Archive for February, 2010|Monthly archive page

Berbekas Dahi

Berbekas dahi, satu tajuk yang agak menarik untuk dikongsi dengan pembaca sekalian. Maksud berbekas dahi ini bukan disebabkan eksident atau tercedera kena parang masa main perang-parang masa kecik-kecik, tapi berbekas dahi tanda banyaknnya solat sehingga meninggalkan kesan pada dahi

Bagi tipikal orang Melayu Islam (kena ‘mantion’ Islam sebab dah ada melayu yang tak lagi Islam sekarang) mereka menganggap tanda didahi, masyaAllah, hebat sebab kuat melakukan solat dan orang akan memandang tinggi tehadap orang sebegini. Bagi mereka orang sebegini adalah seorang yang benar dan berhubung rapat dengan Allah. Tapi betulkah semua yang bertanda didahi itu menunjukkan seseorang itu kuat bersembahyang atau dibuat-buat dan digesel-gesel pada sejadah/permaidani/lantai? Kalau betul memang dia memperhambakan diri pada Allah, Alhamdulillah moga amalanya diterima Allah

Benarkah berbekas didahi itu bermaksud seseorang itu kuat melakukan solat?

Hadith riwayat Imam Ahmad dari ‘Aisyah RadiyaLlahu’anha katanya:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan qiamullail pada awal surah al-Muzzamil. Lalu Rasulullah dan para sahabat menunaikannya sehingga berbekas pada kaki mereka kerana banyak bersembahyang. Kemudian Allah meringankan kepada mereka pada akhir suruh lalu qiamullail menjadi sunat”

Dari hadith diatas dapat dilihat bahawa tanda orang yang kuat melakukan solat adalah tanda berbekas pada kaki mereka bukan pada dahi. Mungkin tanda ini disebabkan lamanya berdiri dan duduk semasa melakukan solat.

Kisah pertama, jika disingkap sejarah zaman Abu Bakar menjadi Khalifah, banyak golongan muslimin yang tak mahu menunaikan rukun Islam yang ke-3 iaitu membayar zakat. Golongan ini semuanya berbekas dahi mereka. Adakah boleh dikatakan golongan ini benar-benar bertakwa kepada Allah? Hal ini juga menyebabkan berlaku perselisahan pendapat antara Abu Bakar dan Umar dalam memerangi golongan ini kerana berbekasnya dahi mereka dan akhirnya golongan ini diperangi.

Kisah kedua, golongan Khawarij yang juga mempunyai bekas didahi. Golongan ini lah yang  bersengkongkol menyebarkan fitnah terhadap Islam bersama Abdullah bin Saba’ (seorang yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam melawan Islam dari dalam). Golongan ini juga yang menyebabkan berlakunya peperangan diantara Ali dan ‘Aisyah didalam peperangan Jamal (unta). Mereka yang menimbulkan provokasi kepada kumpulan Ali dan ‘Aisyah dan akhirnya berlakulah perang saudara yang pertama di dalam Islam iaitu peperangan Jamal ini.

Kisah ketiga, kisah Liwat II yang semakin mendapat liputan meluas diperingkat antarabangsa baru-baru ini sehinggakan kisahnya disiarkan di UK dan seluruh dunia. Lihat lah Saiful Azlan Bukhari. Apa ada pada dia? Carilah sendiri. Penulis malas nak mengulas pasal dia.

Kesimpulannya tanda seseorang yang menunjukkan seseorang itu kuat menunaikan solat bukanlah kepada dahi semata-mata tetapi kesan berbekas pada kaki seperti yang berlaku pada Rasulullah sehingga menyebabkan kaki Baginda sakit kerana telalu lama berdiri menghambakan diri kepada Allah. Maka ubahlah persepsi kita yang salah sebelum ini. Semoga tulisan yang sedikit ini dapat dikongsi bersama.

Dunia Penuh Tipu Daya

Kenapa manusia mengejar dunia? Bukan ada apa-apa pun di dunia ni. Manusia menjadi bodoh mengikut hawa nafsu kerana kebodohan menggunakan kecerdikan ilmu yang ada di dunia ini.

Wanita, Harta dan Pangkat menjadikan manusia itu bodoh. Ini kerana adanya hawa nafsu jahat yang telah bersarang di dalam diri tubuh manusia kerana tidak didik dengan kecerdikan ilmu. Masakan seorang ibu sanggup membuang anak didalam tong sampah kerana kononnya menjaga maruah diri dan keluarga. Itulah hasutan syaitan yang menjadikan manusia yang cerdik kepada manusia yang bodoh.

Sebenarnya manusia yang mengejar dunia dan telah pun dapat dunia dengan mempunyai harta yang banyak tetap tidak merasakan cukup dengan apa yang ada. Jiwa meronta-ronta untuk mencari banyak lagi harta. Siapa yang mempunyai jiwa yang tenang? Bagi tahulah aku sekiranya ada manusia yang merasakan jiwanya sentiasa tenang.

Tiada manusia yang jiwanya sentiasa tenang….

  • Pages

  • Meta