Archive for the ‘Cerita’ Category

SPM

SPM. Sembilan tahun yang lepas aku pernah bertemu dengan nya. Tahun 2000. Semasa mengambil SPM tahun tu calon hanya 78 orang sahaja walaupun sekolah aku adalah salah sebuah sekolah elit di Pahang. Ramai dikalangan kawan-kawan ku membawa diri ke sekolah lain selepas habis PMR 1998. Ada yang ke SBP, MRSM dan ada juga ke sekolah harian biasa. Banyak sebabnya kenapa mereka berpindah. Ceritanya biar lah menjadi lipatan sejarah kehidupan kami. Tak mampu untuk aku coretkan disini.

Tahun tu merupakan antara tahun awal SPM di dalam bulan Ramadhan danĀ  kami juga lah calon pertama bagi alaf baru. “New Mellenium”. Kami sempat dengan 1 kertas sahaja semasa bulan Ramadhan. Kertas ni adalah kertas akhir bagi kami. Kertas Bahasa Arab. Jarak dengan kertas sebelumnya adalah 1 minggu. Dapatlah kami pulang berpuasa dirumah masing-masing pada hari pertama puasa. Macam-macam orang cakap kalau periksa masa puasa tak baik untuk kesihatan lah, cepat letih lah dan bermacam-macam lagi. Tapi takde pulak orang mati sebab puasa kan? Itulah hikmah Allah jadikan puasa. Banyak kerahmat, keberkatan dan kebaikan berbanding kemudaratan.

Tahun ni adik aku yang ke-7, e-man berhadapan dengan SPM 2009. Adik bongsu aku, Akmal pulak PMR. PMR dah berlalu. SPM sedang berlangsung. Aku doakan kedua mereka berjaya. Berjaya memperolehi9A+ Berjaya macam abang dan akak diorang. Berjaya sampai ke menara gading walaupun jalan yang dilalui itu pelbagai cara dan ragam. Ada yang mengambil diploma dulu dan ada yg terus ke Ijazah melalui matrikulasi. Ada juga yang ambil ‘form 6’ separuh jalan je. Tapi Alhamdulillah sampai juga ke menara gading sekarang ini. Betul tak Mak Tam?

Bersambung…

Advertisements

Aktif kembali

InsyaAllah sekiranya diberikan kekuatan blog ini akan dihidupkan kembali. InsyaAllah pelbagai tulisan akan dimuatkan didalam blog ini. Lama dah rasa tak menaip untuk tatapan, pengisian dan pemikiran bersama. Semangat kadang-kadang ada dan kadang-kadang malas. “Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menulis”…amin =)

Pantasnya Ramadhan Berlalu

Ramadan

Sedar tak sedar hanya tinggaal 10 hari terakhir je sekarang ni. Apa lah yang dibuat dengan 20 hari yang pertama? Bila renung balik memanglah kita buat amalan setiap hari tetapi rasa macam masih tak cukup. Banyak lagi yang tak dikerjakan dengan masa 24 jam yang Allah bagi.

Sedikit perkongsian tentang Ramadhan ke-2 ku di perantauan.Permulaan Ramadhan agak bercelaru dengan 2 pendapat mengenai permulaan puasa. Imam BIC, Syeikh Anuar mengistiharkan 21 August 2009 sebagai permulaan berpuasa. Ini berdasarkan Majlis Fatwa Ulama Eropah dan Dublin Mosque. Satu lagi pendapat menyatakan puasa sebenar jatuh pada 22 August 2009 iaitu hari yang berikutnya. Maka wujudlah 2 kelompok yang berpuasa berlainan hari. Runsing apabila memikirkan kesatuan umat Islam. Sedangkan komuniti yang kecil ni pun dah berbeza pandagan dan pendapat apatah lagi kalau melibatkan dunia Islam. Bagi kami komuniti Melayu disini, ikut lah pendapat Imam yang ada. Bukanlah mempertahankan hujah dan pandangan masing yang penting, tapi kesatuan dan penyatuan umat Islam ini yang paling penting. Perkara yang sama juga pernah berlaku pada 1 Syawal tahun lepas.

Alhamdulillah kemudahan beramal dan berbuat kebajikan banyak dan melimpah ruah disini. Tarawih memang dah menjadi kewajipan setiap malam di BIC. Seperti tahun lepas, 3 hufaz di import untuk mengimamkan solat tarawih disini. 2 datang dari London dan seorang dari Mesir. Syeikh Mesir ni, syeikh yang sama datang pada Ramadhan tahun lepas. Biasanya dia akan mengimamkan 8 rakaat yang pertama dan selepas itu diikuti dengan bacaan taranum. Lepas tu barulah disambung kepada 2 hafiz lagi.

BIC mengadakan majlis berbuka puasa setiap malam. Setiap malam adalah nasi mintak berlaukkan daging ayam atau kambing. Aku jarang berbuka di BIC sebab zaujah aku rajin memasak, alhamdulillah. Seperti tahun sebelum ini, kami komuniti Melayu sekali lagi menyediakan juadah berbuka. Bagi kaum wanita dan ibu-ibu, mereka membuat kuih karipap, ketayap dan popia manakala bagi kaum laki dan ayah-ayah, kami memasak nasi minyak berlaukkan daging kurma kambing. Alhamdulillah rata-rata memuji masakan Malaysia. ‘Lazizah’, ‘jamil’ dan bermacam-macam lagi pujian. Inilah kelebihan warga Malaysia disini. Orang Arab, Somalia, Algeria, Pakistan, India, Filipina dan macam-macam negara lagi memuji masakan Malaysia. Masakan Malaysia sentiasa ditunggu untuk Iftar setiap tahun.

Selain berbuka, kami juga selalu mendapat jemputan berbuka dirumah rakan-rakan disini. Secara tak langsung ukhuwah dan tali persaudaraan tu menjadi semakin erat. Ini lah kelebihan apabila berada di sebuah negara lain dan dalam komuniti dan kelompok yang kecil. Alhamdulillah

Ramadhan

Hari ni hari Khamis. Di Malaysia cerap anak bulan petang Khamis. Tapi kat sini tak tau sape yang cerap anak bulan. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pun takde. Penyimpan Mohor Besar Queen Elizabeth adalah. So kena tunggu lah malam ni. Kalau Imam BIC istihar esok puasa maka malam ni bertawarikh bertarawikh lah. Kalau tak esok lah mula puasa.

Cuaca kat sini insyaAllah akan dimulakan dengan panas dahulu. Lepas ni akan menurun lah suhu menjadi sejuk. List tadarus bagi warga melayu kat sini tak ‘complite’ lagi. Tah kenapa lambat sangat nak ‘complite’ kan. Bukan nak suruh buat makan berbuka pun. Lagipun kat BIC hari-hari ada bukak puasa ‘free’. Mungkin diorang sibuk kot atau tak perasan email pasal tadarus kat YG.

Aku pun nak buat makan. Tapi tak tau bila. Tapi dah ‘booking’ dah tarikh untuk tadarus je. Ambik 2 hari je. Kalau rasa takde orang nanti tambah lah lagi. Moga sempat habis 30 juzuk tahun ni. Tahun lepas masa Sya’ban dah mula buat tadarus. Tahun ni tak mula lagi. Tunggu Ramadhan mula. InsyaAllah Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya.

  • Pages

  • Meta