Bank Account

2 minggu lepas aku dah bukak akaun bank Ulster Bank. Susah betul nak bukak. Bukan senang-senang macam kat Malaysia. Kat Malaysia tu cakap je nak bukak akaun bank ape. Senang jek. Cuma sesetengah bank je ada birokrasi sikit.

Mula-mula dah buat surat ‘work approval’ dari sportdirect.com. Ingat boleh terus bukak. Sekali dia nak pengesahan dari majikan pasal aku punya alamat rumah yang aku tinggal sekarang. Terpaksa aku buat draf surat bagi ke bos aku. Bos aku ni pun satu, buat surat sebelum ni pun main cincai je. Macam tak pernah belajar buat surat. Budak sekolah rendah pun tau nak buat surat macam mana. Nama aku pun tulis huruf kecik semua. lepas tu lupa pulak nak sign. Lepas dapat “surat baru” tu baru la dapat bukak akaun. Aku pilih Ulster Bank sebab member aku bagi tau Bank ni paling senang nak bukak akaun. Bank lain macam-macam kerenah. Kalau Bank Of Ireland (BOI) lagi lah susah. Dah sebulan dua baru dapat kad bank.

Lepas beberapa hari aku pun dapat la ‘check book’ dan ‘kredit book’. Selang satu hari lepas tu baru la dapat ‘Bank Card’. Aku ingat Debit Card rupanya kad biasa je. Kalau Debit Card senang la sikit kalau beli barang macam kat Tesco, Primark, Camseng dan mana-mana kedai boleh bayar guna kad ni je. Kat sini hampir semua kedai menawarkan perkhidmatan Debit Card. Jadi tak de lah bawak banyak-banyak cash money. Masa apply akaun bank hari tu pun aku ada juga tanya pegawai bank tu boleh dapat Debit Card atau tak. Dia cakap tak boleh sebab aku punya akaun ni hanya untuk masukkan gaji je.

Dah dapat kad, nombor pin tak ada lagi. Nak nombor pin kena hantar satu surat (dilampirkan dengan Kad Bank) ke mana-mana ‘branch’ Ulster Bank. Hari kelmarin baru aku dapat nombor pin. Banyak sungguh surat yang aku dapat dari Ulster Bank. Tujuannya hanya untuk Kad Bank dan nombor pin. Takde akauan bank takde lah gaji.

Advertisements

4 comments so far

  1. Kipp on

    Kat malaysia senang nak bukak akaun bank, tapi dalam akaun kosong… huhuhu

  2. e-man on

    x gaji tak lah nok belanje ktorg. keh nok mp4. hohoho….

  3. musafir03 on

    Kurang-kurang ada jugak akaunnya…..mp4 banyak jual kat malaysia. kat lepeh pun banyak..

  4. e-man on

    ade tapi mahal, x de duit. hihihi….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: