Snow dan Darul Ridzuan

Alhamdulillah semenjak semalam snow turun dengan lebat sekali dan berjaya memutihkan seluruh kawasan dan bandar Belfast. Aku tak de masa nak main snow sebab snow yang turun pada awal pagi dan waktu tu aku baru nak pergi kerja. Bila balik snow dah cair. Boleh la main sikit-sikit buat ‘snow ball’. Snow memunculkan diri di Belfast selepas 3 hari di Mainland (England, Wales, Scotland) di serang snow dengan lebat sehingga setebal 20cm dan menyebabkan 6000 buah sekolah tutup, perjalanan keretapi terbantut dan ramai orang tak pergi kerja. 1 hari sahaja ditimpa snow menyebabkan kerajaan UK kerugian £1.2 Billion. Hebat kuasa Allah dengan hanya menurunkan SNOW sahaja. Subhanallah.

Di Malaysia satu kerajaan negeri telah berjaya di rampas semula oleh kerajaan pusat dengan cara yang amat-amat menjijikkan.  Berita tentang tergugatnya kerajaan Perak aku dapat tahu semalam serentak dengan turunnya snow disini. Setiap kali aku membaca tentang keadaan di Perak melalui Berita Hairan,Harakah, Malaysiakini, Detikdaily, dan lain-lain lagi kebanyakannya lepas tu di luar rumah pasti snow turun. Tak kira sama ada lebat atau tidak. Mungkin inilah tarbiah, ujian dan peringatan dari Allah kepada HambaNya. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Moga Allah memberi kesabaran, ketenangan dan ketabahan kepada mereka yang terlibat. Ingatalah “Allah bersama-sama dengan orang yang sabar”. Sedikit sahaja ujian yang diturunkan. Saudara kita di Palestin lagi hebat ujiannya. Moga kita ambil iktibar dan akan menguatkan lagi diri kita. Amin…

Advertisements

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: