RTD PPSMI

Lama rasanya tak munilis kat blog ni. Nak kata tak jenguk ke laman maya ni, tiap-tiap hari jenguk. Cuma jenguk ke laman-laman tertentu je. Maklumlah sekarang ni Malaysia tengah panas. 3 Pilihanraya Kecil, Perhimpunan Agung Umno (PAU), isu negeri Perak yang tak habis-habis lagi dan macam-macam lagi.

Kelmarin diadakan ‘Round Table Discussion’. Aku dilantik menjadi moderator. Isu yang dipilih isu PPSMI. 2 orang ahli panel pilih dikalangan penduduk Malaysia disini. Panel pertama merupakan seorang guru Matematik dan Sains disebuah sekolah di Damansara Jaya. Sekarang ini mengambil cuti 3 tahun kerana menemani suami menyambung PhD disini. Panel ke-2 rakan sekerja aku seorang India yang berpengalaman luas dalam industri di Malaysia. Hadir ke bumi Belfast kerana menemani isterinya yang merupakan Post Doc di Queens University. Jawatan terakhir beliau adalah HR Manager di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang.

Hasil dari perbincangan yang dibuat, kedua-dua panel bersetuju dengan PPSMI.Ini agak bertentangan pendapat aku selaku moderator. Tapi sebagai moderator tak boleh lah aku menunjukkan pandangan aku. Maka aku serahkan pada audian yang hadir untuk menongkah arus bagi menghidupkan perbincangan.

Antara perkara yang menyebabkan panel pertama bersetuju, ini kerana beliau mengajar di sebuah sekolah harian ditengah bandar dan kebanyakkan pelajarnya adalah pelajar Cina. Dia membuat perbandingan diantara sebelum dan selepas PPSMI keputusan pelajarnya adalah sama baik dan sama cemerlang. Mungkin disana ada banyak kemudahan dan senang bagi guru-guru untuk mendapatkan maklumat dan menghadiri kursus-kursus ETEMS.

Pandangan panel ke-2 pula, beliau banyak menyentuh berkaitan dengan industri. Malaysia merupakan sebuah negara yang ‘depands’ pada negara lain seperti US, UK dan lain-lain lagi. Semua teknologi yang diperolehi adalah dalam Bahasa Inggeris. Mahua tau tak kita kena pelajari juga bahasa ini dalam matematik dan sains supaya kita mudah bersaing dengan dengan negara lain. Apabila disentuh mengenai Jepun, Korea, Russia dan German yang menggunakan bahasa mereka dalam sains dan matematik beliau menjawab negara ini bukan ‘depands’ kepada mana-mana negara. Hasil teknologi mereka adalah dari mereka sendiri. Selain itu juga beliau menyentuh mengenai graduan Melayu yang banyak tidak boleh bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik semasa ‘interview’ di industri. Ini menyebabkan graduan ini tidak dapat bersaing dan setaraf dengan graduan Cina yang fasih dalam bahasa inggeris.

Bagi aku perbincangan ini kurang berjaya kerana hanya pendapat yang menyokong lebih banyak berbanding yang membantah. Maka perbincangan dua hala tidak dapat berjalan dengan baik. Bukanlah persoalan politik itu yang dilibatkan tetapi pandangan dari mahasiswa di sini yang kurang proaktif memberi jawapan dan pandangan mereka sendiri. Lepas tu ramai pulak yang tak hadir. Hanya seorang sahaja mahasiswa yang bertanyakan soalan. Kebanyakkan yang lain hanya mendengar setia tanpa berbuat apa-apa. Sekurang-kurangnya mereka boleh mengeluarkan pandangan dan pendapat yang membina. Masa hadapan Malaysia ditangan mereka. Balik nanti mereka ini akan mengisi jawatan sebagai jurutera, doktor, guru, pensyarah dan bermacam-macam lagi. Harapan agar mahasiswa keluaran ‘oversea’ tidak hanya berbangga dengan tempat mereka belajar.

Advertisements

1 comment so far

  1. alberangque on

    Memang ramai orang keliru tentang PPSMI ni. Pertama yang dibantah ialah mengajar Sains dan Matematik dalam BI. Bagi anak-anak yang bahasa percakapan dirumahnya rata-rata BM sudah tentulah mereka lebih cepat faham kalau Sains dan Matematik (SM) diajar dalam BM. Kalau anak-anak yang bahasa percakapan dirumahnya BM diajar SM dalam BI sudah tentulah mereka menghadapi masalah bagi memahami apa yang dipelajarinya. Biasanya kita belajar sesuatu bahasa lain untuk menceduk ilmu yang terdapat dalam bahasa itu. Apa yang berlaku dalam PPSMI ini terbalik iaitu kita belajar sesuatu ilmu untuk menguasai satu bahasa lain.
    Kedua, kita tidak menentang belajar BI, malah kita galakkan anak-anak ini belajar BI dari darjah 1 hingga Tingkatan 5, selama 11 tahun. Apa yang terjadi kaedah mengajar BI itu perlu dibuat perubahan dan pembaharuan atau refomasi. Sepatutnya selepas 11 tahun belajar BI tiada masalah bagi lepasan SPM untuk berkomunikasi dalam BI.
    Bukan meletakkan beban mengajar bahasa kepada guru-guru Sains dan Matematik


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: