Archive for the ‘Pandangan’ Category

Berbekas Dahi

Berbekas dahi, satu tajuk yang agak menarik untuk dikongsi dengan pembaca sekalian. Maksud berbekas dahi ini bukan disebabkan eksident atau tercedera kena parang masa main perang-parang masa kecik-kecik, tapi berbekas dahi tanda banyaknnya solat sehingga meninggalkan kesan pada dahi

Bagi tipikal orang Melayu Islam (kena ‘mantion’ Islam sebab dah ada melayu yang tak lagi Islam sekarang) mereka menganggap tanda didahi, masyaAllah, hebat sebab kuat melakukan solat dan orang akan memandang tinggi tehadap orang sebegini. Bagi mereka orang sebegini adalah seorang yang benar dan berhubung rapat dengan Allah. Tapi betulkah semua yang bertanda didahi itu menunjukkan seseorang itu kuat bersembahyang atau dibuat-buat dan digesel-gesel pada sejadah/permaidani/lantai? Kalau betul memang dia memperhambakan diri pada Allah, Alhamdulillah moga amalanya diterima Allah

Benarkah berbekas didahi itu bermaksud seseorang itu kuat melakukan solat?

Hadith riwayat Imam Ahmad dari ‘Aisyah RadiyaLlahu’anha katanya:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan qiamullail pada awal surah al-Muzzamil. Lalu Rasulullah dan para sahabat menunaikannya sehingga berbekas pada kaki mereka kerana banyak bersembahyang. Kemudian Allah meringankan kepada mereka pada akhir suruh lalu qiamullail menjadi sunat”

Dari hadith diatas dapat dilihat bahawa tanda orang yang kuat melakukan solat adalah tanda berbekas pada kaki mereka bukan pada dahi. Mungkin tanda ini disebabkan lamanya berdiri dan duduk semasa melakukan solat.

Kisah pertama, jika disingkap sejarah zaman Abu Bakar menjadi Khalifah, banyak golongan muslimin yang tak mahu menunaikan rukun Islam yang ke-3 iaitu membayar zakat. Golongan ini semuanya berbekas dahi mereka. Adakah boleh dikatakan golongan ini benar-benar bertakwa kepada Allah? Hal ini juga menyebabkan berlaku perselisahan pendapat antara Abu Bakar dan Umar dalam memerangi golongan ini kerana berbekasnya dahi mereka dan akhirnya golongan ini diperangi.

Kisah kedua, golongan Khawarij yang juga mempunyai bekas didahi. Golongan ini lah yang  bersengkongkol menyebarkan fitnah terhadap Islam bersama Abdullah bin Saba’ (seorang yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam melawan Islam dari dalam). Golongan ini juga yang menyebabkan berlakunya peperangan diantara Ali dan ‘Aisyah didalam peperangan Jamal (unta). Mereka yang menimbulkan provokasi kepada kumpulan Ali dan ‘Aisyah dan akhirnya berlakulah perang saudara yang pertama di dalam Islam iaitu peperangan Jamal ini.

Kisah ketiga, kisah Liwat II yang semakin mendapat liputan meluas diperingkat antarabangsa baru-baru ini sehinggakan kisahnya disiarkan di UK dan seluruh dunia. Lihat lah Saiful Azlan Bukhari. Apa ada pada dia? Carilah sendiri. Penulis malas nak mengulas pasal dia.

Kesimpulannya tanda seseorang yang menunjukkan seseorang itu kuat menunaikan solat bukanlah kepada dahi semata-mata tetapi kesan berbekas pada kaki seperti yang berlaku pada Rasulullah sehingga menyebabkan kaki Baginda sakit kerana telalu lama berdiri menghambakan diri kepada Allah. Maka ubahlah persepsi kita yang salah sebelum ini. Semoga tulisan yang sedikit ini dapat dikongsi bersama.

Dunia Penuh Tipu Daya

Kenapa manusia mengejar dunia? Bukan ada apa-apa pun di dunia ni. Manusia menjadi bodoh mengikut hawa nafsu kerana kebodohan menggunakan kecerdikan ilmu yang ada di dunia ini.

Wanita, Harta dan Pangkat menjadikan manusia itu bodoh. Ini kerana adanya hawa nafsu jahat yang telah bersarang di dalam diri tubuh manusia kerana tidak didik dengan kecerdikan ilmu. Masakan seorang ibu sanggup membuang anak didalam tong sampah kerana kononnya menjaga maruah diri dan keluarga. Itulah hasutan syaitan yang menjadikan manusia yang cerdik kepada manusia yang bodoh.

Sebenarnya manusia yang mengejar dunia dan telah pun dapat dunia dengan mempunyai harta yang banyak tetap tidak merasakan cukup dengan apa yang ada. Jiwa meronta-ronta untuk mencari banyak lagi harta. Siapa yang mempunyai jiwa yang tenang? Bagi tahulah aku sekiranya ada manusia yang merasakan jiwanya sentiasa tenang.

Tiada manusia yang jiwanya sentiasa tenang….

Persiapan Bermusafir

Bermusafir dinegara sendiri dan negara orang memang amat berbeza. Banyak benda kena studi dulu sebelum berjalan. Kalau dinegara sendiri masjid banyak dan mudah dijumpai sepanjang jalanraya. Di negara-negara Eropah masjid ada tapi takde lah sepanjang jalan. Kadang-kadang tu tersorok. Kedai dan restoran yang jual makanan halal pun sukar dijumpai kalau tak meng ‘Google’ dahulu.

musafir

1. Waktu Solat
Sebagai seorang muslim solat merupakan perkara yang wajib. Tinggal je berdosa besar. Kebiasaan waktu solat disetiap negara tidak sama. Kena cari dahulu dalam internet. Biasanya mudah dijumpai di Islamic Finder. Masukkan negara dan tempat yang ingin dituju. InsyaAllah akan dijumpai. Kalau pandai meramal masuk waktu guna matahari lagi bagus. Hehehe

2. Kiblat
Menentukan arah kiblat untuk solat merupakan perkara yang penting. Belilah kompas yang disertakan dengan darjah/sudut kiblat bagi setiap negara. Ada jual kat jalan Masjid India. Boleh juga guna matahari bagi yang pandai. Digalakkan belajar. Mudah je.

3. Makanan Halal
Bagi kami yang sekarang berada di negara yang tiada cop Halal JAKIM, ada 3 cara nak tau makanan itu boleh dimakan atau tidak
i) Lihat kepada ‘Ingredients’ makanan tersebut. Kena tau lah mana kandungan yang boleh makan dan tidak.
ii) Kalau ada ‘Suitable For Vegetarian’ atau ‘Vegetarian’ insyaAllah halal sebab syarat untuk kerajaan membenar melebalkan benda ni agak ketat disini. ‘Vegetarian’ bermaksud makan ini tidak mengandungi sebarang komponen atau bahan-bahan atau bahagian yang diambil dari binatang.
iii)Kena tengok juga mengandungi alkohol atau tak. Kalau ‘Suitable For Vegetarian’ tapi ada alkohol maka hukumnya haram jugak kan.
Bagi yang ingin mencari restoran halal, kena meng’Google’ dahulu. Taip je Halal Food, Halal Stall dan apa-apa lagi berkaitan halal. Dah dapat tulis dan tandakan dalam peta. Senang nak cari nanti. Boleh juga bawa sendiri dari rumah. Lagi mudah. Takde pening-pening dah. Jimat pun jimat.

Vegan

vegi1

4. Map / Peta

Ini perkara penting juga kalau nak berjalan. Tengok ‘Amazing Race’ diorang pun guna peta bila sampai ke satu-satu negara. Kalau tak jumpa peta sesatlah jawabnya. Nak melawat tempat-tempat menarik pun susah nanti.

Inilah sedikit sebanyak panduan yang boleh dibagi. Ini pun berdasarkan pengalaman berjalan di negara orang. Setakat ini dah berjalan 2 kali keluar dari UK ni. InsyaAllah kalau ada lagi nanti diposkan ke entri lain.

Day Light Saving yang Konfius

Sekali lagi ‘Day Light Saving’ jadi. Itulah lumrah kalau berada di negara 4 musim. Kali ni dari 8 jam beza dengan Malaysia telah bertukar ke 7 jam beza. Pening-pening. Aku siap konfius lagi. Kejadian pertukaran waktu ni akan berlaku setiap tahun pada hari Ahad terakhir dalam bulan March (Bulan 3). Pada bermulanya hari Ahad tersebut jam 12.00 malam, jarum jam terus dianjak ke jam 1 pagi. Ini bermakna pada hari tersebut kita tidak bertemu dengan waktu 12.00 malam sehingga 12.59 malam.

Pertukaran waktu ni menandakan telah masuk musim bunga (spring). Makin banyak lah bunga di taman-taman terutama di Botanic Garden. Berwarna-warni. Zaujah aku pulak tak sabar-sabar nak bergambar. Sabar-sabar. Kamera tak bawak. Hehehe.

Disebabkan waktu Maghrib masuk sebelum ‘Day Light Saving’ ialah 6.56 petang, maka aku pun ke BIC pada jam 7.00 petang(dah masuk ‘Day Light saving’) 2 hari lepas tu. Sampai je ke BIC, aku tengok cerah lagi. Tak macam masuk Maghrib lagi. Masuk je BIC terus aku cek jadul waktu solat. Rupanya aku tersilap, datang 1 jam awal. Maghrib masuk pukul 8.00 petang. Konfius-konfius. Balik rumah tengok-tengok zaujah aku tengah sembahyang.

Aku : Sembahyang apa?
Zaujahku : Sembahyang Maghrib la.
Aku : Maghrib tak masuk lagi lah, pukul 8 baru masuk (sambil tergelak)
Zaujahku : La, yang abg ke masjid tu buat pe? Ingat ke dah masuk.
Aku : Belum lagi la, terkonfius sikit. Sori. Kenapa tak tengok jadual sembahyang?
Zaujahku : Mana lah tau, biasa kalau abg gi masjid tu dah masuklah waktu.

Maka 2 kali lah zaujah aku bersembahyang Maghrib.

Kesimpulanya : Tengoklah jadual waktu solat dulu sebelum bersembahyang.

RTD PPSMI

Lama rasanya tak munilis kat blog ni. Nak kata tak jenguk ke laman maya ni, tiap-tiap hari jenguk. Cuma jenguk ke laman-laman tertentu je. Maklumlah sekarang ni Malaysia tengah panas. 3 Pilihanraya Kecil, Perhimpunan Agung Umno (PAU), isu negeri Perak yang tak habis-habis lagi dan macam-macam lagi.

Kelmarin diadakan ‘Round Table Discussion’. Aku dilantik menjadi moderator. Isu yang dipilih isu PPSMI. 2 orang ahli panel pilih dikalangan penduduk Malaysia disini. Panel pertama merupakan seorang guru Matematik dan Sains disebuah sekolah di Damansara Jaya. Sekarang ini mengambil cuti 3 tahun kerana menemani suami menyambung PhD disini. Panel ke-2 rakan sekerja aku seorang India yang berpengalaman luas dalam industri di Malaysia. Hadir ke bumi Belfast kerana menemani isterinya yang merupakan Post Doc di Queens University. Jawatan terakhir beliau adalah HR Manager di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang.

Hasil dari perbincangan yang dibuat, kedua-dua panel bersetuju dengan PPSMI.Ini agak bertentangan pendapat aku selaku moderator. Tapi sebagai moderator tak boleh lah aku menunjukkan pandangan aku. Maka aku serahkan pada audian yang hadir untuk menongkah arus bagi menghidupkan perbincangan.

Antara perkara yang menyebabkan panel pertama bersetuju, ini kerana beliau mengajar di sebuah sekolah harian ditengah bandar dan kebanyakkan pelajarnya adalah pelajar Cina. Dia membuat perbandingan diantara sebelum dan selepas PPSMI keputusan pelajarnya adalah sama baik dan sama cemerlang. Mungkin disana ada banyak kemudahan dan senang bagi guru-guru untuk mendapatkan maklumat dan menghadiri kursus-kursus ETEMS.

Pandangan panel ke-2 pula, beliau banyak menyentuh berkaitan dengan industri. Malaysia merupakan sebuah negara yang ‘depands’ pada negara lain seperti US, UK dan lain-lain lagi. Semua teknologi yang diperolehi adalah dalam Bahasa Inggeris. Mahua tau tak kita kena pelajari juga bahasa ini dalam matematik dan sains supaya kita mudah bersaing dengan dengan negara lain. Apabila disentuh mengenai Jepun, Korea, Russia dan German yang menggunakan bahasa mereka dalam sains dan matematik beliau menjawab negara ini bukan ‘depands’ kepada mana-mana negara. Hasil teknologi mereka adalah dari mereka sendiri. Selain itu juga beliau menyentuh mengenai graduan Melayu yang banyak tidak boleh bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik semasa ‘interview’ di industri. Ini menyebabkan graduan ini tidak dapat bersaing dan setaraf dengan graduan Cina yang fasih dalam bahasa inggeris.

Bagi aku perbincangan ini kurang berjaya kerana hanya pendapat yang menyokong lebih banyak berbanding yang membantah. Maka perbincangan dua hala tidak dapat berjalan dengan baik. Bukanlah persoalan politik itu yang dilibatkan tetapi pandangan dari mahasiswa di sini yang kurang proaktif memberi jawapan dan pandangan mereka sendiri. Lepas tu ramai pulak yang tak hadir. Hanya seorang sahaja mahasiswa yang bertanyakan soalan. Kebanyakkan yang lain hanya mendengar setia tanpa berbuat apa-apa. Sekurang-kurangnya mereka boleh mengeluarkan pandangan dan pendapat yang membina. Masa hadapan Malaysia ditangan mereka. Balik nanti mereka ini akan mengisi jawatan sebagai jurutera, doktor, guru, pensyarah dan bermacam-macam lagi. Harapan agar mahasiswa keluaran ‘oversea’ tidak hanya berbangga dengan tempat mereka belajar.

Starbuck : Boikot Berhasil

Starbuck

Sape tak kenal Starbuck??? Rase rata-rata masyarakat dunia kenal dengan Starbuck ni. Sesetengah orang yang biasa melepak di Starbuck menggelarkan diri mereka “Starbuckers”. Minggu lepas aku tengok kat berita yang Starbuck ni mula menutup lebih kurang 300 cawangan diseluruh dunia. 200 daripadanya di USA.

Mengapa Starbuck ini ditutup? Sedangkan kita tahu dan kalau yang tak tahu tu kena tahu dalam keadaan ekonomi sekarang 3 perniagaan / perkhidmatan yang tak akan terjejas di dalam keadaan ekonomi gawat iaitu Kesihatan, Pelajaran dan Perniagaan berbentuk Makanan seperti restoran dan lain-lain. Starbuck ini berada dalam kumpulan perniagaan makanan. ‘Main’ produk dia adalah air kopi. Kenapa mereka boleh menutup cawangan? Adakah boikot yang dilancarkan kepada mereka mula berhasil? Atau disebabkan kegawatan ekonomi sekarang? Mengikut berita yang dilaporkan mereka berbuat demikian sebagai strategi dan langkah berjaga-jaga dalam keadaan ekonomi yang gawat kini. Boleh percaya ke?

Harap proses boikot ini akan berterusan sampai bila-bila. Runtuhkan ekonomi mereka yang memberi sumbangan kepada Israel Laknatullah untuk menghilangkan Palestin dari bumi ini…Takbir!!! Allahuakbar

Perihal ‘Credit Crunch’

credit_crunch

Minggu ni masuk minggu ke-3 aku kerja kurang 20 jam seminggu. Rasa dah macam tak kerja pulak. Kerja 3 hari je seminggu. Maka pendapatan pun dah berkurang sikit sebab gaji dibayar berdasarkan jam bekerja. ‘Rota’ dibuat oleh boss jadi ikut jelah. Bila tengok berita kat BBC, SKY kadar pengganguran meningkat. Banyak company tutup dan mengurangkan pekerja. Tempat-tempat seperti Job Centre, Job Centre Plus menjadi tumpuan para penganggur untuk mencari kerja. Kadar pengangguran hampir mencecah 2 million. UK pula secara rasmi telah mengalami ‘Recession’ awal tahun ni.

Masa aku datang ke sini Julai 2008 kadar tukaran wang 1 GBP = RM 6.5. Sekarang 1GBP = ±RM 5. Orang cakap kalau nak beli kereta sekarang murah kalau ikut harga Malaysia. Kereta pun turun harga dah. Banyak lagi lah benda-benda yang berkaitan ‘credit crunch’ ni. Harga rumah pun jatuh merudum. Orang kat sini tak cari tanah tapi lebih mencari rumah. Kat Malaysia orang lebih mencari tanah dari rumah. Harga sewa rumah pun dah menurun. Nak juga cari rumah lain kalau harga sewa rumah murah, selesa, cantik, besar dan berpatutan.

Walaupun kerja 3 hari seminggu aku tak kisah sebab nanti bila tiba Easter, summer ada pulak ‘sales’. Maka bertambah la jam kerja harapnya. Peel orang sini walaupun ‘Credit Crunch’ diorang tetap juga bershopping seperti biasa terutama bila masuk musim perayaan. Dah memang ‘trend’ diorang macam tu kot. Mentang-mentanglah orang yang tak kerja akan diberi elaun penggangur oleh UK Goverment. Diorang ni suka juga jual balik barang diorang kat ‘Carboot Sales’ terutama hari Ahad. Barang-barang yang elok tapi diorang dah tak nak pakai akan dijual dengan harga yang berpatutan. Sebab tu zaujah aku boleh beli ‘Play Station’ + 3 Cd Games dengan harga 6 GBP je. Boss aku cakap di suka ‘Credit Crunch’ sebab orang tak akan ber’shopping’ kat kedai mahal tapi diorang akan pergi ber’shopping’ kat ‘retail shop’ macam kedai tempat aku kerja. Maka kami yang untung.

Palestin dan “Inauguration” Obama

Semalam di Gaza Palestin, Israel Laknatullah telah bersetuju melakukan gencatan senjata selepas 1300 syahid, 5000 lebih cedera, sekitar 3000 buah rumah telah musnah hasil dari perbuatan keji rejim Zionis Laknatullah setelah menyerang Gaza selama 22 hari. Matlamat Israel Laknatullah tidak tercapai “Mission Failed”. Padan muka kau. Bantuan berbilion diperlukan untuk membangunkan semula Gaza. Semalam barulah si Arab berbunyi untuk memberi bantuan kewangan sebanyak USD 1 Billion atau RM 3.6 Bilion . Mungkin ini adalah imbuhan kepada penduduk Palestin kerana berperang dengan tentera Zionis Laknatullah.

Pelikkan kenapa sekarang baru nak berundur. Kenapa perang dihentikan sehari sebelum Obama mengangkat sumpah sebagai President America yang ke-44 hari ini? Mungkin Obama memberi arahan kepada Ehud Olmert supaya menghormati “Inauguration” nya pada hari ini. Atau si Bush meminta memberinya 1 hari sebagai tanda menghormati hari terakhirnya sebagai President America selepas membuat kemungkaran kepada dunia Islam selama 8 tahun dalam pemerintahannya. Atau gencatan senjata ini sebagai “Intermission” macam dalam filem Hindustan dan akan bersambung semula selepas ini. Ini sekadar pandangan aku sahaja. Apapun yang pasti dasar US terhadap Palestin adalah sama sejak 1944. Tak kira siapapun President dan parti pemerintahnya. Kita tunggu dan lihat. Tapi yang pasti BOIKOT akan terus berjalan sampai bila-bila. BOIKOT!!!!!

Selamatkan GAZA, Palestin

Hari ini masuk hari ke-11 Gaza diserang puak Yahudi, Israel laknatullah. Angka kematian telah meningkat 550 orang dang 2500 orang cedera. Semalam di BBC menyatakan zionis telah menyerang sebuah sekolah milik UN (pada masa yang sama merupakan kem pelindungan) dan menyebabkan ramai kanak-kanak terbunuh. Alasan diberi kerana Bridged Al-Qassam telah melancarkan roket dari sekolah tersebut. Bangsat engkau Yahudi Laknatullah!!! Ingat kami bodoh. Memang benar apa yang telah Allah katakan mengenai Bangsa Yahudi laknatullah dalam al-Quran.

Antara usaha yang boleh kita buat sekarang mengenai kekejaman yang dilakukan kepada Gaza adalah menunjukkan sikap kemarahan kita. Ayuh, mari sama kita lakukan. Banyak cara yang boleh kita buat.

1. Memboikot barangan buatan Israel dan Amerika (bersengkongkol dengan Yahudi Laknatullah)
klik sini
@ Jangan membeli barang yang kod bar / barcode nya bermula dengan nombor “729” (Made in Israel Laknatullah)
2. Menyertai Demonstrasi Aman bagi menunjukkan perasaan marah terhadap Israel laknatullah
3. Memberi sumbangan kewangan kepada badan-badan yang dipercayai (supaya sampai ke Palestin)
4. Berdoa setiap kali selepas solat, setiap hari dan setiap masa supaya Allah membantu tentera-tentera Islam seperti yang pernah dibantu semasa perang Badar.
5. Menginfakkan diri dengan pergi ke Gaza Palestin sebagai tentera Islam atau bantuan kemanusian atau menjadi sukarelawan mambantu mangsa dan tentera Islam yang cedera.

Bush sekarang semacam berminat untuk menghantar tentera US ke Gaza, Palestin. Tujuannya supaya President-Elect, Barack Obama terpaksa menangguhkan majlis angkat sumpahnya kerana itu salah satu dasar bagi USA yang apabila tenteranya dihantar berperang maka angkat sumpah President baru terpaksa ditangguhkan. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa Obama dan orangnya tidak memberi sebarang kenyataan mengenai keganasan yang dibuat Israel laknatullah kepada rakyat Palestin sekarang ini. Tapi mampukah US menghantar tenteranya dengan keadaan ekonomi US yang tak stabil sekarang? Wang berbilion USD diperlukan bagi manmpung kos tersebut. Padan muka engkau Amerika.

Gaza

Apabila disebut Gaza maka sepantas kilat kita akan mengingati Bumi Palestin yang diserang oleh Israel Laknatullah. Makin hari makin ramai orang bertindak balas seperti menganjurkan demonstrasi jalanan. Di UK boleh dikatakan hampir seluruh UK mereka mengadakan tunjuk perasaan terhadap Israel. Mengutuk tindakan mereka mengebom dan membunuh penduduk Palestin yang tak berdosa.

Akibat tindakan Israel yang kejam itu, lebih 300 laman web milik Isreal digodam oleh Pro-Palestin. Kalau kita berfikir sejenak, sekiranya kita mampu untuk mengodam laman web milik kerajaan Laknatullah ini, mungkin juga kita boleh mengodam sistem keselamatan mereka dan meletup mereka dengan senjata mereka sendiri. Betul atau tak? So, sesiapa yang expert dalam hal mengodam ini dipersilakan lah. Supaya kita berjaya melakukan sesuatu yang dapat mengejutkan duni seperti seorang wartawan yang membaling kasut ke Bush….

  • Pages

  • Meta