Archive for March, 2009|Monthly archive page

RTD PPSMI

Lama rasanya tak munilis kat blog ni. Nak kata tak jenguk ke laman maya ni, tiap-tiap hari jenguk. Cuma jenguk ke laman-laman tertentu je. Maklumlah sekarang ni Malaysia tengah panas. 3 Pilihanraya Kecil, Perhimpunan Agung Umno (PAU), isu negeri Perak yang tak habis-habis lagi dan macam-macam lagi.

Kelmarin diadakan ‘Round Table Discussion’. Aku dilantik menjadi moderator. Isu yang dipilih isu PPSMI. 2 orang ahli panel pilih dikalangan penduduk Malaysia disini. Panel pertama merupakan seorang guru Matematik dan Sains disebuah sekolah di Damansara Jaya. Sekarang ini mengambil cuti 3 tahun kerana menemani suami menyambung PhD disini. Panel ke-2 rakan sekerja aku seorang India yang berpengalaman luas dalam industri di Malaysia. Hadir ke bumi Belfast kerana menemani isterinya yang merupakan Post Doc di Queens University. Jawatan terakhir beliau adalah HR Manager di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang.

Hasil dari perbincangan yang dibuat, kedua-dua panel bersetuju dengan PPSMI.Ini agak bertentangan pendapat aku selaku moderator. Tapi sebagai moderator tak boleh lah aku menunjukkan pandangan aku. Maka aku serahkan pada audian yang hadir untuk menongkah arus bagi menghidupkan perbincangan.

Antara perkara yang menyebabkan panel pertama bersetuju, ini kerana beliau mengajar di sebuah sekolah harian ditengah bandar dan kebanyakkan pelajarnya adalah pelajar Cina. Dia membuat perbandingan diantara sebelum dan selepas PPSMI keputusan pelajarnya adalah sama baik dan sama cemerlang. Mungkin disana ada banyak kemudahan dan senang bagi guru-guru untuk mendapatkan maklumat dan menghadiri kursus-kursus ETEMS.

Pandangan panel ke-2 pula, beliau banyak menyentuh berkaitan dengan industri. Malaysia merupakan sebuah negara yang ‘depands’ pada negara lain seperti US, UK dan lain-lain lagi. Semua teknologi yang diperolehi adalah dalam Bahasa Inggeris. Mahua tau tak kita kena pelajari juga bahasa ini dalam matematik dan sains supaya kita mudah bersaing dengan dengan negara lain. Apabila disentuh mengenai Jepun, Korea, Russia dan German yang menggunakan bahasa mereka dalam sains dan matematik beliau menjawab negara ini bukan ‘depands’ kepada mana-mana negara. Hasil teknologi mereka adalah dari mereka sendiri. Selain itu juga beliau menyentuh mengenai graduan Melayu yang banyak tidak boleh bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik semasa ‘interview’ di industri. Ini menyebabkan graduan ini tidak dapat bersaing dan setaraf dengan graduan Cina yang fasih dalam bahasa inggeris.

Bagi aku perbincangan ini kurang berjaya kerana hanya pendapat yang menyokong lebih banyak berbanding yang membantah. Maka perbincangan dua hala tidak dapat berjalan dengan baik. Bukanlah persoalan politik itu yang dilibatkan tetapi pandangan dari mahasiswa di sini yang kurang proaktif memberi jawapan dan pandangan mereka sendiri. Lepas tu ramai pulak yang tak hadir. Hanya seorang sahaja mahasiswa yang bertanyakan soalan. Kebanyakkan yang lain hanya mendengar setia tanpa berbuat apa-apa. Sekurang-kurangnya mereka boleh mengeluarkan pandangan dan pendapat yang membina. Masa hadapan Malaysia ditangan mereka. Balik nanti mereka ini akan mengisi jawatan sebagai jurutera, doktor, guru, pensyarah dan bermacam-macam lagi. Harapan agar mahasiswa keluaran ‘oversea’ tidak hanya berbangga dengan tempat mereka belajar.

Advertisements

Reminder : Boikot Barangan Israel & USA

LAMAN WEB PILIHAN

http://inminds.com/boycott-israel.htm

Boikot 7 Barang Sehingga Lumpuh

LAKSANAKAN TUGAS
USAH LAGI BERRETORIK
DAN
TIDAK BERSTRATEGI
.


BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

PESANAN PENTING !!!!!

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

UNTUK MEMASTIKAN KEMPEN INI BERKESAN DAN
SENTIASA DIHATI UMAT ISLAM

KITA PERLU SENTIASA ‘REFRESH’ 7 BARANGAN
BOIKOT INI SETIAP 15 HARI

MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN
KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK
MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

SILA ‘REFRESH’ BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-
30 MAC 2009
15 APRIL 2009
30 APRIL 2009
15 MEI 2009
30 MEI 2009
15 JUN 2009
30 JUN 2009
12 JULAI 2009
(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)

Busy

Assalamualaikum..

Saje menulis untuk mengubat kerinduan pembaca kepada tulisan pink ni..Alhamdulillah..sekarang sudah masuk tahun ke-2 PhD. Half way through. Buat setakat ni, belum lagi menghasilkan sebarang journal. Tahun ke-2 ni makin busy. Kerja makin banyak..pressure makin tinggi..risau kalau tak mampu nak siapkan on time. Banyak lagi yang perlu dipelajari.

Tadi, alhamdulillah..baru sahaja selesai presentation dengan group industri. semuanya berjalan lancar. Next week tutorial yang ke-3 untuk level 1. Sekarang ni buat juga kerja part time kat school. Jadi tutor dan demonstrator. Dapat lah dalam GBP 10 sejam untuk demontrating, dan lbh kurang GBP 13 sejam untuk tutorial. Agak mencabar memandangkan kene review balik semua pelajaran masa first year. Tak semudah yang disangka. Tambahan pulak nak kene terangkan dalam bahasa inggeris kepada anak orang inggereis..tak percaya rasanya..

Busy..busy..memang kehidupan buat PhD ni sangat busy..skng ni, aku diberi kepercayaan untuk jadi mentor kepada sorang budak final year..tiap2 hari khamis dan jumaat dia akan masuk lab buat kerja..itu menyebabkan aku makin busy. dengan bebanan kerja PhD yang bertimbun, kene supervise budak final year, kene buat persiapan untuk kelas tutorial…Tapi ini lah perjuangan yang perlu aku tempuh. Bukan senang nak jadi senang.

Dalam kesibukan aku bekerja untuk mendapatkan segulung ijazah doktor falsafah, InsyaAllah, tugasan ku sebagai isteri takkan aku abaikan. Aku sangat bertuah dapat suami yang sangat memahami, banyak membantu aku. Alhamdulillah, sudah setahun kami menempuh alam rumah tangga. tak percaya rasanya. cepat benar masa berlalu.

Tahun ni kami plan nak balik Malaysia. Doakan ye..

Cuaca Tak Menentu

Walaupun dalam winter sekarang ni, tapi cuaca tak menentu. Pagi turun snow,  tengah hari panas terik, petang hujan pulak, malam sejuk menggigil. Semalam sekali lagi turun snow. Lebat jugak. Padanlah 2,3 hari lepas sejuk sangat. Nak turn snow rupanya. Nak keluar rumah pun malas. Dalam rumah panas sikit ada “heater”.

Antara tanda-tanda yang aku jumpa kalau nak turun snow, 2,3 hari sebelum snow turun suhu terlampau sejuk sehingga mengigit tulang sumsum. Keluar rumah pakai seluar jeans terasa sejuknya. Kena tambah lagi pakai “Long John” (Seluar ketat macam tight tapi kain cotton).

Inilah realiti cuaca di Belfast. Jalanraya kat luar kering lepas tu masuk rumah sekejap dan keluar balik tengok-tengok jalanraya dah basah dan cuaca tak lah mendung. Rupa-rupanya hujan turun tadi masa masuk rumah. Jadi kepada sesiapa yang nak datang ke sini kena faham cuaca kat sini supaya tak tertipu dek cuaca. Sediakan payung sebelum hujan kalau keluar rumah.

ARGOS

logo argos

Hari ni aku nak explain sikit pasal ARGOS. Mungkin elok untuk orang yang nak berniaga mengikut “trend” baru di Malaysia. ARGOS ni sebuah kedai yang menjual pelbagai produk seperti barangan elektrik, perkakasan dapur, perabut, barang-barang DIY (Do It Yourself), barangan sukan, kesihatan, permainan budak-budak dan macam-macam lagi melainkan produk makanan. Argos juga bukan kedai runcit seperti yang banyak terdapat di Malaysia

Kedai ini berjalan amat mudah. Tidak memerlukan ruang kedai yang besar. Tidak memerlukan parking lot yang besar. Tidak memerlukan ramai pekerja. Hanya memerlukan ruang kaunter jualan yang kecil dan ruang stor yang besar untuk menyimpan barang. Harga barang yang dijual sama sahaja dengan harga pasaran semasa. Tidak terlalu mahal dan berpatutan.

Cara beroperasi, Argos memerlukan ruang kaunter jualan, katalaog barang semasa dan terkini serta mesin pemeriksa barang. Mesin pemeriksa barangan ini bukan lah seperti komputer atau laptop. Cara untuk membeli barang hanya belek katalog Argos yang disediakan dan pilih barangan yang dikehendaki. Lepas jumpa barang yang kita nak, masukan kod barangan tu ke dalam mesin pemeriksa barang. Kod tu ada bersama dengan barang yang kita kehendaki dalam katalog. Mesin itu akan cek barang yang kita nak tu ada lagi atau tak. Kalau ada, maka akan tunjukkan berapa kuantiti yang tinggal di stor dan harga setiap 1 unit. Kalau tak ada, mesin tu akan paparkan barang tu dah habis stok dan jika nak barang tu kita boleh tempah di kaunter. Lepas puas hati dengan barang yang kita nak, tulis kod barang dan kuantiti yang kita nak atas kertas yang disediakan. Bawa ke kaunter dan bayar dulu. 2-3 minit lepas tu barang yang dibeli beserta resit boleh diambil di kaunter. Cepat dan mudah bagi orang yang sibuk dan takde masa nak beli barang-barang.

Argos juga menyediakan katalog sendiri. Biasanya katalog tu akan diletak diluar dan didalam kedai. Boleh diambil secara percuma. Pernah tengok direktori buku talifon Telekom? Katalog ni tak la sebesar tu tetapi sama tebal dengan buku tu. Argos juga menyediakan perkhidmatan beli secara online dan barang tu akan dihantar ke rumah. Bukan sahaja Argos buat jual beli online ni, banyak lagi kedai kat UK ni buat macam tu termasuk SPORTDIRECT.COM tempat aku kerja. Cuma penghantaran tu mungkin di cas sedikit.

Antara barang yang pernah aku beli kat Argos, mesin gunting rambut, Digital Box (Freeview), antena TV, sleeping bag dan lampu suluh. Semua aku guna sekarang ni melainkan antena TV. Aku pulangkan balik ke Argos. Barang yang dibeli diberi masa 1 bulan untuk pulang balik sekiranya ada masalah. Kat resit ada tulis. Bukan pulang macam tu je tapi dapat semula duitnya. Aku pulangkan balik sebab “signal” tak dapat dengan jelas. Lebih baik lagi antena lama yang orang bagi dan aku masih lagi guna sehingga sekarang.

Kebaikan dari kedai seperti ini dapat mengurangkan sehingga 100% kadar kecurian barang. Tidak memerlukan ‘Pak Guard’ di pintu masuk sebab barang dijual mahal dan mudah dicuri. Tidak memerlukan CCTV yang banyak di kaunter cuma perlu diletak di stor tempat simpan barang takut-takut pekerja sendiri yang mencuri. Tak memerlukan ruang kedai yang besar. Semua ni dapat mengurangkan kos operasi.

Harap lepas ni akan ada la orang Malaysia buka kedai berkonsepkan seperti ARGOS ni. Banyak cawangan boleh dibuka di seluruh negara. Memang untung dan akan jadi tokey besar. Ni lah sedikit cetusan penulisan yang boleh aku bagi dan laksanakan di Malaysia. Link untuk ARGOS UK. Klik disini

Reminder – Boikot Barang Israel & USA Laknatullah

LAMAN WEB PILIHAN

http://inminds.com/boycott-israel.htm

Boikot 7 Barang Sehingga Lumpuh

LAKSANAKAN TUGAS
USAH LAGI BERRETORIK
DAN
TIDAK BERSTRATEGI
.


BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

PESANAN PENTING !!!!!

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

UNTUK MEMASTIKAN KEMPEN INI BERKESAN DAN
SENTIASA DIHATI UMAT ISLAM

KITA PERLU SENTIASA ‘REFRESH’ 7 BARANGAN
BOIKOT INI SETIAP 15 HARI

MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN
KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK
MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

SILA ‘REFRESH’ BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-
15 MAC 2009
30 MAC 2009
15 APRIL 2009
30 APRIL 2009
15 MEI 2009
30 MEI 2009
15 JUN 2009
30 JUN 2009
12 JULAI 2009
(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)

  • Pages

  • Meta