Syawal dan Mak Andak

Lama dah tak menulis bercerita mengenai perkembangan disini. Syawal masih lagi terasa sebab masih dalam proses menghabiskan puasa 6. Hujung minggu pulak ada jemputan Open House. Sekarang daun-daun mula menguning dan berguguran menandakan dah masuk autumn. Dulu masa zaman sekolah kalau lalu kat bawah pokok Akasia yang daun dah gugur dan siap sedia nak ditebang terasa macam duduk kat oversea je. Ha sekarang memang dah merasa dah. habis autumn masuk pulak winter. Time ni kalau bernasib baik merasa lah salji. Kalau tak rasa sejuk je lah.

Subuh habis lewat sekarang ni dalam pukul 7.50 pagi. Tak lama lagi makin lewat lagi. Maghrib pulak masuk dalam 6.30 petang. Tak lama lagi makin awal masuk maghrib. Jadi kalau puasa sunat 6 sekarang ni untung la sebab maghrib masuk awal. Kalau dulu masa awal Ramadhan maghrib masuk lewat dan lama masa berpuasa.

Pada 2 Syawal yang lepas dalam pukul 7.45 petang aku dapat sms dari adik aku, Nurul. Dalam sms tu ‘Mak Andak dah tak de. Meninggal pukul 2.15pagi’. Aku dan zaujah pun terperanjat. Mula fikir Mak Andak yang mana satu. Takkan Mak Andak dekat rumah aku tu. Sebelum ni tak de pulak cakap yang Mak Andak sakit masa aku call, YM dengan adik-adik aku sebelum Aidilfitri dan 1 Syawal hari tu. Aku tak puas hati terus aku call rumah. Nurul angkat talifon. Suasana kat rumah tu bunyi riuh, padahal waktu tu jam 2.50 pagi waktu tidur kat Malaysia. Aku dah agak Mak Andak yang mana satu. Mak sedara aku yang rapat dengan kami adik beradik. Rumahnya seberang je dari rumah kami. Innalillah hi wainna ila hirajiun….. Selepas solat Mahgrib aku dan zaujah membacakan Yassin untuk Arwah Mak Andak. Terasa kehilangannya kepada aku. Kali terakhir aku berjumpa Mak Andak adalah dirumahnya sebelum aku berangkat ke Belfast.

Mak Andak ini adalah adik kepada ayahku. Ni lah mak sedara yang betul-betul rapat dengan kami adik-beradik. Dari kecik sampai besar. Ingat lagi masa duduk kat Sekolah Menengah Padang Tengku tiap-tiap hari Jumaat Mak Andak akan datang ke rumah kami menjenguk dan bawa aiskrim. Masa tu Mak Andak mengajar kat Sekolah Rendah belakang rumah kami. Mak Andak merupakan mak sedara dan ustazah aku. Pernah mengajar aku Pendidikan Islam masa darjah 2. Masa kenduri kahwin Abg Long, Abg Ngah dan aku Mak Andak ni lah yang banyak membantu mak dan ayah aku. Terima kasih Mak Andak.

Mak Andak meninggal semasa dalam tidur. Meninggal secara mengejut. Sebelum ini Pak Sedara aku, Pak Encik meninggal secara mengejut juga. Kedua-dua mereka meninggal pada hari Jumaat. Jenazah Mak Andak dikebumikan sebelum solat Jumaat. Moga Allah meletakkan Mak Andak dikalangan orang-orang yang beriman…AMIN. Al-Fatihah

Advertisements

4 comments so far

  1. abuSyatibie on

    salam….aku br je post cerita lebih kurang cam ko…..tapi tajuknya kuih bunga cina..

  2. deansam winchester on

    erm…dah lame plak rse x bukak blok aok ni..
    nak mengomen plak rsenye..
    wah, best la dpt gak merase main slji( kalo ade la)…uhuhuuhu

    raye ke 3 1429H mmg la xkn dilupe. mlm tu dan2 je ktorg gi raye umah mak encik (teman abglong n k.ana braye kt sane), ade gak skali family mak njang, ade gak mak ndak skali. mlm tu serius ckp x nmpk pape pon yg lain dgn mak ndak. siap main2 lagi ngan syifa’. tibe2 bangun tdo, mak njang dah kt pintu umah, semput2 ckp ‘mak ndak x sedar’…. ingat balik, mmg rase x caye je…

    mase aok call tu, mak tgh ckp ngan cikgu skolah pdg tgku, ayah tgh ckp ngan sape x ingat plak, abglong tgh ckp ngan abg lan jengka. tu yg bsing sket tu….

    apa2 pon, Al-Fatihah untuk arwah mak andak….

  3. as-sa'adati on

    raya yg x kan kome luper sampai bila2…

  4. musafir03 on

    Moga roh mak andak dicucuri rahmat Allah…amin


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: