Selamat Hari Guru

pelita

+Sekali lagi kita bertemu dengan Hari Guru. Aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat guru-guru aku. Tak kira samada guru rasmi (sekolah,pondok,madrasah) atau guru tak rasmi (selain dari yang disebut). Bila istilah guru disebut, guru juga termasuk usztaz,ustazah. Tanpa didikan guru siapalah kita untuk menempuh dunia yang penuh dengan cabaran. Mungkin nak membaca dan mengira pun tak reti.

Bonda dan ayahanda aku juga merupakan guru. Aku tahu bagaimana mereka merempuh kehidupan sebagai guru. Ramai anak muridnya. Mereka juga merupakan guru kepada aku yang mendidik kami adik beradik menjadi orang yang berguna. Sekarang ni pun mereka mengajar anak kepada bekas anak murid mereka. InsyaAllah pada bulan Julai tahun ini, mereka akan menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat lebih 30 tahun. Moga ilmu yang disampaikan akan terus mengalir dan menjadi amalan yang berterusan sampai bila-bila. Seperti maksud sebuah hadith;

Ingatlah bila matinya seseorang anak Adam itu, 3 amalan yang tidak akan terputus setelah mati
1. Sedekah yang berpanjangan
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Doa anak yang soleh

Mulianya menjadi guru ini. Disini ditunjukkan kelebihan ilmu & memberi manfaat dengan syarat ikhlas kerana Allah SWT. Ini menyebabkan aku nak jadi pendidik ni. InsyaAllah, moga tercapai apa yang diimpikan.

Akhir kata buat semua yang bergelar GURU, Selemat Hari Guru….

Advertisements

4 comments so far

  1. NSAM on

    InsyaAllah, semoga cita-cita tercapai. Kita cuba slow2 ok. Kalau tak dapat nk sambung kat sini abg cuba sambung kat Malaysia. kita swap. masa tu abg boleh belajar. Tapi mcm mn pun doa untuk abg sambung kat sini tak pernah sepi..

  2. Zoyak on

    Jangan lupa abang aok juga dah jadi cikgu bahasa Inggeris macam mak dia

  3. Nurul Izzah Yusof on

    kat kome tak nak wish ke…kome guru gak nnt..hahaha

  4. NSAM on

    kome pun cikgu jugak..ngajo tutorial.dulu kat UM jadi tutor. kat sini pun tutor..tak wish pun kat kome..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: