Rambut Pendek

machine

Masa kat Malaysia bila rambut panjang je boleh pergi kedai atau suruh member potongkan. Masa kat Universiti hanya 3,4 kali je potong rambut kat kedai. Lain tu suruh member potongkan. Tapi kat sini nak juga cuba potong kat kedai masa mula-mula datang dulu. Bila tanya kawan-kawan kat sini biasa satu kedai charge dalam £7-8 sekepala. Banyak tu

Bila dikira-kira semula. Bila dah di’convert’ dari £ ke RM, Sekali pergi dah kena bayar dalam RM 40 . Huyoooo…banyak tu. Jadi aku pun ambil alternatif cari mesin gunting rambut macam kat kedai. Cari kat ARGOS [entri akan datang akan aku ceritakan kedai apakah ARGOS ini]. Bila dibelek-belek katalog dia, jumpalah mesin pemotong rambut harga £16 brand WAHL. Sama dengan harga 2 kali potong rambut kat kedai gunting. Aku pun pergi lah beli. Memang kualiti bagus dan baik. Ade 8 mata + Trimer+ cd cara memotong rambut+ sikat+gunting. Dalam bekas lagi. Balik je dari ARGOS aku terus potong rambut aku sendiri. Bila potong sendiri paham-paham je lah. Guna mata 2 seluruh kepala. Maka jadilah gondol. Tapi adik-adik aku cakap aku botak bila ber’web cam’. Kebanyakkan orang Melayu kat sini pun potong sendiri je.

Disebabkan zaujah aku cakap tak hensem bila buat rambut gondol, maka aku suruh dia potongkan. Ajarlah dia guna cd yang dibagi. Masa potong tu pun aku ajar dan bagi arahan kat dia macam mana nak potong elok. Tak bagi rambut bertakok atau sumbing. Alhamdulillah setakat ni dah 2 kali dia tolong potongkan. Memang pendek dan elok. Jimat sangat-sangat berbanding pergi ke kedai. Gunting kat dalam bilik air je. Sebab kat situ lah satu-satunya tempat takde karpet dan mudah untuk divacum. Gunting kat luar rumah sejuk. Silap-silap boleh demam kalau tak pakai baju.

Advertisements

6 comments so far

  1. Zoyak on

    Assalam mu alaikum wr wbt
    Ada gambar alat pemotong rambut aje. Hasil potongan tak ada gambar ke? Kalau adik-adik kau tengok gambar kepala gondol tu mesti mereka ketawa. Keh..keh..kehhh…

    Hasil potongan nanti akan ditunjukkan..gondol tu dulu..sekarang dah hensem…hehehe

  2. e-man on

    botak hihihi…. nanti jadi cam mawi.

    Takde lah botak macam tu..ade la rambut..panjang dari rambut aok tu lepas potong

  3. musafir03 on

    Mane mawi???

  4. aisyah on

    huhu…. dulu kat sini aok pernah ke botak kpale??

    Pernah kot, tapi mase tu kat Universiti

  5. cmusafir on

    teringin nak beli tapi takde jual dekat tempat saye.

  6. Anonymous on

    pe name mesin ni dalam english? nak try cr kat jepun kot2 ade ke x.. haha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: