Archive for December, 2008|Monthly archive page

Hari-hari yang sejuk

Menjengah ke laman maya ni banyak berita baru dari dalam dan luar negara termasuk Malaysia. Dah 4,5 hari tak melawat. Alhamdulillah minggu lepas dapat kami pergi bercuti sempena cuti yang panjang dari tempat aku keje. Dapatlah cuti sempena Krismas, Boxing Day dan cuti barang tak ada nak dikerjakan.

Setiap hari adalah hari yang sejuk. Malam-malam rumah pasti dipanaskan dengan ‘heater’ kalau tak kebekuan melanda badan. Makanan yang di letakkan diatas meja, air semua akan sejuk. Kuah pun akan beku. Tak perlu masuk dalam peti ais. Paling best kalau nak guna minyak gamat dan minyak afiat mesti kena panaskan atas ‘heater’ dalam 15- 1/2 jam sebelum digunakan sebab minyak dah bertukar menjadi pepejal dalam botol.

Kulit kering dan gatal sokmo. Kalau luka kat tangan walaupun kecik mesti ambik masa 1-2 minggu untuk baik. Taknak bagi kering kena lah letak ‘lotion’ sokmo. Hidung akan berair kalau sejuk sangat. Bila dah kering maka banyak lah najis-najis dalam hidung. So hidung kena lah selalu dibersihkan tak kira dengan cara apa sekali pun. huhuhu.

Aidiladha di Belfast

Bertemu kembali di entri ini. Lama dah tak menulis rasanya. Kadang-kadang ada idea, kadang-kadang tak ada idea. Tu la sebabnya lama tak menulis. InsyaAllah jika diberi kekuatan jari untuk menaip maka banyak la khabar berita dari perantauan.

2 minggu lepas sudah berlalunya Aidil Adha. Kali pertama menyambut diperantauan dan kali ke-3 menyambutnya bukan bersama keluarga di Lipis. 2 kali sebelum ni sambut di Johor semasa belajar di Universiti.

Aidiladha kali ini disambut tak semeriah Aidilfitri baru-baru ni. Aku terpaksa berkerja semasa Aidiladha baru-baru ni. Ni semua disebabkan bos nak kejar output supaya semua pakaian diproses dan sedia untuk dipamerkan. Semuanya gara-gara krismas yang bakal disambut 2,3 hari lagi.

Malam raya, Queens Malay Club (QMC) menganjurkan takbir raya. Disebabkan Malaysia Student Centre (MSC) tak boleh digunakan maka program diadakan di rumah Ust Faisal untuk muslimin dan rumah Hazimin bagi muslimat. Lepas habis takbir seperti biasa sedikit jamuan berat dihidangkan.

Pagi Aidiladha  sembahyang raya tak diadakan di BIC. Hanya sekali sahaja dibuat iaitu di Shafetbury Recreation Centre. Kalau Aidilfitri lepas dibuat 2 kali. Pagi tu dalam 8.30 pagi di BIC dan yang ke-2 di Shafetbury Recreation Centre. Sebab kenapa tak dibuat sembahyang raya awal pagi kerana subuh habis dalam 8.30pagi. 45 minit lepas tu barulah boleh dibuat solat sunat Aidiladha. Manakala solat di Shafetbury Recreation Centre dibuat dalam pukul 10.00 pagi. Jadi bezanya hanya 45 minit. Alang-alang biar buat terus pukul 10.00 pagi di Shafetbury Recreation Centre.

Aku masuk kerja pukul 9.00 pagi. Cuma pagi raya tu aku dan rakan sekerja (Malaysian-Muslim) mintak masuk dalam pukul 10.00 pagi. Kami buat solat di Malone Square rumah Ust Khalid. Habis solat terus menjamu selera dan pergi kerja.

Malam hari raya pertama pulak Abg Roslan mengadakan House Warming di Eglantine Garden sempena kehadiranya sebagai warga baru di Belfast. Malam tu disajikan nasi minyak, kari ayam, ayam goreng dan beberapa juadah potluck dari tetamu yang hadir

Hujung minggunya pulak diadakan Sambutan Aidiladha yang di anjurkan oleh Queens Malay Club (QMC) di Morton Community Centre. Semua warga Malaysia dan beberapa Muslim setempat dijemput. Malam sebelum sambutan diadakan kami bergotong-royong di rumah Taufiq and De Gang menyiapkan Nasi Bukhari, Kari Kambing, Acar dan yang paling special Lamb Shajji. Jumlah keseluruhan kambing yang dikorbankan pada tahun ni 9 ekor. Aku balik ke rumah dalam pukul 1.30 pagi. Tu pun lepas tong gas dah habis gas. Kalau tak pukul 2, 3 pagi baru balik.

Hari Ahad Dr Saiful dan Dr An pulak mengadakan open house. Juadah sajian Nasi Minyak, Kambing Golek, Acar Timun dan bermacam-macam lagi pencuci mulut seperti aiskirim, kek, jelly.

Alhamdulillah di kesempatan keraian yang diadakan ini dapat mengeratkan ukhuwah di antara warga Malaysia di Belfast. Susah nak bertemu antara satu sama lain pada hari-hari lain disebabkan kesibukan sebagai student, doktor, pekerja dan suri/sura rumah. Moga ukhuwah yang dibina akan berkekalan sehingga pulang ke tanah air nanti.

Disini disajikan beberapa keping gambar:

Takbir2

Malam Takbir di rumah Ust Faisal

Takbir1

Malam Takbir

Sambutan

Solat berjemaah sebelum jamuan makan di Morton Centre

Sambutan3

Aktiviti mengagih lauk

Sambutan2

Hadirin menikmati jamuan makan

Tumpang

Assalamualaikum..

hehe..actually this blog belong to my husb not mine. that’s why tulisan warna pink..just tumpang tulis as he ask me to tulis something.emm..ni dah kali kedua aku merasa suasana winter..berharap sangat2 tahun ni pun snow turun mcm last year..selagi snow tak turun, the temperature will be around -3°C..SEJUK!!!

Cuti Christmas dah dekat. Tahun ni plan nk g Italy ngn husb time cuti tu.Masa ‘usha’ tiket flight, happy sangat bila jumpe tiket to Italy as cheap as GBP 50 for return tikets. Masa tu memang dah nak book sngt dah.tp disebabkan debit kad dah takde ongkosnya, maka terpaksa tunggu utk trasfer duit dari main account. the money transfer process will take about 3 days to clear. What a very slow banking system!..emm..berbalik kepada cerita g Italy..disebabkan kene tunggu 3 hari, maka kami tak la booking tiket flight lagi…Dalam tempoh 3 hari tu..my husb dapat tawaran keje kat sportdirect.com..alhamdulillah.penantian die utk cari kerja berakhir..tp yang sedihnya..tak jadi la kami pegi Italy sebab dia tak boleh nk cuti..waaa..Maka cuti 10 hari terperuk la daku dirumah..mungkin ade hikmah disebaliknya..

Aidiladha yang Sejuk

Pagi on de way nak ke BIC aku tengok semua kereta keras (kereta memang keras, kalau lembik tak boleh la naik). Keras kat sini sebab diseliputi ais. Bukan je kereta, jalan pun membeku disebabkan embun dan air yang mengeras diatas jalan. Aku rasa suhu semalam ade mencecah -5ºC. Melebihi tahap beku peti ais. Hari juga aku tak kerja sebab hari Ahad. So, duduk rumah jelah. Duduk rumah pun sejuk juga. Nak tak nak heater terpaksa dipasang. Kalau tak kesejukan dalam rumah.

Petang karang nak pergi Asia Market. barang-barang rumah dah habis. Pukul 6.00 petang sebelum Isyak kena pergi rumah Ust Faisal. Malam ni kami buat takbir Raya beramai-ramai kat situ. Malaysia Student Centre(MSC) tak boleh digunakan sebab tengah renovate sekarang. Kalau tak bertakbir kat MSC je macam malam raya Aidilfitri lepas. apa-apa pun snow masih belum memunculkan dirinya dan Aidiladha akan menjelma malam ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada mak, ayah dikedua-dua belah pihak. Adik-beradik di Lipis dan Jerantut. Sanak saudara di Lipis, Jerantut, Pahang dan seluruh Malaysia dan UK. Tak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang berada di tanah air dan seluruh dunia. Kami menyambut Aidiladha dalam keadaan yang penuh dengan kesejukan. Alhamdulillah

Winter dan Snow

Hari ni 6 December. Dah masuk musim winter. Sejuk tahap ‘Gaban’ rasanya. Suhu berlegar sekitar -3°C hingga 6°C. Penggunaan heater makin kerap sebab nak panaskan rumah. Kalau tak, berbaju tebal jelah dalam rumah. Kelmarin bila tengok forcast dijangka ada lah snow turun. Tapi tak turun-turun pulak. Rupanya snow kat atas je. Bila sampai bawah tak de dah snownya. Hujan renyai-renyai dan hujan batu je yang turun. Pagi tu bila nak pergi kerja, jenguk lah ke Black Mountain. Nampak putih je. Snow singgah kat kawasan bukit dan kawasan tinggi je.

Dalam minggu ni suhu beku tiap-tiap pagi. Kereta, jalanraya dan apa-apa yang berada diluar diselubungi ais. Ada member nak pergi kerja kena bawak air panas untuk siram atas cermin kereta. Kalau tak cermin kereta beku jelah. Mana-mana lopak air yang kecik mesti jadi ais punya. Hari-hari berita bagi amaran tentang “Icy Road”. Pihak PBT sini (Belfast City Council) hari-hari tuang garam atas jalan. Tujuannya tak nak bagi jalan licin dan kereta tergelincir. Ni lah suasana yang biasa kelihatan tiap kali masuknya winter. Sejuk, beku semua dah rasa. Snow je tak rasa lagi.
InsyaAllah akan merasa…

  • Pages

  • Meta