam ini. Moga aku akan terus hidup dan dimatikan dalam Islam.

Advertisements

3 comments so far

  1. jehe on

    Seronok juga rasa pengalaman puasa kat luar negara ni,

    Kalau kat Malaysia ni, makan, makan, makan je

    Bazar la, buka puasa dengan mcm2 (soya, tebu, cendol dll), lepas terawih makan lagi, lepas tadarus makan lg, boleh katakan upacara makan tanpa henti lepas terawih ni,

    teruk betul budaya umat ku ni, termasuklah yang menulis ni…

  2. syahir on

    salam, tak cube jadi imam kat sane ke….
    first imam malaysia.

  3. musafir03 on

    Untuk pengetahuan, setakat ni dah pernah ada 2 imam rasmi dan 1 imam tak rasmi dari malaysia. salah seorang Ust Hasrizal (saiufulislam.com)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: