S, M, L atau XL?

Bila dah merantau ke negara orang ni banyaklah benda baru yang dipelajari. Betul lah semakin jauh berjalan semakin luas pandangan. Maka tak dinafikanlah kalau banyak benda baru yang dipelajari.

Kalau tengok kat baju/seluar yang aku biasa proses kat tempat kerja aku, maka kebiasaannya akan ada label tentang baju/seluar tu. Ada “Made in …..”, saiz baju, dan jenama apa. Pasal saiz baju, dia akan tunjukkan saiz bagi ASIA, GB, USA, EUR. Sebagai contoh, ASIA (XL), GB (L), USA (L), EUR(L). Kat sini boleh disimpulkan, orang Asia akan besar 1 saiz dari orang Barat. Biasanya UMBRO, ADIDAS, NIKE yang banyak label macam ni.

Biasa kat Malaysia, aku biasa pakai baju bersaiz XL. Berbadan besar dan tegap. Alhamdulillah perut masih ‘maintain’ insyaAllah. Kebiasaanya kalau beli baju tu takde dah nak cuba-cuba kat ‘changing room’. Kalau ambil, beli insyaAllah tepat. Maka kalau diikutkan bacaan sini(UK), aku perlu memakai baju bersaiz L. Tapi jangan tertipu dengan saiz dsini. Kena berhati-hati. Setakat ini aku dah tertipu dengan saiz-saiz baju dsini.

Kali pertama aku beli baju ‘winter’ di PRIMARK, aku test saiz L dan M, maka aku ambil lah saiz M sebab L besar sangat. Tapi sebenarnya M tu masih besar dengan aku. Kali kedua aku beli baju ‘winter’ yang ke-2 aku ambil saiz S pulak. Memang sesuai. Tak lama lepas tu aku beli baju sejuk UMBRO, tebal dan berlengan panjang saiz S. Beli tanpa cuba dah. Balik je rumah tengok baju tu kecik dengan badan aku. Maka aku pun tukarlah semula dengan saiz M pulak.

Kali ni nak beli seluar track pulak. Jenama UMBRO, bersaiz L sama saiz dengan seluar kerja aku (seluar track UMBRO jugak). Beli tanpa cuba dulu. Balik rumah tengok-tengok besar pulak. Pelik tapi benar, saiz dan jenama yang sama tapi sebenarnya saiz tak sama. Maka disebabkan besar maka aku tukarlah ke saiz M pulak.

Tadi aku ingat nak beli baju Rugby, jenama Canterbury. Kali ni aku cuba semua kat ‘changing room’. Mula-mula ambil saiz M dan L. Tengok-tengok L kecik, kalau L kecik M lagi la kecik. Ambik XL pulak, lepas dah cuba rupanya itu saiz yang sesuai dengan badan aku.

Jadi kesimpulan dan moralnya, ukurlah baju dan seluar di badan sendiri.

Advertisements

2 comments so far

  1. izzah on

    bile nk beli baju untuk kome plak??

  2. sarah on

    Nak tnye, Baju sejuk area2 KL ade jual dkt mne ye?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: