Perihal ‘Credit Crunch’

credit_crunch

Minggu ni masuk minggu ke-3 aku kerja kurang 20 jam seminggu. Rasa dah macam tak kerja pulak. Kerja 3 hari je seminggu. Maka pendapatan pun dah berkurang sikit sebab gaji dibayar berdasarkan jam bekerja. ‘Rota’ dibuat oleh boss jadi ikut jelah. Bila tengok berita kat BBC, SKY kadar pengganguran meningkat. Banyak company tutup dan mengurangkan pekerja. Tempat-tempat seperti Job Centre, Job Centre Plus menjadi tumpuan para penganggur untuk mencari kerja. Kadar pengangguran hampir mencecah 2 million. UK pula secara rasmi telah mengalami ‘Recession’ awal tahun ni.

Masa aku datang ke sini Julai 2008 kadar tukaran wang 1 GBP = RM 6.5. Sekarang 1GBP = ±RM 5. Orang cakap kalau nak beli kereta sekarang murah kalau ikut harga Malaysia. Kereta pun turun harga dah. Banyak lagi lah benda-benda yang berkaitan ‘credit crunch’ ni. Harga rumah pun jatuh merudum. Orang kat sini tak cari tanah tapi lebih mencari rumah. Kat Malaysia orang lebih mencari tanah dari rumah. Harga sewa rumah pun dah menurun. Nak juga cari rumah lain kalau harga sewa rumah murah, selesa, cantik, besar dan berpatutan.

Walaupun kerja 3 hari seminggu aku tak kisah sebab nanti bila tiba Easter, summer ada pulak ‘sales’. Maka bertambah la jam kerja harapnya. Peel orang sini walaupun ‘Credit Crunch’ diorang tetap juga bershopping seperti biasa terutama bila masuk musim perayaan. Dah memang ‘trend’ diorang macam tu kot. Mentang-mentanglah orang yang tak kerja akan diberi elaun penggangur oleh UK Goverment. Diorang ni suka juga jual balik barang diorang kat ‘Carboot Sales’ terutama hari Ahad. Barang-barang yang elok tapi diorang dah tak nak pakai akan dijual dengan harga yang berpatutan. Sebab tu zaujah aku boleh beli ‘Play Station’ + 3 Cd Games dengan harga 6 GBP je. Boss aku cakap di suka ‘Credit Crunch’ sebab orang tak akan ber’shopping’ kat kedai mahal tapi diorang akan pergi ber’shopping’ kat ‘retail shop’ macam kedai tempat aku kerja. Maka kami yang untung.

Advertisements

6 comments so far

  1. aisyah on

    huhu…kalo ade ipod yg murah2 bley la beli tukj kome..hehe. bagos le aok untung. eh..Easter tu menda?

  2. NS on

    easter tu perayaan keagamaan orang kristian, meraikan sorang paderi yang nama dia Saint xx(tak ingat nama die,huhu). Simbol perayaan easter ni, adalah telur.jadi kat kedai2 banyak la jual barang2 yang berbentuk telur terutamanya coklat. Sebelum easter diorang ade good friday. Hari besar sebelum easter kalau tak silap.

  3. e-man on

    ha abg de boleh la beli ipod utk iman sekang kan dah murah.=P

    aok ingat iPod murah ke?mahal lagi laaa encik eman…nanti lah kome beli sesuatu untuk aok…jengjejeng

  4. CIKGU KHAI on

    Salam ziarah.. Seronok dok kt perantauan. Bila sye nk sampai sane. Singgah blok sye. Boleh tkat2 pengalaman…

    InsyaAllah akan disinggah…..

  5. aisyah on

    ooo…ha’ah, ptot la mcm slalu sgt dgr easter tu, dlm katun slalu gak ade easter egg. bru je tgok smlm..yg di kaler2 tlur tu kan..

    haaa..tulah bendenye…telur yang dikaler-kaler

  6. nurul izzah on

    apela…easter tukan sejenis binatang yg berkaki 7 berjalan serong,melompat2..heheheh

    yeye aok ni…yang melompat tu ade 4 ekor. Beso-beso semunye. nak jumpe spesis ni kene gi Perak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: