Nonton Sukan

bbcsport_logo

Aku duduk sini asyik melayan TV Sukan je. Sebelum bermula ‘summer’ hari tu tak habis-habis EPL, UEFA Champions League. Kadang-kadang ada kat UTV layan lah. Tapi kalau tak de tu tak dapat lah den nak melayannya. EPL,  Manchester United menang lepas tu UEFA Champions League, MU kalah dengan Barca 2-0. Hehehe kalah juga MU. (Maaf saya bukan penyokong MU)

epl-soccer-main1

Habis EPL, UEFA masuk pulak Piala Konfederasi. Mati-mati aku ingat perlawanan kelayakan Piala Dunia. Tu lah pelik macam mana Mesir boleh berada se’group’ dengan USA, Brazil. Kurang sungguh pembacaannya. Akhirnya Brazil menang juga 3-2 dengan USA.

wimbledon-tennis

Habis Piala Konfederasi, masuk pulak Wimbledon(sebut wimbloden). Wimbledon ni  tennis yang Roger Faderar menang Grand Slam kali ke-15. Habis dah pecahkan rekod dunia. Pete Sampras yang tengok perlawanan akhir antara Roddick dan Federer berharap agar Federer kalah. Melepas dah dia nak pegang pemenang rekod Grand Slam terbanyak. Tapi memang tensen juga tengok Federer main. Patut boleh dah menang tapi tak menang-menang. Akhirnya menang juga 14-12 pada set Ke-5. Andy Murry harapan Britan untuk ke ‘final’ tak kesampaian. Melepas lagi Britan. Bila lah agaknya orang Britan nak menang.

formula1

Setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali mengadap la BBC 2 nak tengok F1. Hamilton yang menang tahun lepas dah jatuh tahap Gaban. Tak tau masalah kereta atau orangnya. Jensen Button pulak seorang pemandu lama yang naik dengan ‘Brawn-Mercedes’ nya. Mungkin dah berlaku keserasian antara pemandu dengan kereta yang dibawa. Tapi kelmarin kat German macam mana diorang takleh menang pulak. Musykil muskil. ‘Red Bull’ pulak yang makin naik. Ferarri pun baru nak naik sikit bila Massa menang tempat ke-3 kelmarin. Raikonnen awal-awal dah masuk pit sebab masalah pada kereta. Tapi ape pun Britan masih boleh berbangga kerana Jensen Button seorang warga Britan.

Malaysia macam mana pulak? Bola sepak, tenis, rugby, F1 dan lain-lain semua tak boleh pergi dah. Takraw, Badminton dan Hoki harapan suatu masa dulu pun dah tak tau kemana arahnya sekarang. Malaysia, Malaysia… Malaysia Boleh!!! …ke dah tukar 1 Malaysia?

Advertisements

3 comments so far

  1. Mrs Arif on

    Sila-sila layan sukan..next week kene tukar2 dengan Grand Design, Property Ladder, master Chef, pulak..hehe..

    Eleh, taknak bagi…hehehe

    p/s: tolong beli skipping rope satu;)

    mana boleh lompat2 nanti orang bawah bising…

  2. as-sa'adati on

    x faham kome baca…
    tu baru duk b’2 dah rebut2 nak tgk tv, kalau dah ber3 ber4, ber8 (InsyaALLAH) mcm mana???…kome, ayah ngn mak kat umah ni rilex jer…x der rebut2nyer nak tgk tv…tv tgk kitaorang lagi ada la…hehehehe 😉

    Ni tak faham ape kome tulis atau tak faham komen diatas??? kalau dah ber 3,4,5,6,7,8 beli lah tv banyak2. kat sini tv jual kat carboot murah je. siap ada DVD player lagi

  3. abujazarie on

    rip…tolong beli pelekat peti sejuk…kalu mahal beli lah satu jer…kalu murah belilah byk kit…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Pages

  • Meta

  • %d bloggers like this: