ARGOS

logo argos

Hari ni aku nak explain sikit pasal ARGOS. Mungkin elok untuk orang yang nak berniaga mengikut “trend” baru di Malaysia. ARGOS ni sebuah kedai yang menjual pelbagai produk seperti barangan elektrik, perkakasan dapur, perabut, barang-barang DIY (Do It Yourself), barangan sukan, kesihatan, permainan budak-budak dan macam-macam lagi melainkan produk makanan. Argos juga bukan kedai runcit seperti yang banyak terdapat di Malaysia

Kedai ini berjalan amat mudah. Tidak memerlukan ruang kedai yang besar. Tidak memerlukan parking lot yang besar. Tidak memerlukan ramai pekerja. Hanya memerlukan ruang kaunter jualan yang kecil dan ruang stor yang besar untuk menyimpan barang. Harga barang yang dijual sama sahaja dengan harga pasaran semasa. Tidak terlalu mahal dan berpatutan.

Cara beroperasi, Argos memerlukan ruang kaunter jualan, katalaog barang semasa dan terkini serta mesin pemeriksa barang. Mesin pemeriksa barangan ini bukan lah seperti komputer atau laptop. Cara untuk membeli barang hanya belek katalog Argos yang disediakan dan pilih barangan yang dikehendaki. Lepas jumpa barang yang kita nak, masukan kod barangan tu ke dalam mesin pemeriksa barang. Kod tu ada bersama dengan barang yang kita kehendaki dalam katalog. Mesin itu akan cek barang yang kita nak tu ada lagi atau tak. Kalau ada, maka akan tunjukkan berapa kuantiti yang tinggal di stor dan harga setiap 1 unit. Kalau tak ada, mesin tu akan paparkan barang tu dah habis stok dan jika nak barang tu kita boleh tempah di kaunter. Lepas puas hati dengan barang yang kita nak, tulis kod barang dan kuantiti yang kita nak atas kertas yang disediakan. Bawa ke kaunter dan bayar dulu. 2-3 minit lepas tu barang yang dibeli beserta resit boleh diambil di kaunter. Cepat dan mudah bagi orang yang sibuk dan takde masa nak beli barang-barang.

Argos juga menyediakan katalog sendiri. Biasanya katalog tu akan diletak diluar dan didalam kedai. Boleh diambil secara percuma. Pernah tengok direktori buku talifon Telekom? Katalog ni tak la sebesar tu tetapi sama tebal dengan buku tu. Argos juga menyediakan perkhidmatan beli secara online dan barang tu akan dihantar ke rumah. Bukan sahaja Argos buat jual beli online ni, banyak lagi kedai kat UK ni buat macam tu termasuk SPORTDIRECT.COM tempat aku kerja. Cuma penghantaran tu mungkin di cas sedikit.

Antara barang yang pernah aku beli kat Argos, mesin gunting rambut, Digital Box (Freeview), antena TV, sleeping bag dan lampu suluh. Semua aku guna sekarang ni melainkan antena TV. Aku pulangkan balik ke Argos. Barang yang dibeli diberi masa 1 bulan untuk pulang balik sekiranya ada masalah. Kat resit ada tulis. Bukan pulang macam tu je tapi dapat semula duitnya. Aku pulangkan balik sebab “signal” tak dapat dengan jelas. Lebih baik lagi antena lama yang orang bagi dan aku masih lagi guna sehingga sekarang.

Kebaikan dari kedai seperti ini dapat mengurangkan sehingga 100% kadar kecurian barang. Tidak memerlukan ‘Pak Guard’ di pintu masuk sebab barang dijual mahal dan mudah dicuri. Tidak memerlukan CCTV yang banyak di kaunter cuma perlu diletak di stor tempat simpan barang takut-takut pekerja sendiri yang mencuri. Tak memerlukan ruang kedai yang besar. Semua ni dapat mengurangkan kos operasi.

Harap lepas ni akan ada la orang Malaysia buka kedai berkonsepkan seperti ARGOS ni. Banyak cawangan boleh dibuka di seluruh negara. Memang untung dan akan jadi tokey besar. Ni lah sedikit cetusan penulisan yang boleh aku bagi dan laksanakan di Malaysia. Link untuk ARGOS UK. Klik disini

Advertisements

3 comments so far

  1. NS on

    sy suke argos.banyak barang dah beli kat argos..pinggan mangkuk pun beli kat argos. set untuk 8 org. beli yang murah sekali sebab lepas ni tak nak bawak balik malaysia..hehe..kalau nak bawak balik kene beli pinggan lain la..Royal Dalton ke..Royal Albert ke..hehe..

  2. Aja on

    argos mmg best..masa kat belfast dulu, suka belek2 katalog argos yang tebal tu kat rumah dulu, pastu pilih yg mana suka.pegi je kat kaunter die dan order…easu peasy..

  3. mohd ezwan on

    konsep kedai argos boleh dijalankan kat europe ikut culture diorang yang agak bendul n jujur. kalau buat kat malaysia sekarang banyak la orang pulang barang lepas guna 2,3 minggu. faktor utama buat argos berjaya kat sana kerana kos untuk tenaga kerja n sewa kedai mahal. tapi x dinafikan, still ada hope untuk malaysia buat konsep ni, cuma kena tunggu rakyat malaysia lebih berkesedaran sivik n berpendapatan tinggi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: