Archive for February, 2009|Monthly archive page

Rambut Pendek

machine

Masa kat Malaysia bila rambut panjang je boleh pergi kedai atau suruh member potongkan. Masa kat Universiti hanya 3,4 kali je potong rambut kat kedai. Lain tu suruh member potongkan. Tapi kat sini nak juga cuba potong kat kedai masa mula-mula datang dulu. Bila tanya kawan-kawan kat sini biasa satu kedai charge dalam £7-8 sekepala. Banyak tu

Bila dikira-kira semula. Bila dah di’convert’ dari £ ke RM, Sekali pergi dah kena bayar dalam RM 40 . Huyoooo…banyak tu. Jadi aku pun ambil alternatif cari mesin gunting rambut macam kat kedai. Cari kat ARGOS [entri akan datang akan aku ceritakan kedai apakah ARGOS ini]. Bila dibelek-belek katalog dia, jumpalah mesin pemotong rambut harga £16 brand WAHL. Sama dengan harga 2 kali potong rambut kat kedai gunting. Aku pun pergi lah beli. Memang kualiti bagus dan baik. Ade 8 mata + Trimer+ cd cara memotong rambut+ sikat+gunting. Dalam bekas lagi. Balik je dari ARGOS aku terus potong rambut aku sendiri. Bila potong sendiri paham-paham je lah. Guna mata 2 seluruh kepala. Maka jadilah gondol. Tapi adik-adik aku cakap aku botak bila ber’web cam’. Kebanyakkan orang Melayu kat sini pun potong sendiri je.

Disebabkan zaujah aku cakap tak hensem bila buat rambut gondol, maka aku suruh dia potongkan. Ajarlah dia guna cd yang dibagi. Masa potong tu pun aku ajar dan bagi arahan kat dia macam mana nak potong elok. Tak bagi rambut bertakok atau sumbing. Alhamdulillah setakat ni dah 2 kali dia tolong potongkan. Memang pendek dan elok. Jimat sangat-sangat berbanding pergi ke kedai. Gunting kat dalam bilik air je. Sebab kat situ lah satu-satunya tempat takde karpet dan mudah untuk divacum. Gunting kat luar rumah sejuk. Silap-silap boleh demam kalau tak pakai baju.

Nak Cari Rumah?

Lama dah tak menulis. Minggu lepas aku dah mula kerje balik macam biasa. Tapi minggu tu kena kerja 6 hari. Ini semua disebabkan salah seorang tempat aku kerja tu ambil cuti 2 minggu dan sebelum tu aku bercuti 1 minggu. Jadi “kandang” (troli besar isi pakaian) yang sampai tak sempat diproses maka diheret ke hari berikutnya. Hari ini sempat bukak 2 “kandang” je sebab malam ini ada ‘stock count’.

Cuaca kat sini dah tak seteruk 2 minggu lepas. Snow dah tak kelihatan turun dan suhu dah berubah. Sekarang ni suhu sekitar 5ºC hingga 12ºC. Suhu mula berubah lepas snow turun dengan lebat 2 minggu lepas. Sekarang ni cuaca cerah dan kadang-kadang hujan renyai-renyai je. Tu pun tak lebat sangat.

Baru-baru ni datang satu surat dari Property Link, agent rumah yang kami sewa. Dia tanya sama ada nak stay lagi kat rumah ni atau tak. Kena hantar jawapan sebelum 16 Mac ni. Kalau ikut ‘Agreement’ 1 July 2009 kami kena kosongkan dah rumah ni dan pindah cari rumah lain. Kami pun tak tau lagi macam mana. Banyak bende yang nak dinilai bila cari rumah baru ni. Antaranya nak kena tukar alamat surat-menyurat bank, UM, Queen’s. Ciri-ciri rumah mestilah cantik, Gas Heating, Tingkap “double glaze’ (supaya rumah panas), harga berpatutan. Nak pindah dan angkut barang lagi. Kalau boleh nak cari rumah dekat dengan School zaujah, dekat dengan BIC dan rumah tingkat 2 sebab tak sesejuk tingkat 1. Kalau ‘plan’ nak bawak balik kereta kena pulak cari rumah yang  ada tempat parking kereta sendiri atau  rumah yang tak ramai student atau laluan orang ramai balik bila mabuk. Kalau tak tingkap kereta, ‘side mirror’ kena pecah, tayar dikempiskan dan macam-macam lagi lah perangai dajal yang dibuat. Ada sekali tu aku tengok semua kereta diletakkan tong sampah atas kereta. Tak ke naya gitu.

Apa-apa pun pilihan terbaik akan dibuat. Moga pilihan tersebut dapat membahagiakan kami dan buat kami rasa selamat dan tenteram disini. Amin…

Reminder – Boikot Barang Israel Laknatullah & USA

LAMAN WEB PILIHAN

http://inminds.com/boycott-israel.htm

Boikot 7 Barang Sehingga Lumpuh

LAKSANAKAN TUGAS
USAH LAGI BERRETORIK
DAN
TIDAK BERSTRATEGI
.


BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

PESANAN PENTING !!!!!

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

UNTUK MEMASTIKAN KEMPEN INI BERKESAN DAN
SENTIASA DIHATI UMAT ISLAM

KITA PERLU SENTIASA ‘REFRESH’ 7 BARANGAN
BOIKOT INI SETIAP 15 HARI

MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN
KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK
MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

SILA ‘REFRESH’ BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-
30 FEBUARI 2009
15 MAC 2009
30 MAC 2009
15 APRIL 2009
30 APRIL 2009
15 MEI 2009
30 MEI 2009
15 JUN 2009
30 JUN 2009
12 JULAI 2009
(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)

Minggu ni aku cuti

Minggu ni aku cuti 1 minggu. Cuti yang wajib diambil dalam 1 minggu dalam bulan 2 hingga bulan 4. Nanti ada pulak cuti summer, autumn. Cuti ni dikira sebagai cuti bergaji. So melepak la di rumah sambil buat perkara-perkara yang patut. Kebetulan pulak time cuti ni lah aku diserang penyakit demam dan sakit perut. Alhamdulillah sekarang rasa sihat sikit. Dah 3 hari aku tak keluar rumah. Duduk terperuk kat rumah je. Nak keluar sejuk sangat. Suhu sekarang sekitar 3ºC hingga -2ºC. Macam duduk dalam peti ais. BIC pun dah 3 hari tak pergi. InsyaAllah lepas ni boleh pergi balik.

Nak jumpa doktor kat sini kena buat ‘appointment’ dulu. So zaujah aku talifon GP nak buat ‘appointment’ sekali dia cakap kena datang Isnin minggu depan sebab minggu ni dah penuh. Kalau hari Isnin sempat aku sihat dulu. Ni lah masalah kalau nak jumpe doktor kat sini. Maka makanlah Paracetomol (Ubat demam/Panadol) yang ada je. Ahad lepas aku main snow banyak sangat kot. Tu sebab demam.

Minggu ni jugak aku dapat anak sedara yang ke-2 pada 10 Februari 2009. Anak kepada Abang Ngah. Nama Furaihatun Najlaa’ . Tahniah Abang Ngah dan Kak Ngah. Anak sedara pertama, Nur Syifa’ Imani anak kepada Abang Long. Lahir lepas 3 hari aku berangkat meninggalkan bumi Malaysia. Kedua-dua perempuan dan tak pernah aku tengok lagi dengan mata kepala aku sendiri. InsyaAllah kita akan bersua nanti. Tahniah juga kepada Mak dan Ayah yang dapat cucu ke-2. Cucu dari kami lambat sikit kot. hehehe. InsyaAllah ada nanti

Buat Snow Man

Proses Menggumpal

Snowman

Baru tau letih nak buat Snowman

Kami dan Snowman

Snowman Comot Siap

Depan Queens

Depan Queen’s University

Queens

Queen’s University

Snow dan Darul Ridzuan

Alhamdulillah semenjak semalam snow turun dengan lebat sekali dan berjaya memutihkan seluruh kawasan dan bandar Belfast. Aku tak de masa nak main snow sebab snow yang turun pada awal pagi dan waktu tu aku baru nak pergi kerja. Bila balik snow dah cair. Boleh la main sikit-sikit buat ‘snow ball’. Snow memunculkan diri di Belfast selepas 3 hari di Mainland (England, Wales, Scotland) di serang snow dengan lebat sehingga setebal 20cm dan menyebabkan 6000 buah sekolah tutup, perjalanan keretapi terbantut dan ramai orang tak pergi kerja. 1 hari sahaja ditimpa snow menyebabkan kerajaan UK kerugian £1.2 Billion. Hebat kuasa Allah dengan hanya menurunkan SNOW sahaja. Subhanallah.

Di Malaysia satu kerajaan negeri telah berjaya di rampas semula oleh kerajaan pusat dengan cara yang amat-amat menjijikkan.  Berita tentang tergugatnya kerajaan Perak aku dapat tahu semalam serentak dengan turunnya snow disini. Setiap kali aku membaca tentang keadaan di Perak melalui Berita Hairan,Harakah, Malaysiakini, Detikdaily, dan lain-lain lagi kebanyakannya lepas tu di luar rumah pasti snow turun. Tak kira sama ada lebat atau tidak. Mungkin inilah tarbiah, ujian dan peringatan dari Allah kepada HambaNya. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Moga Allah memberi kesabaran, ketenangan dan ketabahan kepada mereka yang terlibat. Ingatalah “Allah bersama-sama dengan orang yang sabar”. Sedikit sahaja ujian yang diturunkan. Saudara kita di Palestin lagi hebat ujiannya. Moga kita ambil iktibar dan akan menguatkan lagi diri kita. Amin…

Server Kembali Pulih

Semalam merupakan hari yang sungguh pelik dan mungkin secara kebetulan Server internet rumah aku ni boleh bukak Malaysiakini, Tranungkite, Harakahdaily dan Maybank2u. Pada masa yang sama juga dikhabarkan tentang jatuh nye sebuah negeri ke tangan Parti Pembangkang Negeri Perak Darul Ridzuan.

Semua perkara berlaku secara serentak. Adakah ini merupakan suatu kebetulan atau perancangan? Aku pun tak tau nak jawab ape. Alhamdulillah dapat aku bukan Maybank2u dan membuat beberapa pembayaran online yang dah bertangguh sekian lama. Laman web yang lain aku tak pasti macam mana sebab laman web yang aku sebut tadi adalah laman web yang selalu aku kunjung untuk mendapat berita yang benar lagi sahih di Malaysia. Harap Malaysia kembali aman dan damai. Dijauhkan dari tangan-tangan jahat yang sentiasa mencabuli keadilan dan kedaulatan negara.

Starbuck : Boikot Berhasil

Starbuck

Sape tak kenal Starbuck??? Rase rata-rata masyarakat dunia kenal dengan Starbuck ni. Sesetengah orang yang biasa melepak di Starbuck menggelarkan diri mereka “Starbuckers”. Minggu lepas aku tengok kat berita yang Starbuck ni mula menutup lebih kurang 300 cawangan diseluruh dunia. 200 daripadanya di USA.

Mengapa Starbuck ini ditutup? Sedangkan kita tahu dan kalau yang tak tahu tu kena tahu dalam keadaan ekonomi sekarang 3 perniagaan / perkhidmatan yang tak akan terjejas di dalam keadaan ekonomi gawat iaitu Kesihatan, Pelajaran dan Perniagaan berbentuk Makanan seperti restoran dan lain-lain. Starbuck ini berada dalam kumpulan perniagaan makanan. ‘Main’ produk dia adalah air kopi. Kenapa mereka boleh menutup cawangan? Adakah boikot yang dilancarkan kepada mereka mula berhasil? Atau disebabkan kegawatan ekonomi sekarang? Mengikut berita yang dilaporkan mereka berbuat demikian sebagai strategi dan langkah berjaga-jaga dalam keadaan ekonomi yang gawat kini. Boleh percaya ke?

Harap proses boikot ini akan berterusan sampai bila-bila. Runtuhkan ekonomi mereka yang memberi sumbangan kepada Israel Laknatullah untuk menghilangkan Palestin dari bumi ini…Takbir!!! Allahuakbar

Reminder – Boikot Barang Israel & USA

LAMAN WEB PILIHAN

http://inminds.com/boycott-israel.htm

Boikot 7 Barang Sehingga Lumpuh

LAKSANAKAN TUGAS
USAH LAGI BERRETORIK
DAN
TIDAK BERSTRATEGI
.


BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

PESANAN PENTING !!!!!

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

UNTUK MEMASTIKAN KEMPEN INI BERKESAN DAN
SENTIASA DIHATI UMAT ISLAM

KITA PERLU SENTIASA ‘REFRESH’ 7 BARANGAN
BOIKOT INI SETIAP 15 HARI

MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN
KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK
MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

SILA ‘REFRESH’ BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-

15 FEBUARI 2009
30 FEBUARI 2009
15 MAC 2009
30 MAC 2009
15 APRIL 2009
30 APRIL 2009
15 MEI 2009
30 MEI 2009
15 JUN 2009
30 JUN 2009
12 JULAI 2009
(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)

http://islamreturn.blogspot.com


SENARAI LAIN-LAIN BARANG YANG WAJIB DIBOIKOT



APA PERASAAN ANDA JIKA INI ADALAH ANAK ANDA YANG AMAT DISAYANGI?


PERJUANGAN BERTERUSAN SEHINGGA BAITUL MAQDIS DAPAT DIBEBASKAN!!!

Dari perspektif sejarah, bantuan Amerika kepada Israel sejak 1950 hingga 2005 adalah tinggi dengan FMF berjumlah $59.5 bilion (RM218 bilion), $27 bilion (RM98.9 bilion) membabitkan jualan tentera asing membabitkan pemindahan senjata daripada kerajaan kepada kerajaan .Ternyata Amerika tidak diragui menjadi pembekal utama senjata kepada Israel.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE, STARBUCKS, COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara. (http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.653.2)

Rujukan : http://yusofembong.blogspot.com

Kita haram membiarkan Yahudi=Amerika membunuh umat Islam. Ingat! setiap sen adalah harga membeli peluru membunuh saudara kita di Palestin.

  • Pages

  • Meta