Archive for the ‘Tarbiah diri’ Category

Rejab, Syabaan, Ramadhan, Syawal

Selepas berlalu kesemua bulan-bulan mulia ini kehidupan seorang muslmin kembali kepada keadaan asal. Perlukah kembali kepada keadaan asal ataupun lebih baik dari sebelumnya? Sepatutnya lebih baik dari sebelumnya kerana bulan-bulan ini mengajar kita menjadi muslmin mukmin yang lebih bertakwa. Tetapi jika sebaliknya berlaku pada kita, adakah ini lebih baik atau lebih buruk?

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Bulan Ramadhan menyedarkan kita betapa mudahnya melakukan kebaikan bila syaitan diikat dan ditambat. Mengaji al-quran setiap hari 1 juzuk tanpa putus-putus. Istiqamah bangun malam. Hati mudah ingat kepada Allah. Tiap-tiap malam melakukan tarawikh tanpa henti. Betapa mudahnya kita beramal. Tetapi ada juga dikalangan kita yang sukar untuk lakukan semua ini. Mungkin sifat dan perangai syaitan sudah sebati dengan jiwa kita. Nauzubillah, moga kita dijauhkan dari sifat mazmumah ini.

Doaku supaya aku bertemu lagi Ramadhan yang akan datang…

Ketenangan

Ramai manusia berasa hati dia tidak tenang. Kenapa? Mungkin dia ada buat salah dengan orang lain? Atau ada buat salah dengan diri sendiri? Atau dia banyak buat salah dengan Sang Pencipta?

Itulah jawapannya,
Banyak buat salah dengan Sang Pencipta.
Bila Sang Pencipta tidak mempedulikannya disebabkan dosanya yang banyak maka semuanya serba salah.
Hati tidak merasa tenang dengan hidup. Semua benda dibuat salah dan serba salah. Sang Pencipta telah menarik nikmat ketenangan dalam jiwanya. Sang Pencipta memberi peringatan supaya kembalilah kepadaNya. Dia lah tuhan sekalian alam dan empunya hati yang sentiasa berbolak balik.

Kembalikan tenang jiwamu dengan bersembahyang, mengaji al-Quran dan sentiasalah mendengar alunan bacaan al-Quran. Wah, sungguh tenang hatiku apabila mendengarnya..masyaAllah, subhanAllah

Penderitaan dan kesenangan

Betapa senangnya kita beribadat kepada Allah berbanding dengan apa yang diterima oleh nabi Muhammad SAW. Bebanan yang berat bagi Rasulullah untuk membawa Islam. Rasulullah mengajak manusia kepada al-aqidah as-sahihah dan berdepan dengan manusia yg meletakkan nafsu, harta dan shahwat dihadapan. Sebuah Hadith diceritakan suatu hari, segala bentuk kekotoran diletakkan keatas kepala nabi. Sehingga Fatimah menangis melihat beban yang dikenakan keatas nabi. Tapi nabi menyebut ” Jangan kamu sedih dan takut kerana sesungguh Allah telah merahmati ayah kamu (Nabi Muhammad)”.

Allah meninggikan nama nabi sehinggakan dalam perang Tabuk tentera musyrikin berasa gentar apa bila disebut nama nabi di dalam perang tersebut. Falsafah ujian dalam hidup dalam kita ini, kita kena baik sangka kerana sesungguhnya ibtila'(ujian) sekecil-kecil seperti kena duri dikaki adalah kifarah kepada dosa yang kita lakukan

Sabar sekiranya bangun  pagi tengok-tengok 4 tayar kereta hilang. Kita kena sabar dan ‘+ ve thinking’. Ini ujian dari Allah dan kifarah kepada dosa kita sebelum ini. Allah bagi “inadvance”(secara sekalugus) dan ini secara tidak langsung dah melepaskan kita dari siksa azab neraka yang amat pedih.

Allah menyuruh kita bila selesai sesuatu urusan, terus melakukan urusan yang lain. Ini yang dilakukan Saidina Umar (al-Farouk) yang tidak berhenti-henti perkara dilakukan olehnya disebabkan perintah dan ganjaran disisi Allah. Semua usaha yang kita lakukan adalah untuk Allah SWT. Tidur pun jadi ibadah dengan niat ibadah kepada Allah.  Mungkin dengan tidur itu dapat menjauhkan kita dari melakukan maksiat seperti bersembang mengumpat, membuat benda-benda lagha dan menjauhkan kita dari maksiat. Dengan niat

Berharaplah kepada Allah sahaja. Berharap kepada manusia mungkin dapat atau tak. Wasiat Nabi kepada Abdullah Bin Abbas, ketahuilah, kalau berkumpul semua manusia untuk membuat kemudaratan kepada kamu dengan keadaan Allah tidak mengizinkan maka ianya tidak akan berlaku. Jika Allah mengkehendaki satu kebaikan walaupun tidak dikehendaki oleh orang lain maka tidak akan mampu dihalang oleh mereka.

Hari-hari berlalu

Setiap saat masa berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar dah hujung tahun 2009. Terasa macam semalam je 2009 muncul. Tapi berapa Hijrah yek?!! Ini yang selalu orang muslim terlupa. Mungkin ini lah doktrin barat yang mahu kita ikut cara berfikir, budaya, gaya hidup mereka sehingga melupakan siapa diri kita yang sebenar.

Hari-hari aku tengok cermin sebab nak gosok gigi, bercukur. Makin lama nampak makin ketara kedut dimuka. Ini bermakna aku makin tua. Tapi orang cakap duduk kat negara 4 musim ni muka tak cepat kedut. Tapi aku rasa tak pulak macam tu ceritanya. Iya rumah kata pergi dan kubur berkata mari…

Semua yang hidup pasti mati. Siapa takutkan mati bermakna dia ada penyakit ‘wahhan’. Cintakan dunia dan takutkan mati. Jauhkanlah aku, isteriku, anak-anak ku, keluargaku, saudara-saudara ku, sahabat-sahabat ku dan semua umat Islam dari penyakit ini.. Bantulah kami ya Allah….amin

Gembiranya Ramadhan Tiba

Pada tarikh ditulis entri ini, lagi 10 hari, 1 jam lagi nak masuk 1 Ramadhan. Maka insyaAllah bertemu lagi kita dengan Ramadhan 1430H. Moga amalan tahun ini dapat menambah keimanan kita lagi.

Tahun ini juga aku akan balik menyambut Aidilfitri di Malaysia. Balik lebih kurang 3 minggu aje. Moga ada orang yang akan dapat melepaskan rindu untuk beraya di Malaysia.

Ramadhan tahun ini merupakan antara Ramadhan yang terpanjang siangnya. Berpuasa dalam 16 jam, Bertarawikh dalam 10.oo malam keatas. Sianganya panjang, malamnya pendek. InsyaAllah puasa pada tahun ini akan sempurna seperti tahun-tahun sebelumnya….amin

Jumaat di German

Alhamdulillah minggu lepas dapat merasa berjalan ke Frankfurt Germany. Bila sebut German maka teringat lah Nazi. Sape yang tak kenal Adolf Hitler. Seorang diktator yang telah menempa nama di dalam lipatan sejarah dunia. Seorang yang telah mengubah German dari negara demokrasi menjadi negara polis, askar dan menjajah negara lain seperti Perancis, Poland, Denmark, Belgium, Norway dan banyak lagi.

Bila disebut German mungkin kita akan teringat seorang artis yang melukis karikatur Nabi Muhammad beberapa tahun dahulu. Macam tu juga dengan seorang ahli Parlimen German yang menghina Islam ketika itu. Ini sedikit sebanyak mengusarkan aku untuk pergi kesana. Tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Aku bertolak dengan zaujah aku ke German pada hari Khamis lepas dan pulang pada Ahad minggu yang sama. Tujuan sebenar nak pergi sebab zaujah aku ade ‘workshop’ di sana selama 1 hari. Hari-hari lain berjalan je lah. Sambil menyelam minum air. Kebetulan pula kena pada hari Jumaat. Maka aku meng ‘Google’ mencari masjid-masjid di sana untuk memudahkan aku menunaikan solat Jumaat.

IIS

Pada hari kejadian selepas menghantar zaujahku ke DECHEMA aku, berjalan mencari masjid pertama IIS (Islamic Info Service). Sampai ke alamat yang dicari aku tengok dalamnya macam kedai buku dan kaunter je. Habis mana masjidnya? Lagipun takde orang pun dalamnya. Kemungkinan hari Jumaat mungkin orang tak berkerje kot. Lepas tu aku terpandang 1 pintu pagar sebelah IIS aku tengok dalamnya aku nampak papan tanda IIS yang lagi besar. Mungkin masjid kat dalam kot. Aku masuk dan tengok sebuah bangunan 4 tingkat. Nak masuk dalam bangunan tu tak berani sebab pintu kunci. Mana tau salah masuk, kene rumah orang ke tak ke haru. Lepas tu aku terus balik ke hotel.

Dalam perjalanan ke hotel aku terfikir nak pergi ke masjid satu lagi, Masjid Abu Bakr. Masjid ni terletak di Hussen dan masjid ni besar. Masjid ini dibiayai oleh Al-Makhtoum Foundation. Lepas berehat sekejap di hotel dalam jam 12.30pm aku pun pergi la ke stesen U-Bahn(komuter) Alter Oper untuk ke Masjid Abu Bakr. Masa nak beli tiket kat mesin jual tiket, puas nak paham cara guna mesin ni. Dah la semua bahasa German. Rupenya ada juga translet English. Kaunter jual tiket takde pulak tu. Semua pakai mesin. Alhamdulillah ade sorang mamat India bagi tau macam nak guna. Lepas tekan tempat nak dituju (guna kod nombor), ‘single trip’ dan tiket unruk sorang, sekali tengok harga tiket 10.00 Euro. Mahal tu!! Mamat India tu cakap tempat tu jauh sebab tu mahal. Jadi aku pun ‘cencel’ lah nak pergi ke Hussen. Maka berjalan lah semula ke IIS.

Zuhur masuk dalam 1.24pm jadi sempatlah kot ke IIS. Sampai ke IIS tengok takde orang pun. Tapi pintu dah dibukak. Nampak la karpet saf. Sah dah ni masjid. Risau juga mula-mula. Masuk je ke dalam ada 4 orang kat dalam. 1 orang tengah vakum karpet, 3 lagi duduk iktikaf. Semua muda-muda belaka. Lepas selesai solat tahiyatul masjid duduk la aku membaca al-Quran. Duduk punya duduk, jam dah pukul 1.45pm. Aik, kenapa tak ramai orang pun. Pukul berapa nak mula khutbah?. Masjid agak besar juga. Rupanya khutbah mula pukul 2.30pm. Tengok-tengok yang vakum karpet tadi tu imam/khatib rupanya.

Antara perkara yang menjadi perhatian aku sepanjang berada dalam masjid IIS ni, sebelum mula khutbah tok khatib suruh semua orang rapat-rapat ke hadapan. Tok khatib langsung takde teks khutbah, memang berkhutbah sungguh lah. Semangatlah aku tengok dia. Muda lagi rasanya. Khutbah dari mula sampai akhir semua dalam bahasa German. Memang aku tak paham langsung. Paham bila dia baca ayat al-Quran je. Yang pasti dia menceritakan perihal Ashabul Kahfi. Satu perkara yang aku perasan, semua yang duduk saf hadapan pemuda-pemuda belaka. Datang lambat pun duduk depan. Kalau kita biar duduk belakang je. Biar yang tua-tua je yang duduk depan.

Semasa sembahyang, semua  rapat. Kaki bertemu kaki, bahu bertemu bahu. Satu kelainan yang dapat aku rasakan. Terasa keizzahan solat tu. Rata-rata muka yang aku tengok adalah orang tempatan. Muda-muda lagi. Mungkin ramai yang memeluk Islam disini. Dikatakan 5 juta dari 77 juta penduduk di German adalah beragama Islam. MasyaAllah semakin kuat tekanan terhadap Islam semakin ramai orang yang memeluk Islam. Selain orang tempatan orang Turki, Arab, India muslim ramai juga disini. Kedai dan restoran halal pun banyak disini. Frankfurt merupakan kawasan yang teramai penduduk Islam di German.

Selesai solat aku pun balik. Sebelum balik aku tengok pemuda-pemuda disini ambil cd dari pejabat Masjid. Mungkin cd rakaman khutbah sebab sepanjang khutbah berlangsung ia direkodkan oleh pihak masjid. Inilah pemuda-pemuda yang bakal mengegarkan dunia dengan kalimah Lailahhaillallah, insyaAllah. Moga aku tergolong dalam golongan pemuda ini. Amin.

DOA RABITHAH

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

munsyid: Izzatul Islam

Hikmah Haramnya Babi

Hal ini penting untuk diketahui, terutama  pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika, yang menjadikan daging babi sebagai makanan pokok dalam hidangan mereka.

Dalam kesempatan ini, saya imbas kembali kejadian yang berlaku ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, “Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam penternakan moden, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?”

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta seekor ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta seekor babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, “Untuk apa semua ini?” Beliau menjawab, “Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahasia.”

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, “Saudara-saudara, daging babi membunuh ‘ghirah’ orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.”

Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Islam mengharamkan beberapa jenis ternakan dan unggas yang berkeliaran di sekitar kita, yang memakan kotorannya sendiri. Syariat memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, biri-biri atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari, memberinya makan dan memperhatikan apa yang dibuang oleh haiwan itu. Hingga perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteria dan mikrob. Kerana penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya. Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah.

al-baqarah-173

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang (yang ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Baqarah – 173)

Panjangnya Siang

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Mei 2009. Rasa baru lagi masuk tahun 2009. Ini lah dikatakan akhir zaman. Masa berlalu begitu cepat dan pantas. Lepas berlakunya ‘Day Light Saving’ yang lepas, maka masuk lah musim bunga (spring). Kalau musim sejuk lepas, pokok-pokok tinggal ranting sahaja tanpa daun dan bunga sekarang pokok bunga, pokok berdaun tumbuh dengan lebatnya. Hijau sahaja mata memandang. Matahari muncul setiap hari dengan senyuman yang menawan dan memanaskan bumi Belfast ini. Alhamdulillah, seronok jumpa, rasa cahaya matahari.

summer

winter

summer

Dalam musim ini dan seterusnya sehingga bulan Oktober nanti, siangnya sentiasa panjang. Sekarang ini matahari terbit jam 4.02 pagi(Subuh) dan tenggelam jam 8.41 malam (Maghrib). Panjang sungguh siangnya. Kalau nak berpuasa sunat pun berfikir banyak kali. Tapi tak apa, bila mencari keredhaan Allah maka apa sangat lah masa yang panjang tu.

Isyak masuk jam 10.09 malam. Lepas solat Isyak baru sedar hari dah lewat malam. Walhal baru je solat Maghrib dan Isyak. Bagi yang liat bangun subuh, kena beringat lah silap-silap terlepas Subuh dan Subuh Dinosaur (peringatan buat diri sendiri juga). Inilah cabaran dan pengalaman baru yang aku perolehi. Kalau dulu di tanah air nak qiam rasa senang je nak bagun jam 5.00/5.30 pagi. Sekarang kalau bangun waktu tu solat subuh jelah terus.

InsyaAllah moga diberikan kekuatan untuk beribadah walaupun berada dinegara 4 musim.

  • Pages

  • Meta