Archive for November, 2008|Monthly archive page

Turn To Islam

Video mengenai seorang Paderi dari US memeluk Islam.

Klik Sini

Atau Video lain tentang orang diberikan hidayah memeluk Islam

Klik sini

Advertisements

Gaji @ pay @ salary

Dulu masa duduk keje kat kilang kayu, bila hujung bulan je mesti cek akaun sama ada gaji dah masuk atau belum. Tapi kat sportdirect.com ni gaji masuk tiap-tiap minggu. Senang kata gaji mingguan la. Hari Khamis gaji masuk. Tapi yang menjadi masalahnya gaji 2 minggu pertama mula-mula aku kerja tak masuk-masuk lagi. Semuanya disebabkan beberapa faktor. Salah satu faktornya, akaun yang yang lambat bukak (baca posting dahulu)

Bila dapat slip gaji pulak tengok-tengok rate per hour aku 5.55. Kawan-kawan yang lain 5.85. Kat sini ada minimum pay wages/rate per hour. Tak kira apa-apa kerja dan mengikut umur. Umur 16-22 rate nya aku tak pasti. Tapi 23 keatas £5.79. Dulu tak silap £5.73. 5.79 ni baru baru je naik bulan Oktober lepas. Kesimpulanya gaji aku dikira berdasarkan umur aku bawah dari 22 tahun. Bos dah pun tau problem ni. Mungkin ingat umur aku bawah 22 tahun atau saje-saje je buat tak tahu. Apa-apa pun tunggu lah dulu. Kalau tak settel kena la follow up lagi. Payah-payah buat je surat rasmi ke bos.

Top-up

Kalau kita sebut top-up maka kita akan fikir masukkan kredit dalam handphone. Tapi kalau kat sini bila sebut top-up maka kena tanya lebih detail top-up apa? Sebab kat sini banyak jenis top-up. Elektrik, gas semua kena top-up melainkan air. Air kat sini free je. Tapi dengar tak lama lagi dah kena tax pulak.

Elektrik ada 2 jenis. Pertama jenis Elektrik yang dibayar 3 bulan sekali menggunakan bil. Kedua Elektrik top-up. Elektrik top-up ni macam kita top-up handphone lah. Semua ni mengikut jenis rumah yang ada. Ada meter yang boleh kita tengok berapa lagi kredit yang ada. Kalau nak masuk nombor top-up, masukkan kat meter ni. Dia ada keypad dia sendiri. Rumah aku elektrik jenis yang kedua, top-up.

Gas / oil. Fungsinya untuk ‘heating’ (memanaskan) rumah sebab cuaca kat sini 90% adalah sejuk sepanjang tahun. Setiap rumah kat sini ada ‘heater’. Sesetengah orang panggil radiator. Air digunakan sebagai ‘heat transfer’ (pemindah haba). Air akan dipanaskan diboiler dan akan dipam ke seluruh heater/radiator diseluruh rumah. Setiap heater/radiator ada valve yang digunakan untuk mengawal suhu heater/radiator tersebut. Zaman dulu tak de teknologi ni. Diorang gunakan ‘fire place’ untuk memanaskan rumah. ‘Fire place’ ni tempat yang Santa Claus keluar dan masuk ke rumah macam dalam cerita kartun tu. Sebab tu kalau tengok setiap rumah kat ini ada cerombong asap. Tapi dah tak digunakan lagi.

radiaotorRadiator

valveValve

Berbalik kepada gas/oil. Kebiasaanya orang akan tanya “rumah pakai gas atau oil?” Bezanya, oil kita kena top-up dengar cara call mana-mana company oil kat sini then diorang akan datang bawak satu lori tangki yang kecik kemudian oil tersebut akan disalur masuk ke dalam tangki oil yang ada kat rumah tu. Biasanya orang akan beli dari £200 ke £400. Boleh la tahan dalam 2-3 bulan. Kebiasaannya kalau rumah yang gunakan oil ni kos dia tinggi banyak berbanding gas. ‘Heating’ yang kedua jenis top-up atau kebiasaanya orang panggil gas. Kalau sebut gas memang yang jenis top-up. Alhamdulillah rumah aku ni yang jenis top-up. Takde lah tinggi sangat kosnya. Kalau top-up £20 dalam la dalam 31m³. Biasanya dapat la bertahan dalam 1 minggu. Jadi sebulan dalam £80 untuk gas. Kadar ni baru je naik masa 1 oktober lepas. Sebelum ni topup £20 dapat dalam 41m³. Boleh bertahan dalam 2 minggu. Tapi masa tu dalam musim ‘summer’. Sekarang dah masuk ‘winter’.

Nak top-up senang je kat sini. Pergi kemana-mana kedai macam Co-op, MAZE, Centra, Tesco dan lain-lain kedai yang ada papan tanda “Pay-Point” mesti boleh top-up punya. Kat stesen minyak pun ada. Nak top-up elektrik, gas, handphone semua line, nak buat lesen tv semua boleh buat kat sini. Minggu lepas disebabkan tak cek berapa baki gas yang tinggal, bangun pagi nak mandi sekali air sejuk sangat. Tak panas-panas. Cek meter gas, sekali gas dh habis. Alhamdulillah MAZE dekat je dengan rumah aku. Jadi pergi lah top-up kat MAZE. Kalau tak tak mandi pagi lah jawabnya.

Bank Account

2 minggu lepas aku dah bukak akaun bank Ulster Bank. Susah betul nak bukak. Bukan senang-senang macam kat Malaysia. Kat Malaysia tu cakap je nak bukak akaun bank ape. Senang jek. Cuma sesetengah bank je ada birokrasi sikit.

Mula-mula dah buat surat ‘work approval’ dari sportdirect.com. Ingat boleh terus bukak. Sekali dia nak pengesahan dari majikan pasal aku punya alamat rumah yang aku tinggal sekarang. Terpaksa aku buat draf surat bagi ke bos aku. Bos aku ni pun satu, buat surat sebelum ni pun main cincai je. Macam tak pernah belajar buat surat. Budak sekolah rendah pun tau nak buat surat macam mana. Nama aku pun tulis huruf kecik semua. lepas tu lupa pulak nak sign. Lepas dapat “surat baru” tu baru la dapat bukak akaun. Aku pilih Ulster Bank sebab member aku bagi tau Bank ni paling senang nak bukak akaun. Bank lain macam-macam kerenah. Kalau Bank Of Ireland (BOI) lagi lah susah. Dah sebulan dua baru dapat kad bank.

Lepas beberapa hari aku pun dapat la ‘check book’ dan ‘kredit book’. Selang satu hari lepas tu baru la dapat ‘Bank Card’. Aku ingat Debit Card rupanya kad biasa je. Kalau Debit Card senang la sikit kalau beli barang macam kat Tesco, Primark, Camseng dan mana-mana kedai boleh bayar guna kad ni je. Kat sini hampir semua kedai menawarkan perkhidmatan Debit Card. Jadi tak de lah bawak banyak-banyak cash money. Masa apply akaun bank hari tu pun aku ada juga tanya pegawai bank tu boleh dapat Debit Card atau tak. Dia cakap tak boleh sebab aku punya akaun ni hanya untuk masukkan gaji je.

Dah dapat kad, nombor pin tak ada lagi. Nak nombor pin kena hantar satu surat (dilampirkan dengan Kad Bank) ke mana-mana ‘branch’ Ulster Bank. Hari kelmarin baru aku dapat nombor pin. Banyak sungguh surat yang aku dapat dari Ulster Bank. Tujuannya hanya untuk Kad Bank dan nombor pin. Takde akauan bank takde lah gaji.

Kamus Belfast

Kerja ngn orang lain bahasa ni payah sikit kadang-kadang. Selalu berlaku masalah komunikasi. Kalau diorang cakap tu kene mintak ulang atau kene fikir sekejap sebab nak tangkap apa yang di maksudkan. Kadang-kadang diorang mintak kita ulang sebab diorang pun tak faham apa yang kita cakap walaupun kita cakap dalam English standard. Kadang-kadang kalau tak faham tu buat-buat faham aje. hehehe. Ini beberapa perkataan yang aku baru belajar kat tempat keje aku. Bunyi macam English sekali slang Irish da…

Pan = Pin

Lef = Lift

Poin = Pound (matawang UK)

Taksut = Treak Suit

Ooiii = Hawai

to be continued….

  • Pages

  • Meta