Dari -7 ke -8

Hari ni hari Ahad terakhir dalam bulan November Oktober tahun 2008. Kebiasaannya bila tiba ahad terakhir bulan November Oktober, jam 12.00 malam, waktu akan ditolak 1 jam maka waktu bertukar kepada 11.00 malam. Bermakna akan ada 2 kali jam 12.00 malam. Keadaan ini juga dipanggil “Daylight Saving”. Kalau sebelum ni beza dengan Malaysia -7 jam sekarang bezanya dah jadi -8 jam. Kenapa berlaku? Aku pun tak pasti. Tapi yang pasti ini menandakan dah nak masuk musim winter. Atau mat saleh kat UK ni malas nak bangun pagi-pagi pergi kerja kot sebab sejuk sangat. Siang lebih pendek dari malam. Nanti beza antara zohor dengan asar 1 atau 2 jam je. Maghrib masuk awal. Itulah kebesaran Allah menjadikan dunia ini dengan pelbagai cara dan ragam. Subhanallah…

Aku dah seminggu start kerja. Kerja kat sportworld.com. Bunyi macam kedai internet atau komputer tapi kedai jual pakaian, aksesori sukan je. Kalau nak jersi original macam MU, England, Chelsea dan lain-lain boleh lah tempah. Satu jersi original dalam 30-45 pound. Kalau darab dengan 6 adalah dalam RM 180 – RM 270. Kerja aku gantung baju, sangkut, bubuh kiub saiz baju dan lekatkan pin dekat baju yang berharga lebih dari 8.01 pound. Masuk jam 9.00 pagi abis dalam pukul 1.00 tengah hari. Kalau habis kerja cepat pukul 12.00 tengah hari boleh balik dah. Satu jam dibayar 5.80 pound. Tak banyak. Lagipun part-time je. Kerja 5 hari seminggu. Kira ok lah. Boleh jugak sembang-sembang dalam bahasa Mat Irish. Tapi banyak juga sembang-sembang dalam bahasa melayu sebab ada 3 lagi orang Malaysia yang kerja kat situ. Hehehe.

Tiap-tiap pagi keluar rumah jam 8.30 pagi. Tumpang kereta Ustaz Khalid. Selama ni tak pernah kena cuaca ngn angin pagi sebab tak pernah keluar rumah pagi-pagi. Bila dah selalu kena maka antibodi dalam badan aku pun tak cukup kuat. Maka Allah turunkan penyakit demam dan selsema kat aku. Alhamdulillah Allah masih ingat aku. Rasa demam paling teruk yang aku kena semenjak aku datang ke sini. Jemputan Open House banyak lagi. Aku tak pergi dah. Kirim Zaujah aku je yang pergi. Kalau keluar karang rasa sengat sejuknya. Karang lambat pulak sihatnya.

Advertisements

7 comments so far

  1. as-sa'adati on

    5.80 pound x 3 jam x 5 hari = 87 pound seminggu…byk 2…2 x convert lagi RM. Boleh la blanja adik2 mu yang demand tggi kat m’sia ni 😉 ….
    per2 hal pun jg kesihatan 2…

  2. Batman on

    Salam Ipin, aku rasa bulan November pun belum masuk lagi…Tapi apsal stated dalam entry ko kali ni yang kita skrg berada di last Ahad in November…Confuse aku…huhuhuhuhu. So hows life there in Belfast? Hopefully ko sihat and bahagia di samping isteri and Malaysian kat sana.

  3. musafir03 on

    Sape batman ni yek?kenal kan diri sikit. typing error lah….

  4. musafir03 on

    Mane banyak, sikit jek. tu tak tolak tax 20% lagi..sini gaji sikit or banyak sume tolak 20% tax

  5. Batman on

    Ipin, add aku dalam messenger…bfh985@yahoo.com
    aku always online

  6. gild on

    chis… aku ingatkan sape.. upenya aok. wakakaka… jadi omputeh duk ailen ek hu hu hu…

  7. as-sa'adati on

    oo…ada tax yer?..x per la…kome x minta lebih2 pun…kome kan adik aok yg baik…huhuhuhu 😉
    x perasan pun yg oak silap state bulan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: