Archive for November, 2009|Monthly archive page

SPM

SPM. Sembilan tahun yang lepas aku pernah bertemu dengan nya. Tahun 2000. Semasa mengambil SPM tahun tu calon hanya 78 orang sahaja walaupun sekolah aku adalah salah sebuah sekolah elit di Pahang. Ramai dikalangan kawan-kawan ku membawa diri ke sekolah lain selepas habis PMR 1998. Ada yang ke SBP, MRSM dan ada juga ke sekolah harian biasa. Banyak sebabnya kenapa mereka berpindah. Ceritanya biar lah menjadi lipatan sejarah kehidupan kami. Tak mampu untuk aku coretkan disini.

Tahun tu merupakan antara tahun awal SPM di dalam bulan Ramadhan danĀ  kami juga lah calon pertama bagi alaf baru. “New Mellenium”. Kami sempat dengan 1 kertas sahaja semasa bulan Ramadhan. Kertas ni adalah kertas akhir bagi kami. Kertas Bahasa Arab. Jarak dengan kertas sebelumnya adalah 1 minggu. Dapatlah kami pulang berpuasa dirumah masing-masing pada hari pertama puasa. Macam-macam orang cakap kalau periksa masa puasa tak baik untuk kesihatan lah, cepat letih lah dan bermacam-macam lagi. Tapi takde pulak orang mati sebab puasa kan? Itulah hikmah Allah jadikan puasa. Banyak kerahmat, keberkatan dan kebaikan berbanding kemudaratan.

Tahun ni adik aku yang ke-7, e-man berhadapan dengan SPM 2009. Adik bongsu aku, Akmal pulak PMR. PMR dah berlalu. SPM sedang berlangsung. Aku doakan kedua mereka berjaya. Berjaya memperolehi9A+ Berjaya macam abang dan akak diorang. Berjaya sampai ke menara gading walaupun jalan yang dilalui itu pelbagai cara dan ragam. Ada yang mengambil diploma dulu dan ada yg terus ke Ijazah melalui matrikulasi. Ada juga yang ambil ‘form 6’ separuh jalan je. Tapi Alhamdulillah sampai juga ke menara gading sekarang ini. Betul tak Mak Tam?

Bersambung…

Advertisements

Hari-hari berlalu

Setiap saat masa berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar dah hujung tahun 2009. Terasa macam semalam je 2009 muncul. Tapi berapa Hijrah yek?!! Ini yang selalu orang muslim terlupa. Mungkin ini lah doktrin barat yang mahu kita ikut cara berfikir, budaya, gaya hidup mereka sehingga melupakan siapa diri kita yang sebenar.

Hari-hari aku tengok cermin sebab nak gosok gigi, bercukur. Makin lama nampak makin ketara kedut dimuka. Ini bermakna aku makin tua. Tapi orang cakap duduk kat negara 4 musim ni muka tak cepat kedut. Tapi aku rasa tak pulak macam tu ceritanya. Iya rumah kata pergi dan kubur berkata mari…

Semua yang hidup pasti mati. Siapa takutkan mati bermakna dia ada penyakit ‘wahhan’. Cintakan dunia dan takutkan mati. Jauhkanlah aku, isteriku, anak-anak ku, keluargaku, saudara-saudara ku, sahabat-sahabat ku dan semua umat Islam dari penyakit ini.. Bantulah kami ya Allah….amin

  • Pages

  • Meta