Jumaat di German

Alhamdulillah minggu lepas dapat merasa berjalan ke Frankfurt Germany. Bila sebut German maka teringat lah Nazi. Sape yang tak kenal Adolf Hitler. Seorang diktator yang telah menempa nama di dalam lipatan sejarah dunia. Seorang yang telah mengubah German dari negara demokrasi menjadi negara polis, askar dan menjajah negara lain seperti Perancis, Poland, Denmark, Belgium, Norway dan banyak lagi.

Bila disebut German mungkin kita akan teringat seorang artis yang melukis karikatur Nabi Muhammad beberapa tahun dahulu. Macam tu juga dengan seorang ahli Parlimen German yang menghina Islam ketika itu. Ini sedikit sebanyak mengusarkan aku untuk pergi kesana. Tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Aku bertolak dengan zaujah aku ke German pada hari Khamis lepas dan pulang pada Ahad minggu yang sama. Tujuan sebenar nak pergi sebab zaujah aku ade ‘workshop’ di sana selama 1 hari. Hari-hari lain berjalan je lah. Sambil menyelam minum air. Kebetulan pula kena pada hari Jumaat. Maka aku meng ‘Google’ mencari masjid-masjid di sana untuk memudahkan aku menunaikan solat Jumaat.

IIS

Pada hari kejadian selepas menghantar zaujahku ke DECHEMA aku, berjalan mencari masjid pertama IIS (Islamic Info Service). Sampai ke alamat yang dicari aku tengok dalamnya macam kedai buku dan kaunter je. Habis mana masjidnya? Lagipun takde orang pun dalamnya. Kemungkinan hari Jumaat mungkin orang tak berkerje kot. Lepas tu aku terpandang 1 pintu pagar sebelah IIS aku tengok dalamnya aku nampak papan tanda IIS yang lagi besar. Mungkin masjid kat dalam kot. Aku masuk dan tengok sebuah bangunan 4 tingkat. Nak masuk dalam bangunan tu tak berani sebab pintu kunci. Mana tau salah masuk, kene rumah orang ke tak ke haru. Lepas tu aku terus balik ke hotel.

Dalam perjalanan ke hotel aku terfikir nak pergi ke masjid satu lagi, Masjid Abu Bakr. Masjid ni terletak di Hussen dan masjid ni besar. Masjid ini dibiayai oleh Al-Makhtoum Foundation. Lepas berehat sekejap di hotel dalam jam 12.30pm aku pun pergi la ke stesen U-Bahn(komuter) Alter Oper untuk ke Masjid Abu Bakr. Masa nak beli tiket kat mesin jual tiket, puas nak paham cara guna mesin ni. Dah la semua bahasa German. Rupenya ada juga translet English. Kaunter jual tiket takde pulak tu. Semua pakai mesin. Alhamdulillah ade sorang mamat India bagi tau macam nak guna. Lepas tekan tempat nak dituju (guna kod nombor), ‘single trip’ dan tiket unruk sorang, sekali tengok harga tiket 10.00 Euro. Mahal tu!! Mamat India tu cakap tempat tu jauh sebab tu mahal. Jadi aku pun ‘cencel’ lah nak pergi ke Hussen. Maka berjalan lah semula ke IIS.

Zuhur masuk dalam 1.24pm jadi sempatlah kot ke IIS. Sampai ke IIS tengok takde orang pun. Tapi pintu dah dibukak. Nampak la karpet saf. Sah dah ni masjid. Risau juga mula-mula. Masuk je ke dalam ada 4 orang kat dalam. 1 orang tengah vakum karpet, 3 lagi duduk iktikaf. Semua muda-muda belaka. Lepas selesai solat tahiyatul masjid duduk la aku membaca al-Quran. Duduk punya duduk, jam dah pukul 1.45pm. Aik, kenapa tak ramai orang pun. Pukul berapa nak mula khutbah?. Masjid agak besar juga. Rupanya khutbah mula pukul 2.30pm. Tengok-tengok yang vakum karpet tadi tu imam/khatib rupanya.

Antara perkara yang menjadi perhatian aku sepanjang berada dalam masjid IIS ni, sebelum mula khutbah tok khatib suruh semua orang rapat-rapat ke hadapan. Tok khatib langsung takde teks khutbah, memang berkhutbah sungguh lah. Semangatlah aku tengok dia. Muda lagi rasanya. Khutbah dari mula sampai akhir semua dalam bahasa German. Memang aku tak paham langsung. Paham bila dia baca ayat al-Quran je. Yang pasti dia menceritakan perihal Ashabul Kahfi. Satu perkara yang aku perasan, semua yang duduk saf hadapan pemuda-pemuda belaka. Datang lambat pun duduk depan. Kalau kita biar duduk belakang je. Biar yang tua-tua je yang duduk depan.

Semasa sembahyang, semua  rapat. Kaki bertemu kaki, bahu bertemu bahu. Satu kelainan yang dapat aku rasakan. Terasa keizzahan solat tu. Rata-rata muka yang aku tengok adalah orang tempatan. Muda-muda lagi. Mungkin ramai yang memeluk Islam disini. Dikatakan 5 juta dari 77 juta penduduk di German adalah beragama Islam. MasyaAllah semakin kuat tekanan terhadap Islam semakin ramai orang yang memeluk Islam. Selain orang tempatan orang Turki, Arab, India muslim ramai juga disini. Kedai dan restoran halal pun banyak disini. Frankfurt merupakan kawasan yang teramai penduduk Islam di German.

Selesai solat aku pun balik. Sebelum balik aku tengok pemuda-pemuda disini ambil cd dari pejabat Masjid. Mungkin cd rakaman khutbah sebab sepanjang khutbah berlangsung ia direkodkan oleh pihak masjid. Inilah pemuda-pemuda yang bakal mengegarkan dunia dengan kalimah Lailahhaillallah, insyaAllah. Moga aku tergolong dalam golongan pemuda ini. Amin.

Advertisements

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: