Day Light Saving yang Konfius

Sekali lagi ‘Day Light Saving’ jadi. Itulah lumrah kalau berada di negara 4 musim. Kali ni dari 8 jam beza dengan Malaysia telah bertukar ke 7 jam beza. Pening-pening. Aku siap konfius lagi. Kejadian pertukaran waktu ni akan berlaku setiap tahun pada hari Ahad terakhir dalam bulan March (Bulan 3). Pada bermulanya hari Ahad tersebut jam 12.00 malam, jarum jam terus dianjak ke jam 1 pagi. Ini bermakna pada hari tersebut kita tidak bertemu dengan waktu 12.00 malam sehingga 12.59 malam.

Pertukaran waktu ni menandakan telah masuk musim bunga (spring). Makin banyak lah bunga di taman-taman terutama di Botanic Garden. Berwarna-warni. Zaujah aku pulak tak sabar-sabar nak bergambar. Sabar-sabar. Kamera tak bawak. Hehehe.

Disebabkan waktu Maghrib masuk sebelum ‘Day Light Saving’ ialah 6.56 petang, maka aku pun ke BIC pada jam 7.00 petang(dah masuk ‘Day Light saving’) 2 hari lepas tu. Sampai je ke BIC, aku tengok cerah lagi. Tak macam masuk Maghrib lagi. Masuk je BIC terus aku cek jadul waktu solat. Rupanya aku tersilap, datang 1 jam awal. Maghrib masuk pukul 8.00 petang. Konfius-konfius. Balik rumah tengok-tengok zaujah aku tengah sembahyang.

Aku : Sembahyang apa?
Zaujahku : Sembahyang Maghrib la.
Aku : Maghrib tak masuk lagi lah, pukul 8 baru masuk (sambil tergelak)
Zaujahku : La, yang abg ke masjid tu buat pe? Ingat ke dah masuk.
Aku : Belum lagi la, terkonfius sikit. Sori. Kenapa tak tengok jadual sembahyang?
Zaujahku : Mana lah tau, biasa kalau abg gi masjid tu dah masuklah waktu.

Maka 2 kali lah zaujah aku bersembahyang Maghrib.

Kesimpulanya : Tengoklah jadual waktu solat dulu sebelum bersembahyang.

Advertisements

3 comments so far

  1. NS on

    Abg bersalah…tp takpe jugak..boleh doa 2 kali..

  2. aisyah on

    huhuhu…ape bley buat. dah duk kat sane.

  3. permata on

    salam..owh, baru tahu itu maksudnye day light saving…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: