Archive for June, 2009|Monthly archive page

Boikot : Teruskan Lagi Usaha Memboikot Israel & US

LAMAN WEB PILIHAN

http://inminds.com/boycott-israel.htm

Boikot 7 Barang Sehingga Lumpuh

LAKSANAKAN TUGAS
USAH LAGI BERRETORIK
DAN
TIDAK BERSTRATEGI
.


BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

PESANAN PENTING !!!!!

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

UNTUK MEMASTIKAN KEMPEN INI BERKESAN DAN
SENTIASA DIHATI UMAT ISLAM

KITA PERLU SENTIASA ‘REFRESH’ 7 BARANGAN
BOIKOT INI SETIAP 15 HARI

MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN
KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK
MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

SILA ‘REFRESH’ BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:
30 JUN 2009
12 JULAI 2009
(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)

Persiapan Bermusafir

Bermusafir dinegara sendiri dan negara orang memang amat berbeza. Banyak benda kena studi dulu sebelum berjalan. Kalau dinegara sendiri masjid banyak dan mudah dijumpai sepanjang jalanraya. Di negara-negara Eropah masjid ada tapi takde lah sepanjang jalan. Kadang-kadang tu tersorok. Kedai dan restoran yang jual makanan halal pun sukar dijumpai kalau tak meng ‘Google’ dahulu.

musafir

1. Waktu Solat
Sebagai seorang muslim solat merupakan perkara yang wajib. Tinggal je berdosa besar. Kebiasaan waktu solat disetiap negara tidak sama. Kena cari dahulu dalam internet. Biasanya mudah dijumpai di Islamic Finder. Masukkan negara dan tempat yang ingin dituju. InsyaAllah akan dijumpai. Kalau pandai meramal masuk waktu guna matahari lagi bagus. Hehehe

2. Kiblat
Menentukan arah kiblat untuk solat merupakan perkara yang penting. Belilah kompas yang disertakan dengan darjah/sudut kiblat bagi setiap negara. Ada jual kat jalan Masjid India. Boleh juga guna matahari bagi yang pandai. Digalakkan belajar. Mudah je.

3. Makanan Halal
Bagi kami yang sekarang berada di negara yang tiada cop Halal JAKIM, ada 3 cara nak tau makanan itu boleh dimakan atau tidak
i) Lihat kepada ‘Ingredients’ makanan tersebut. Kena tau lah mana kandungan yang boleh makan dan tidak.
ii) Kalau ada ‘Suitable For Vegetarian’ atau ‘Vegetarian’ insyaAllah halal sebab syarat untuk kerajaan membenar melebalkan benda ni agak ketat disini. ‘Vegetarian’ bermaksud makan ini tidak mengandungi sebarang komponen atau bahan-bahan atau bahagian yang diambil dari binatang.
iii)Kena tengok juga mengandungi alkohol atau tak. Kalau ‘Suitable For Vegetarian’ tapi ada alkohol maka hukumnya haram jugak kan.
Bagi yang ingin mencari restoran halal, kena meng’Google’ dahulu. Taip je Halal Food, Halal Stall dan apa-apa lagi berkaitan halal. Dah dapat tulis dan tandakan dalam peta. Senang nak cari nanti. Boleh juga bawa sendiri dari rumah. Lagi mudah. Takde pening-pening dah. Jimat pun jimat.

Vegan

vegi1

4. Map / Peta

Ini perkara penting juga kalau nak berjalan. Tengok ‘Amazing Race’ diorang pun guna peta bila sampai ke satu-satu negara. Kalau tak jumpa peta sesatlah jawabnya. Nak melawat tempat-tempat menarik pun susah nanti.

Inilah sedikit sebanyak panduan yang boleh dibagi. Ini pun berdasarkan pengalaman berjalan di negara orang. Setakat ini dah berjalan 2 kali keluar dari UK ni. InsyaAllah kalau ada lagi nanti diposkan ke entri lain.

Jumaat di German

Alhamdulillah minggu lepas dapat merasa berjalan ke Frankfurt Germany. Bila sebut German maka teringat lah Nazi. Sape yang tak kenal Adolf Hitler. Seorang diktator yang telah menempa nama di dalam lipatan sejarah dunia. Seorang yang telah mengubah German dari negara demokrasi menjadi negara polis, askar dan menjajah negara lain seperti Perancis, Poland, Denmark, Belgium, Norway dan banyak lagi.

Bila disebut German mungkin kita akan teringat seorang artis yang melukis karikatur Nabi Muhammad beberapa tahun dahulu. Macam tu juga dengan seorang ahli Parlimen German yang menghina Islam ketika itu. Ini sedikit sebanyak mengusarkan aku untuk pergi kesana. Tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Aku bertolak dengan zaujah aku ke German pada hari Khamis lepas dan pulang pada Ahad minggu yang sama. Tujuan sebenar nak pergi sebab zaujah aku ade ‘workshop’ di sana selama 1 hari. Hari-hari lain berjalan je lah. Sambil menyelam minum air. Kebetulan pula kena pada hari Jumaat. Maka aku meng ‘Google’ mencari masjid-masjid di sana untuk memudahkan aku menunaikan solat Jumaat.

IIS

Pada hari kejadian selepas menghantar zaujahku ke DECHEMA aku, berjalan mencari masjid pertama IIS (Islamic Info Service). Sampai ke alamat yang dicari aku tengok dalamnya macam kedai buku dan kaunter je. Habis mana masjidnya? Lagipun takde orang pun dalamnya. Kemungkinan hari Jumaat mungkin orang tak berkerje kot. Lepas tu aku terpandang 1 pintu pagar sebelah IIS aku tengok dalamnya aku nampak papan tanda IIS yang lagi besar. Mungkin masjid kat dalam kot. Aku masuk dan tengok sebuah bangunan 4 tingkat. Nak masuk dalam bangunan tu tak berani sebab pintu kunci. Mana tau salah masuk, kene rumah orang ke tak ke haru. Lepas tu aku terus balik ke hotel.

Dalam perjalanan ke hotel aku terfikir nak pergi ke masjid satu lagi, Masjid Abu Bakr. Masjid ni terletak di Hussen dan masjid ni besar. Masjid ini dibiayai oleh Al-Makhtoum Foundation. Lepas berehat sekejap di hotel dalam jam 12.30pm aku pun pergi la ke stesen U-Bahn(komuter) Alter Oper untuk ke Masjid Abu Bakr. Masa nak beli tiket kat mesin jual tiket, puas nak paham cara guna mesin ni. Dah la semua bahasa German. Rupenya ada juga translet English. Kaunter jual tiket takde pulak tu. Semua pakai mesin. Alhamdulillah ade sorang mamat India bagi tau macam nak guna. Lepas tekan tempat nak dituju (guna kod nombor), ‘single trip’ dan tiket unruk sorang, sekali tengok harga tiket 10.00 Euro. Mahal tu!! Mamat India tu cakap tempat tu jauh sebab tu mahal. Jadi aku pun ‘cencel’ lah nak pergi ke Hussen. Maka berjalan lah semula ke IIS.

Zuhur masuk dalam 1.24pm jadi sempatlah kot ke IIS. Sampai ke IIS tengok takde orang pun. Tapi pintu dah dibukak. Nampak la karpet saf. Sah dah ni masjid. Risau juga mula-mula. Masuk je ke dalam ada 4 orang kat dalam. 1 orang tengah vakum karpet, 3 lagi duduk iktikaf. Semua muda-muda belaka. Lepas selesai solat tahiyatul masjid duduk la aku membaca al-Quran. Duduk punya duduk, jam dah pukul 1.45pm. Aik, kenapa tak ramai orang pun. Pukul berapa nak mula khutbah?. Masjid agak besar juga. Rupanya khutbah mula pukul 2.30pm. Tengok-tengok yang vakum karpet tadi tu imam/khatib rupanya.

Antara perkara yang menjadi perhatian aku sepanjang berada dalam masjid IIS ni, sebelum mula khutbah tok khatib suruh semua orang rapat-rapat ke hadapan. Tok khatib langsung takde teks khutbah, memang berkhutbah sungguh lah. Semangatlah aku tengok dia. Muda lagi rasanya. Khutbah dari mula sampai akhir semua dalam bahasa German. Memang aku tak paham langsung. Paham bila dia baca ayat al-Quran je. Yang pasti dia menceritakan perihal Ashabul Kahfi. Satu perkara yang aku perasan, semua yang duduk saf hadapan pemuda-pemuda belaka. Datang lambat pun duduk depan. Kalau kita biar duduk belakang je. Biar yang tua-tua je yang duduk depan.

Semasa sembahyang, semua  rapat. Kaki bertemu kaki, bahu bertemu bahu. Satu kelainan yang dapat aku rasakan. Terasa keizzahan solat tu. Rata-rata muka yang aku tengok adalah orang tempatan. Muda-muda lagi. Mungkin ramai yang memeluk Islam disini. Dikatakan 5 juta dari 77 juta penduduk di German adalah beragama Islam. MasyaAllah semakin kuat tekanan terhadap Islam semakin ramai orang yang memeluk Islam. Selain orang tempatan orang Turki, Arab, India muslim ramai juga disini. Kedai dan restoran halal pun banyak disini. Frankfurt merupakan kawasan yang teramai penduduk Islam di German.

Selesai solat aku pun balik. Sebelum balik aku tengok pemuda-pemuda disini ambil cd dari pejabat Masjid. Mungkin cd rakaman khutbah sebab sepanjang khutbah berlangsung ia direkodkan oleh pihak masjid. Inilah pemuda-pemuda yang bakal mengegarkan dunia dengan kalimah Lailahhaillallah, insyaAllah. Moga aku tergolong dalam golongan pemuda ini. Amin.

Indahnya Summer

picnic

Wah, wah, wah dah berhabuk dah blog aku ni. Lama dah tak mencatat sesuatu tentang kehidupan yang dilalui setiap hari. Pejam celik sekarang ni dah masuk tengah tahun. Tinggal setengah tahun lagi nak berakhir tahun 2009. Pejam celik juga rupanya dah panas kat sini. Musim sejuk dah berlalu. Cepat betul masa berlalu.

Bermula minggu lepas cuaca kat sini dah mula memanas. Sebelum ni asyik hujan aje. Nak keluar rumah pun malas. Sekarang keluar rumah bertshirt je. Takde dah baju sejuknye. Indahnya ciptaan Allah yang menjadikan negara ini bermusim-musim. Orang tempatan yang biasa kelihatan memakai kasut, berbaju tebal, berseluar panjang dah bertukar dengan sandal/selipar, berbaju nipis dan berseluar pendek. Suhu dari 7ºC-10ºC telah bertukar mendadak dari 13ºC-22ºC. Kira panas la tu. Sabtu lepas semasa final FA Cup antara Chelsea vs Everton, suhu di Wembley Stadium 36ºC. Macam dah kat Malaysia. Dijangkakan suhu makin panas dan boleh menyebabkan peluh yang banyak. Sudah pasti ‘mat saleh’ kat sini akan berjemur di Botanic Garden, Drumglass(Drum kaca) Park, City Center Hall, dimana-mana taman, atau pun dihadapan rumah mereka sambil meminum minuman yang haram (arak). Itulah peel yang sukar ditinggalkan sehingga sesetengah tu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana terlampau ‘alcaholic’ walaupun umur baru 20 an. Itulah sebabnya Allah tak bagi minum arak. Banyak kemudaratan dari kebaikan.

Pasti selepas ini akan kedengaran orang ‘merebek’ (mengomen/memberi komen) panas sangat. Dulu masa sejuk nak sangat panas. Bila dah panas nak pulak sejuk. Ini lah manusia. Mungkin kita salah seorang yang akan ‘merebek’ tu. Betul tak? Bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Jangan tau nak komen saje. Sekiranya kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat. Sekiranya kufur maka besarlah kemurkaan Allah.

Pelajar-pelajar ‘Under Grad’  sudah bermula “membungkus” barang untuk di bawa pulang ke tanah air. Bercuti selama 3 bulan. Tinggal lah yang bekerja dan ‘Post Grad’ yang rajin bekerja. ‘Summer’ pun dah nak bermula. Banyak lah aktiviti summer yang akan dianjurkan oleh komuniti Melayu disini. Pastinya ‘picnic’ ditepi laut akan menjadi aktiviti untuk eratkan ukhuwah.

Reminder : Boikot Lagi Jangan Lupa

LAMAN WEB PILIHAN

http://inminds.com/boycott-israel.htm

Boikot 7 Barang Sehingga Lumpuh

LAKSANAKAN TUGAS
USAH LAGI BERRETORIK
DAN
TIDAK BERSTRATEGI
.


BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

PESANAN PENTING !!!!!

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

UNTUK MEMASTIKAN KEMPEN INI BERKESAN DAN
SENTIASA DIHATI UMAT ISLAM

KITA PERLU SENTIASA ‘REFRESH’ 7 BARANGAN
BOIKOT INI SETIAP 15 HARI

MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN
KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK
MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

SILA ‘REFRESH’ BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:
15 JUN 2009
30 JUN 2009
12 JULAI 2009
(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)

  • Pages

  • Meta