Panjangnya Siang

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Mei 2009. Rasa baru lagi masuk tahun 2009. Ini lah dikatakan akhir zaman. Masa berlalu begitu cepat dan pantas. Lepas berlakunya ‘Day Light Saving’ yang lepas, maka masuk lah musim bunga (spring). Kalau musim sejuk lepas, pokok-pokok tinggal ranting sahaja tanpa daun dan bunga sekarang pokok bunga, pokok berdaun tumbuh dengan lebatnya. Hijau sahaja mata memandang. Matahari muncul setiap hari dengan senyuman yang menawan dan memanaskan bumi Belfast ini. Alhamdulillah, seronok jumpa, rasa cahaya matahari.

summer

winter

summer

Dalam musim ini dan seterusnya sehingga bulan Oktober nanti, siangnya sentiasa panjang. Sekarang ini matahari terbit jam 4.02 pagi(Subuh) dan tenggelam jam 8.41 malam (Maghrib). Panjang sungguh siangnya. Kalau nak berpuasa sunat pun berfikir banyak kali. Tapi tak apa, bila mencari keredhaan Allah maka apa sangat lah masa yang panjang tu.

Isyak masuk jam 10.09 malam. Lepas solat Isyak baru sedar hari dah lewat malam. Walhal baru je solat Maghrib dan Isyak. Bagi yang liat bangun subuh, kena beringat lah silap-silap terlepas Subuh dan Subuh Dinosaur (peringatan buat diri sendiri juga). Inilah cabaran dan pengalaman baru yang aku perolehi. Kalau dulu di tanah air nak qiam rasa senang je nak bagun jam 5.00/5.30 pagi. Sekarang kalau bangun waktu tu solat subuh jelah terus.

InsyaAllah moga diberikan kekuatan untuk beribadah walaupun berada dinegara 4 musim.

Advertisements

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: