Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Baca lah…Best dan menginsafkan

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran”
pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih”
balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab”
keluh Jamilah.

“Ala , awak bukan reti pun bahasa arab”
jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat”
tegur pakcik

Berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid”
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?”
pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa… aa.. lama dah saya tak baca, pakcik”
teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la”
tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi”
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

” Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi”
senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya”
pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu”
Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua”
ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?”
tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..”
jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin”
cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?”
Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d”
kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. .RIII..!!”
berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim. ..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM…RAA..”
kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran.Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim”

tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

BACA NI LAGI…

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
“Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

“Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.”

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
“Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.”

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
“Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.”

“Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat”

Nonton Sukan

bbcsport_logo

Aku duduk sini asyik melayan TV Sukan je. Sebelum bermula ‘summer’ hari tu tak habis-habis EPL, UEFA Champions League. Kadang-kadang ada kat UTV layan lah. Tapi kalau tak de tu tak dapat lah den nak melayannya. EPL,  Manchester United menang lepas tu UEFA Champions League, MU kalah dengan Barca 2-0. Hehehe kalah juga MU. (Maaf saya bukan penyokong MU)

epl-soccer-main1

Habis EPL, UEFA masuk pulak Piala Konfederasi. Mati-mati aku ingat perlawanan kelayakan Piala Dunia. Tu lah pelik macam mana Mesir boleh berada se’group’ dengan USA, Brazil. Kurang sungguh pembacaannya. Akhirnya Brazil menang juga 3-2 dengan USA.

wimbledon-tennis

Habis Piala Konfederasi, masuk pulak Wimbledon(sebut wimbloden). Wimbledon ni  tennis yang Roger Faderar menang Grand Slam kali ke-15. Habis dah pecahkan rekod dunia. Pete Sampras yang tengok perlawanan akhir antara Roddick dan Federer berharap agar Federer kalah. Melepas dah dia nak pegang pemenang rekod Grand Slam terbanyak. Tapi memang tensen juga tengok Federer main. Patut boleh dah menang tapi tak menang-menang. Akhirnya menang juga 14-12 pada set Ke-5. Andy Murry harapan Britan untuk ke ‘final’ tak kesampaian. Melepas lagi Britan. Bila lah agaknya orang Britan nak menang.

formula1

Setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali mengadap la BBC 2 nak tengok F1. Hamilton yang menang tahun lepas dah jatuh tahap Gaban. Tak tau masalah kereta atau orangnya. Jensen Button pulak seorang pemandu lama yang naik dengan ‘Brawn-Mercedes’ nya. Mungkin dah berlaku keserasian antara pemandu dengan kereta yang dibawa. Tapi kelmarin kat German macam mana diorang takleh menang pulak. Musykil muskil. ‘Red Bull’ pulak yang makin naik. Ferarri pun baru nak naik sikit bila Massa menang tempat ke-3 kelmarin. Raikonnen awal-awal dah masuk pit sebab masalah pada kereta. Tapi ape pun Britan masih boleh berbangga kerana Jensen Button seorang warga Britan.

Malaysia macam mana pulak? Bola sepak, tenis, rugby, F1 dan lain-lain semua tak boleh pergi dah. Takraw, Badminton dan Hoki harapan suatu masa dulu pun dah tak tau kemana arahnya sekarang. Malaysia, Malaysia… Malaysia Boleh!!! …ke dah tukar 1 Malaysia?

Busy

Assalamualaikum..

Saje menulis untuk mengubat kerinduan pembaca kepada tulisan pink ni..Alhamdulillah..sekarang sudah masuk tahun ke-2 PhD. Half way through. Buat setakat ni, belum lagi menghasilkan sebarang journal. Tahun ke-2 ni makin busy. Kerja makin banyak..pressure makin tinggi..risau kalau tak mampu nak siapkan on time. Banyak lagi yang perlu dipelajari.

Tadi, alhamdulillah..baru sahaja selesai presentation dengan group industri. semuanya berjalan lancar. Next week tutorial yang ke-3 untuk level 1. Sekarang ni buat juga kerja part time kat school. Jadi tutor dan demonstrator. Dapat lah dalam GBP 10 sejam untuk demontrating, dan lbh kurang GBP 13 sejam untuk tutorial. Agak mencabar memandangkan kene review balik semua pelajaran masa first year. Tak semudah yang disangka. Tambahan pulak nak kene terangkan dalam bahasa inggeris kepada anak orang inggereis..tak percaya rasanya..

Busy..busy..memang kehidupan buat PhD ni sangat busy..skng ni, aku diberi kepercayaan untuk jadi mentor kepada sorang budak final year..tiap2 hari khamis dan jumaat dia akan masuk lab buat kerja..itu menyebabkan aku makin busy. dengan bebanan kerja PhD yang bertimbun, kene supervise budak final year, kene buat persiapan untuk kelas tutorial…Tapi ini lah perjuangan yang perlu aku tempuh. Bukan senang nak jadi senang.

Dalam kesibukan aku bekerja untuk mendapatkan segulung ijazah doktor falsafah, InsyaAllah, tugasan ku sebagai isteri takkan aku abaikan. Aku sangat bertuah dapat suami yang sangat memahami, banyak membantu aku. Alhamdulillah, sudah setahun kami menempuh alam rumah tangga. tak percaya rasanya. cepat benar masa berlalu.

Tahun ni kami plan nak balik Malaysia. Doakan ye..

ARGOS

logo argos

Hari ni aku nak explain sikit pasal ARGOS. Mungkin elok untuk orang yang nak berniaga mengikut “trend” baru di Malaysia. ARGOS ni sebuah kedai yang menjual pelbagai produk seperti barangan elektrik, perkakasan dapur, perabut, barang-barang DIY (Do It Yourself), barangan sukan, kesihatan, permainan budak-budak dan macam-macam lagi melainkan produk makanan. Argos juga bukan kedai runcit seperti yang banyak terdapat di Malaysia

Kedai ini berjalan amat mudah. Tidak memerlukan ruang kedai yang besar. Tidak memerlukan parking lot yang besar. Tidak memerlukan ramai pekerja. Hanya memerlukan ruang kaunter jualan yang kecil dan ruang stor yang besar untuk menyimpan barang. Harga barang yang dijual sama sahaja dengan harga pasaran semasa. Tidak terlalu mahal dan berpatutan.

Cara beroperasi, Argos memerlukan ruang kaunter jualan, katalaog barang semasa dan terkini serta mesin pemeriksa barang. Mesin pemeriksa barangan ini bukan lah seperti komputer atau laptop. Cara untuk membeli barang hanya belek katalog Argos yang disediakan dan pilih barangan yang dikehendaki. Lepas jumpa barang yang kita nak, masukan kod barangan tu ke dalam mesin pemeriksa barang. Kod tu ada bersama dengan barang yang kita kehendaki dalam katalog. Mesin itu akan cek barang yang kita nak tu ada lagi atau tak. Kalau ada, maka akan tunjukkan berapa kuantiti yang tinggal di stor dan harga setiap 1 unit. Kalau tak ada, mesin tu akan paparkan barang tu dah habis stok dan jika nak barang tu kita boleh tempah di kaunter. Lepas puas hati dengan barang yang kita nak, tulis kod barang dan kuantiti yang kita nak atas kertas yang disediakan. Bawa ke kaunter dan bayar dulu. 2-3 minit lepas tu barang yang dibeli beserta resit boleh diambil di kaunter. Cepat dan mudah bagi orang yang sibuk dan takde masa nak beli barang-barang.

Argos juga menyediakan katalog sendiri. Biasanya katalog tu akan diletak diluar dan didalam kedai. Boleh diambil secara percuma. Pernah tengok direktori buku talifon Telekom? Katalog ni tak la sebesar tu tetapi sama tebal dengan buku tu. Argos juga menyediakan perkhidmatan beli secara online dan barang tu akan dihantar ke rumah. Bukan sahaja Argos buat jual beli online ni, banyak lagi kedai kat UK ni buat macam tu termasuk SPORTDIRECT.COM tempat aku kerja. Cuma penghantaran tu mungkin di cas sedikit.

Antara barang yang pernah aku beli kat Argos, mesin gunting rambut, Digital Box (Freeview), antena TV, sleeping bag dan lampu suluh. Semua aku guna sekarang ni melainkan antena TV. Aku pulangkan balik ke Argos. Barang yang dibeli diberi masa 1 bulan untuk pulang balik sekiranya ada masalah. Kat resit ada tulis. Bukan pulang macam tu je tapi dapat semula duitnya. Aku pulangkan balik sebab “signal” tak dapat dengan jelas. Lebih baik lagi antena lama yang orang bagi dan aku masih lagi guna sehingga sekarang.

Kebaikan dari kedai seperti ini dapat mengurangkan sehingga 100% kadar kecurian barang. Tidak memerlukan ‘Pak Guard’ di pintu masuk sebab barang dijual mahal dan mudah dicuri. Tidak memerlukan CCTV yang banyak di kaunter cuma perlu diletak di stor tempat simpan barang takut-takut pekerja sendiri yang mencuri. Tak memerlukan ruang kedai yang besar. Semua ni dapat mengurangkan kos operasi.

Harap lepas ni akan ada la orang Malaysia buka kedai berkonsepkan seperti ARGOS ni. Banyak cawangan boleh dibuka di seluruh negara. Memang untung dan akan jadi tokey besar. Ni lah sedikit cetusan penulisan yang boleh aku bagi dan laksanakan di Malaysia. Link untuk ARGOS UK. Klik disini

Rambut Pendek

machine

Masa kat Malaysia bila rambut panjang je boleh pergi kedai atau suruh member potongkan. Masa kat Universiti hanya 3,4 kali je potong rambut kat kedai. Lain tu suruh member potongkan. Tapi kat sini nak juga cuba potong kat kedai masa mula-mula datang dulu. Bila tanya kawan-kawan kat sini biasa satu kedai charge dalam £7-8 sekepala. Banyak tu

Bila dikira-kira semula. Bila dah di’convert’ dari £ ke RM, Sekali pergi dah kena bayar dalam RM 40 . Huyoooo…banyak tu. Jadi aku pun ambil alternatif cari mesin gunting rambut macam kat kedai. Cari kat ARGOS [entri akan datang akan aku ceritakan kedai apakah ARGOS ini]. Bila dibelek-belek katalog dia, jumpalah mesin pemotong rambut harga £16 brand WAHL. Sama dengan harga 2 kali potong rambut kat kedai gunting. Aku pun pergi lah beli. Memang kualiti bagus dan baik. Ade 8 mata + Trimer+ cd cara memotong rambut+ sikat+gunting. Dalam bekas lagi. Balik je dari ARGOS aku terus potong rambut aku sendiri. Bila potong sendiri paham-paham je lah. Guna mata 2 seluruh kepala. Maka jadilah gondol. Tapi adik-adik aku cakap aku botak bila ber’web cam’. Kebanyakkan orang Melayu kat sini pun potong sendiri je.

Disebabkan zaujah aku cakap tak hensem bila buat rambut gondol, maka aku suruh dia potongkan. Ajarlah dia guna cd yang dibagi. Masa potong tu pun aku ajar dan bagi arahan kat dia macam mana nak potong elok. Tak bagi rambut bertakok atau sumbing. Alhamdulillah setakat ni dah 2 kali dia tolong potongkan. Memang pendek dan elok. Jimat sangat-sangat berbanding pergi ke kedai. Gunting kat dalam bilik air je. Sebab kat situ lah satu-satunya tempat takde karpet dan mudah untuk divacum. Gunting kat luar rumah sejuk. Silap-silap boleh demam kalau tak pakai baju.

Nak Cari Rumah?

Lama dah tak menulis. Minggu lepas aku dah mula kerje balik macam biasa. Tapi minggu tu kena kerja 6 hari. Ini semua disebabkan salah seorang tempat aku kerja tu ambil cuti 2 minggu dan sebelum tu aku bercuti 1 minggu. Jadi “kandang” (troli besar isi pakaian) yang sampai tak sempat diproses maka diheret ke hari berikutnya. Hari ini sempat bukak 2 “kandang” je sebab malam ini ada ‘stock count’.

Cuaca kat sini dah tak seteruk 2 minggu lepas. Snow dah tak kelihatan turun dan suhu dah berubah. Sekarang ni suhu sekitar 5ºC hingga 12ºC. Suhu mula berubah lepas snow turun dengan lebat 2 minggu lepas. Sekarang ni cuaca cerah dan kadang-kadang hujan renyai-renyai je. Tu pun tak lebat sangat.

Baru-baru ni datang satu surat dari Property Link, agent rumah yang kami sewa. Dia tanya sama ada nak stay lagi kat rumah ni atau tak. Kena hantar jawapan sebelum 16 Mac ni. Kalau ikut ‘Agreement’ 1 July 2009 kami kena kosongkan dah rumah ni dan pindah cari rumah lain. Kami pun tak tau lagi macam mana. Banyak bende yang nak dinilai bila cari rumah baru ni. Antaranya nak kena tukar alamat surat-menyurat bank, UM, Queen’s. Ciri-ciri rumah mestilah cantik, Gas Heating, Tingkap “double glaze’ (supaya rumah panas), harga berpatutan. Nak pindah dan angkut barang lagi. Kalau boleh nak cari rumah dekat dengan School zaujah, dekat dengan BIC dan rumah tingkat 2 sebab tak sesejuk tingkat 1. Kalau ‘plan’ nak bawak balik kereta kena pulak cari rumah yang  ada tempat parking kereta sendiri atau  rumah yang tak ramai student atau laluan orang ramai balik bila mabuk. Kalau tak tingkap kereta, ‘side mirror’ kena pecah, tayar dikempiskan dan macam-macam lagi lah perangai dajal yang dibuat. Ada sekali tu aku tengok semua kereta diletakkan tong sampah atas kereta. Tak ke naya gitu.

Apa-apa pun pilihan terbaik akan dibuat. Moga pilihan tersebut dapat membahagiakan kami dan buat kami rasa selamat dan tenteram disini. Amin…

Kisah Burung Pipit, Boikot & Demonstrasi

Dikisahkan pada zaman nabi Ibrahim dulu, pada ketika nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, api dikatakan sangat besar menjulang-julang sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud.

Tiba-tiba, kelihatan ada seekor burung pipit yang sangat kecil terbang berulang-ulang kali dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Rupa-rupanya, burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu, untuk menyiram api yang sangat marak menyala.

Haiwan lain bertanyakan kepada burung kecil itu…

“Kau ni, melakukan sesuatu yang sia-sia. Masakan air yang kau bawa itu dapat memadamkan api yang besar itu?”

Burung kecil itu menjawab,

“Paling kurang, nanti bila aku mati nanti, dan berhadapan dengan Allah nanti, aku boleh menyatakan ini usaha aku untuk membantu nabi Ibrahim. Air yang sedikit ini akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini”

Fikrah:
1) Kita manusia yang kerdil, apa usaha kita untuk menjatuhkan ekonomi US dan Israel?
2) Usaha yang kecil namun dikerjakan secara berterusan lebih baik ertinya daripada usaha yang kelihatan besar; namun dikerjakan sekali-sekala. Namun, ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa…

Aku tertarik apabila membaca beberapa artikel dan komen pengunjung di beberapa blog. Apa kesan kepada ekonomi US dan Israel apabila kita memboikot barangan keluaran mereka? Ada yang cakap ini bukan cara yang bagus dan tak akan memberi kesan langsung kepada mereka.

Kita kena ingat, ekonomi dunia sekarang tengah tak stabil. Ekonomi US teruk dan kadar suntikan yang perlu diberi sehingga mencecah 2 Trilion. Moga boikot yang dianjurkan akan menambah melemahkan lagi ekonomi US dan memberi kesan kepada “rakan baiknya” Israel sekaligus menjatuhkan ekonomi negara diorang.

Apabila kita mati, kita akan dipersoalkan tentang apa yang dah kita buat untuk bantu saudara kita di Palestin. Mengambil pengajaran dari cerita burung pipit, biarpun kecil, penat, letih, menghabiskan masa, duit mengikut demonstrasi namun kita berusaha supaya serangan ketas Gaza diberhentikan. Banyak lagi cara boleh dilakukan seperti derma(ketabung yang diyakini dan bukan masuk poket sendiri) doa, solat hajat, boikot dan macam-macam lagi cara. Moga usaha kita akan dikira sabagai amalan soleh diakhirat kelak. Kalau ikutkan hati aku nak saja aku ke medan pertempuran berperang dengan tentera Zionis Laknatullah. Moga Allah memberi kekuatan kepada aku, amin…Allahuakbar!!!

Boikot Barangan Israel dan USA

LAMAN WEB PILIHAN

http://inminds.com/boycott-israel.htm

Boikot 7 Barang Sehingga Lumpuh

LAKSANAKAN TUGAS
USAH LAGI BERRETORIK
DAN
TIDAK BERSTRATEGI
.


BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

PESANAN PENTING !!!!!

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

UNTUK MEMASTIKAN KEMPEN INI BERKESAN DAN
SENTIASA DIHATI UMAT ISLAM

KITA PERLU SENTIASA ‘REFRESH’ 7 BARANGAN
BOIKOT INI SETIAP 15 HARI

MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN
KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK
MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

SILA ‘REFRESH’ BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-

30 JANUARI 2009
15 FEBUARI 2009
30 FEBUARI 2009
15 MAC 2009
30 MAC 2009
15 APRIL 2009
30 APRIL 2009
15 MEI 2009
30 MEI 2009
15 JUN 2009
30 JUN 2009
12 JULAI 2009
(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)

http://islamreturn.blogspot.com


SENARAI LAIN-LAIN BARANG YANG WAJIB DIBOIKOT



APA PERASAAN ANDA JIKA INI ADALAH ANAK ANDA YANG AMAT DISAYANGI?


PERJUANGAN BERTERUSAN SEHINGGA BAITUL MAQDIS DAPAT DIBEBASKAN!!!

Dari perspektif sejarah, bantuan Amerika kepada Israel sejak 1950 hingga 2005 adalah tinggi dengan FMF berjumlah $59.5 bilion (RM218 bilion), $27 bilion (RM98.9 bilion) membabitkan jualan tentera asing membabitkan pemindahan senjata daripada kerajaan kepada kerajaan .Ternyata Amerika tidak diragui menjadi pembekal utama senjata kepada Israel.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE, STARBUCKS, COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara. (http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.653.2)

Rujukan : http://yusofembong.blogspot.com

Kita haram membiarkan Yahudi=Amerika membunuh umat Islam. Ingat! setiap sen adalah harga membeli peluru membunuh saudara kita di Palestin.

school..sekolah..

Assalamualaikum..

tulisan pink lagi..esok school bermula..maka bermula lah kehidupan ku di lab..rasa excited pulak nk balik lab..moga2 Allah bg petunjuk dan menambah ilham utk aku bereksperimen dan moga2 Allah membantu aku supaya kerja2 ku dipermudahkan..Semoga pada tahun ini aku dapat mem”publish” sebarang 2 international “paper” (journal) utk manfaat bersama…dan moga2 aku menjadi lebih rajin pada tahun ni, dan dapat balik Malaysia on time..serta tak lupa dalam kesibukan di lab, moga2 aku menjadi isteri yang lebih solehah kepada suami yang lebih soleh…amin….

Sebelum mengundur diri, nak  ucapkan selamat hari lahir yang ke 56 tahun buat ayahanda yang tercinta pada 5 Januari 2009. Semoga ayah di panjangkan usia, dimurahkan rezeki, di golongkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..amin.. Jasa dan pengorbanan yang terlalu besar ayah curahkan sehingga terpaksa melupakan hasrat utk melanjutkan pelajaran ke univeristi (walaupun dah dapat 2 or 3 kali tawaran) demi membesarkan kami disamping emak tercinta tak mampu utk kami balas…Salam sayang dari kami berdua di Belfast utk ayah tercinta…

Turn To Islam

Video mengenai seorang Paderi dari US memeluk Islam.

Klik Sini

Atau Video lain tentang orang diberikan hidayah memeluk Islam

Klik sini

  • Pages

  • Meta