Palestin…

Semalam aku solat Jumaat seperti biasa kat BIC. Cuma yang tak selesa jari aku luka kena pisau masa potong cendawan. Konon nak buat stail expert lah. Sekali kena jari. Boleh tahan la. Pisau Ust Nabir memang tajam betul. Semalam sekali lagi giliran Komuniti Malaysia buat Iftar kat BIC.

Sampai je kat BIC khutbah dah mula. Dari luar dengar tok khatib bekhutbah macam marah orang. Penuh bersemangat. Aku masuk ke ruang utama tapi dah penuh. Duduk lah kat tepi tangga jek. Sempat juga aku jenguk siapa tok khatib tu. Rupanya sheikh dari Palestin. Isinya ringkas. Bercakap mengenai puasa kita. Berapa lama kita spent masa untuk buat ibadah pada bulan Ramadhan ni. Adakah kita lebih pentingkan kerja, bisnes daripada ibadah. Adakah kita menipu dengan berlakon puasa walhal menipu. Itulah antara persoalan yang ditimbulkan. Sampai serak-serak suara dia. Tak pernah aku tengok khutbah macam ini sebelum ni. Kalau kat Malaysia payah nak jumpa khutbah macam ni.

Khutbah kedua dia bercakap mengenai Palestin, Masjid Al-Aqsa dan kesengsaraan kehidupan penduduk Palestin yang ditindas oleh Zionis LAKNATULLAH. Lepas selesai solat Jumaat aku tengok cepat-cepat tok khatib ni turun kebawah. Apalah yang dikejarkan aku pun tak tau. Rupanya kat bawah dia mengutip derma untuk penduduk Palestin. Dia cakap dengan 3 pound sahaja dapat buat 1 kali Iftar kat Masjid al-Aqsa. 3 pound darab 6.5 maka dapat lah lebih kurang RM 20. Bayangkan dengan RM 20 kita dapat derma untuk buka puasa kat Masjid Al-Aqsa. Tapi kita RM 20 tu cukup dengan pergi sekali ke Bazar Ramadhan. Makan untuk 1 family je. Renung-renugkanlah…

Advertisements

3 comments so far

  1. alberangque on

    Assalam mu alaikum
    Tuulah! dekat rumah tu rajin-rajinlah ke dapur tolong buat potong memotong, jadi bila dah expert taklah terkna jari sendiri. Any where, salam pada ninie. Kami di rumah sihat sahaja. Syifa’ ada belik kerumah sini. Sekian TQ

  2. Kipp on

    Nampak sangat jarang ke dapur. huhuhuhu… syifa’ jangan ikut cara pak de tau … hahaha

  3. musafir03 on

    Hahaha..bukan jarang ke dapur beb..hari-hari masuk dapur..skill potong yg keh buat xboleh ditiru oleh orang lain..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: