Top-up

Kalau kita sebut top-up maka kita akan fikir masukkan kredit dalam handphone. Tapi kalau kat sini bila sebut top-up maka kena tanya lebih detail top-up apa? Sebab kat sini banyak jenis top-up. Elektrik, gas semua kena top-up melainkan air. Air kat sini free je. Tapi dengar tak lama lagi dah kena tax pulak.

Elektrik ada 2 jenis. Pertama jenis Elektrik yang dibayar 3 bulan sekali menggunakan bil. Kedua Elektrik top-up. Elektrik top-up ni macam kita top-up handphone lah. Semua ni mengikut jenis rumah yang ada. Ada meter yang boleh kita tengok berapa lagi kredit yang ada. Kalau nak masuk nombor top-up, masukkan kat meter ni. Dia ada keypad dia sendiri. Rumah aku elektrik jenis yang kedua, top-up.

Gas / oil. Fungsinya untuk ‘heating’ (memanaskan) rumah sebab cuaca kat sini 90% adalah sejuk sepanjang tahun. Setiap rumah kat sini ada ‘heater’. Sesetengah orang panggil radiator. Air digunakan sebagai ‘heat transfer’ (pemindah haba). Air akan dipanaskan diboiler dan akan dipam ke seluruh heater/radiator diseluruh rumah. Setiap heater/radiator ada valve yang digunakan untuk mengawal suhu heater/radiator tersebut. Zaman dulu tak de teknologi ni. Diorang gunakan ‘fire place’ untuk memanaskan rumah. ‘Fire place’ ni tempat yang Santa Claus keluar dan masuk ke rumah macam dalam cerita kartun tu. Sebab tu kalau tengok setiap rumah kat ini ada cerombong asap. Tapi dah tak digunakan lagi.

radiaotorRadiator

valveValve

Berbalik kepada gas/oil. Kebiasaanya orang akan tanya “rumah pakai gas atau oil?” Bezanya, oil kita kena top-up dengar cara call mana-mana company oil kat sini then diorang akan datang bawak satu lori tangki yang kecik kemudian oil tersebut akan disalur masuk ke dalam tangki oil yang ada kat rumah tu. Biasanya orang akan beli dari £200 ke £400. Boleh la tahan dalam 2-3 bulan. Kebiasaannya kalau rumah yang gunakan oil ni kos dia tinggi banyak berbanding gas. ‘Heating’ yang kedua jenis top-up atau kebiasaanya orang panggil gas. Kalau sebut gas memang yang jenis top-up. Alhamdulillah rumah aku ni yang jenis top-up. Takde lah tinggi sangat kosnya. Kalau top-up £20 dalam la dalam 31m³. Biasanya dapat la bertahan dalam 1 minggu. Jadi sebulan dalam £80 untuk gas. Kadar ni baru je naik masa 1 oktober lepas. Sebelum ni topup £20 dapat dalam 41m³. Boleh bertahan dalam 2 minggu. Tapi masa tu dalam musim ‘summer’. Sekarang dah masuk ‘winter’.

Nak top-up senang je kat sini. Pergi kemana-mana kedai macam Co-op, MAZE, Centra, Tesco dan lain-lain kedai yang ada papan tanda “Pay-Point” mesti boleh top-up punya. Kat stesen minyak pun ada. Nak top-up elektrik, gas, handphone semua line, nak buat lesen tv semua boleh buat kat sini. Minggu lepas disebabkan tak cek berapa baki gas yang tinggal, bangun pagi nak mandi sekali air sejuk sangat. Tak panas-panas. Cek meter gas, sekali gas dh habis. Alhamdulillah MAZE dekat je dengan rumah aku. Jadi pergi lah top-up kat MAZE. Kalau tak tak mandi pagi lah jawabnya.

Advertisements

6 comments so far

  1. e-man on

    x mandi pagi busok la jwbnye, tak seseme ke?

  2. musafir03 on

    sini kalau tak mandi tak busuk pun. nak keluar peluh pun susah

  3. as-sa'adati on

    meno up je la ye oak kat sana…

  4. e-man on

    top up mcam handphone ke, kene li kad top up pastu masukan.

  5. Kipp on

    Ohhh… jadinya skang ni santa klos dah tak boleh antar hadiah la kat dorang… sebab dah tak ada serombong kapal nak masuk.. huhhuuhu

  6. musafir03 on

    aah topup mcm handphone.tapi tak de kad.ade kertas je…..skg santa klaus hantar pakai Royal Mail jee…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: