Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Penerusan Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke-20 Ramadhan. Fasa ke-2, fasa Keampunan dah pun berlalu. Sekarang dah Fasa ke-3, fasa Kebebasan dari api neraka. Dah masuk 10 malam terakhir. Kalau kat Malaysia makin dekat nak raya makin pendek lah saff tarawikh. Terutama kat kampung aku Kg Relong. Tak tau la sekarang macam mana. Tapi kat sini maintain je dari dulu sampai sekarang. Alhamdulillah. Mungkin kesedaran nak beribadat tu ada dikalangan orang Islam di sini. Bermula malam semalam juga makin ramai orang yang aku tidur dan qiam di BIC. Mengejar 10 malam yang terakhir sebelum Ramadhan berlalu. Makin penghujung Ramadhan makin ramai yang iktikaf di masjid. BIC ada juga menyediakan sahur bagi yang ingin beriktikaf.

Khutbah Jumaat baru ni di sampaikan seorang sheikh dari Mesir. Sepanjang khutbah dia bercakap dalam bahasa Arab. Habis semua orang Melayu kat sini tak faham langsung. Ustaz-ustaz je yang faham. Aku faham lah sikit-sikit. Tapi tak dapat juga nak tangkap point utama. Dua-dua khutbah dalam bahasa Arab. Ingat kan dapat la faham kalau khutbah kedua dalam bahasa Inggeris. Tapi tak ada harapan. Rugi pulak tak belajar Bahasa Arab betul-betul dulu. Setakat ambil Bahasa Arab Tinggi je.

3,4 hari lepas aku dengan Zaujah tak berbuka di rumah langsung. Tiap-tiap hari ada saje jemputan berbuka kat rumah rakan-rakan kat sini. Kat sini kalau jemput berbuka tak jemput semua sekali gus. Kalau tak mana muat rumah. Rumah kat sini kecik-kecik je. Tak de lah besar-besar. Salah satu sebab nak kekalkan kepanasan rumah. Cuaca kat sini sentiasa sejuk sepanjang tahun. Jadi padanlah dengan rumah yang kecik.

Tadarus

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-18 puasa. Dah lebih dari separuh Ramadhan berlalu. Hari ni tadarus muslimin di Belfast ni dah masuk Juz-21. Advance 3 Juz. Kat sini tadarus buat tiap-tiap petang. Tempatnya gilir-gilir kat rumah Komuniti Islam Melayu Malaysia kat sini. Petang ni giliran rumah aku lagi. InsyaAllah sebelum 27 Ramadhan khatam dah. Nanti hujung-hujung nanti ada pulak yang nak balik beraya kat Malaysia. Aku ngn Zaujah aku tak balik lah. Beraya di Belfast la tahun ni. Kira 1st time la Aidilfitri disambut kat tempat lain. Sebelum ni tak pernah pun melainkan Aidiladha. Masa tu aku belajar kat Universiti lagi. Cuti pun tak lama.

Tadarus sepatutnya mula pukul 6.00 petang. Tapi biasa lah orang Melayu, pukul 6ptg tu baru nak siap-siap keluar dari rumah. Nak tak nak paling awal pun pukul 6.30ptg baru mula. Kehadiran tu kadang-kadang 4 orang. Paling ramai pun rasanya dalam 10 orang. Biasa lah mungkin diorang ada urusan masing-masing. Habis je baca maka akan ada kupasan dan tzakirah ringkas dari ustaz-ustaz kat sini. Kalau tak Ust Nabir, Ust Faisal. Tak pun Ust Khalid. Sume grad dari oversea belaka. Alhamdulillah ilmu tu sentiasa tercurah-curah. Banyak juga dapat dipelajari dan diperbaiki terutama bacaan, tajwid semua diperbetulkan walaupun masa sekolah dan masa kat universiti dulu belajar. Tapi ingat tak ingat je.

Biasanya kalau baca bertadarus ni memang ada kelemahan dan kesalahan. Tak kurang juga yang merangkak-rangka. Walaupun merangkak-rangkak tapi tetap mendapat pahala malahan lebih dari orang yang baca secara lancar. Kalau yang lancar bacaan tu maka dapat 1 pahala. Tapi yang merangkak ni dapat 2 kerana setiap satu huruf yang dibaca dalam al-Quran ni dikira. Kalau yang merangkak tu dia akan cuba perbetulkan bacaan dan sebutannya. Mungkin berulang kali dicuba untuk berjaya menyebutnya. Maka makin banyak lah pahala yang diperolehi. Ni lah antara tazkirah yang diberikan oleh ustaz-ustaz kat sini supaya menggalakkan rakan-rakan yang bacaan yang tidak berapa lancar supaya hadir juga dan jangan malu untuk membaca. Salah tak apa sebab ada yang menegur. Kalau tak sekarang bila lagi. Nanti bila dah ada anak cucu takdelah kekok dan tak tau nak ajar diorang baca al-Quran

Palestin…

Semalam aku solat Jumaat seperti biasa kat BIC. Cuma yang tak selesa jari aku luka kena pisau masa potong cendawan. Konon nak buat stail expert lah. Sekali kena jari. Boleh tahan la. Pisau Ust Nabir memang tajam betul. Semalam sekali lagi giliran Komuniti Malaysia buat Iftar kat BIC.

Sampai je kat BIC khutbah dah mula. Dari luar dengar tok khatib bekhutbah macam marah orang. Penuh bersemangat. Aku masuk ke ruang utama tapi dah penuh. Duduk lah kat tepi tangga jek. Sempat juga aku jenguk siapa tok khatib tu. Rupanya sheikh dari Palestin. Isinya ringkas. Bercakap mengenai puasa kita. Berapa lama kita spent masa untuk buat ibadah pada bulan Ramadhan ni. Adakah kita lebih pentingkan kerja, bisnes daripada ibadah. Adakah kita menipu dengan berlakon puasa walhal menipu. Itulah antara persoalan yang ditimbulkan. Sampai serak-serak suara dia. Tak pernah aku tengok khutbah macam ini sebelum ni. Kalau kat Malaysia payah nak jumpa khutbah macam ni.

Khutbah kedua dia bercakap mengenai Palestin, Masjid Al-Aqsa dan kesengsaraan kehidupan penduduk Palestin yang ditindas oleh Zionis LAKNATULLAH. Lepas selesai solat Jumaat aku tengok cepat-cepat tok khatib ni turun kebawah. Apalah yang dikejarkan aku pun tak tau. Rupanya kat bawah dia mengutip derma untuk penduduk Palestin. Dia cakap dengan 3 pound sahaja dapat buat 1 kali Iftar kat Masjid al-Aqsa. 3 pound darab 6.5 maka dapat lah lebih kurang RM 20. Bayangkan dengan RM 20 kita dapat derma untuk buka puasa kat Masjid Al-Aqsa. Tapi kita RM 20 tu cukup dengan pergi sekali ke Bazar Ramadhan. Makan untuk 1 family je. Renung-renugkanlah…

Suasana Ramadhan

Alhamdulillah masih lagi kita dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini. Semoga puasa Ramadhan pada tahun ini lebih baik dari sebelum ini. Kalau kita tengok arahan supaya wajib dikerjakan puasa dalam bulan Ramadhan ada di dalam al-Quran. Tapi dalam surah yang sama arahan supaya dijalankan Hudud dan Qisas juga ada dinyatakan. Arahan ini adalah arahan yang datang sebelum arahan diwajibkan berpuasa. Namun orang kita buat tak kisah aje. Mungkin ada yang tak tahu pun atau mungkin ada orang yang nak buat supaya kita tak tahu. Malang betul orang yang berilmu tapi tak sampaikan ilmu tersebut kerana kepentingan peribadi.

Alhamdulillah puasa kat sini dapat dijalankan tanpa halangan. Kalau kita tengok minggu lepas di China sesiapa yang didapati berpuasa akan ditahan. Solat jemaah, tarawikh dan iftar jamai tidak boleh dibuat. Kalau ditangkap maka tindakan akan dikenakan kepada mereka. Sebab inilah bala’ yang Allah turunkan tak habis-habis kat China.

Puasa kat sini macam biasa tanpa bazar ramadhan, Jejak Rasul, rancangan masak-masakan, iklan raya dan bermacam-macam lagi. Di BIC disediakan Iftar (buka puasa) tiap-tiap hari. Ada saje orang yang akan menyumbangkan sama ada duit atau juadah berbuka puasa. Bila masuk waktu je hidangan kurma dan air susu dijadikan juadah utama. Kemudian Solat Mahgrib berjemaah dan lepas itu barulah dihidangkan nasi minyak berlaukkan kari kambing tanpa sayur. Tiap-tiap harilah makan lauk kambing. Sebab ini kontrak BIC sendiri kalau penyumbang menyumbangkan dalam bentuk duit. Menu akan bertukar bila ada orang lain yang menyedikan juadah seperti komuniti Melayu Islam Malaysia disini.

Sabtu lepas kami warga Melayu Islam Malaysia disini bergotong-royong menyedikan juadah berbuka. Menunya nasi minyak, kurma kambing + kentang dan sayur salad. Ketuanya siapa lagi kalau bukan Ustaz Nabir. Ustaz Nabir ni bekas Imam kat BIC. Dari pagi sampai petang buat kerja. Letih juga. Kambing beli dari Makro. Kambing dah siap sembelih, cuma tinggal nak melapah je. Halal lagi. Alhamdulillah tak susah nak dapatkan makanan Halal kat sini. Kalau nak ayam atau daging halal pun ada jual kat TIPAZA. Kedai orang Arab Islam. Kebiasaanya kalau juadah yang disediakan dari orang Malaysia, orang kat sini memang suka sebab sedap kot. Tapi kalau masak tu jangan lah masak pedas-pedas. Nanti habis lari orang lain sebab tak tahan pedas. Masa menghidang aku dah tak involve sangat sebab ramai orang Malaysia lain yang datang menolong. Masa tu barulah rasa dapat duduk rehat sikit. Kena pulak hari tu hujan dan berangin. Sejuk sungguh. Lepas ni ada 2 kali lagi kena sediakan juadah berbuka kat BIC.

Tarawikh…

Dah berapa hari aku tak menulis. Ingat nak tulis pasal puasa kat sini. Tapi banyak ngat pulak idea yang datang. Tak tau nak dahulukan yang mane. Hari ni dah masuk hari ke-8 puasa. Sedar tak sedar fasa pertama dah nak berlalu. Tinggal lah lagi 2 fasa malam yang seterusnya. Fasa pertama ini adalah fasa Rahmat. Fasa ke-2 fasa Keampunan dan Fasa ke-3 adalah fasa Keselamatan Dari Api Neraka.

Macam mana lah suasana Ramadhan di Malaysia. Aku rasa masih macam tu lagi dan yang paling aku pasti Bazar Ramadhan lebih meriah dari Tarawikh dan Tadarus al-Quran di Masjid. Macam-macam juadah dijual. Lebih pasar minggu lagi. Kalau nafsu besar, banyak lah benda nak dibelinya. Lepas tu kalau tak habis ke dalam tong sampah lah jawabnya. Kesian kat makanan tu dan yang dapat untung adalah peniaga-peniaga. Macam dah salah konsep Puasa sekarang ni. Kat sini tak adalah Bazar Ramadhan macam kat Malaysia. Tapi alhamdulillah suasana nak menyambut Ramadhan tu dirasai. Malam pengumuman nak puasa tu ramai sungguh orang kat BIC. Tak macam malam-malam yang aku pergi sebelum ni. Walaupun pelbagai bangsa tapi tetap merasakan keindahan ketibaan Ramadhan.

Tarawikh kat sini buat 20 rakaat. 3 imam diimport dari luar. 1 dari Mesir dan 2 lagi pelajar Tahfiz dari London. Otainya yang dari Mesir tu lah. Sheikh Saad namanya. Dia pernah ke Malaysia beberapa kali kerana dijemput menjadi hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa. Sembahyang kat sini simple aje. Lepas selesai 1 solat terus sambung 1 solat seterusnya. Takde dah zikir dan tahmid macam kat Malaysia. 1 hari 1 juzu’. Start sembahyang pukul 10.00 malam. Kalau kat Malaysia tu dah balik dah. Buka puasa kat sini dalam pukul 8.00malam, sahur pulak habis pukul 5.00pagi. Maka panjang lah waktu kami berpuasa kat sini. Alhamdulillah setakat ni tak de apa-apa masalah. Ok je. Lepas 8 rakaat, sembahyang akan diberhentikan seketika. Masa nie Sheikh Saad akan baca al-Quran dengan bertaranum. Teringat bacaan taranum dalam keset yang ayah aku selalu pasang macam kecik-kecik dulu. Sama je bunyi taranum dia. Siap ada hadirin yang akan sebut “Allah,Allah”. Indahnya Islam ini. Moga aku akan terus hidup dan dimatikan dalam Islam.

Nak Cari Kerja

Minggu lepas baru je aku dapat NI number. NI number ni adalah ‘National Insurance Number’ atau dalam bahasa Melayunya ‘Nombor Insurans Kebangsaan’. Betul kot. Aku buat kat Conor Building. Kalau kat kilang tu macam nombor pekerja lah. Sesiapa yang nak mohon kerja kat UK kene ada nombor ni. Tak kiralah sama ada dia rakyat Britain atau bukan. Memang wajib ambil nombor ni. Dia bertindak sebagai ID kepada perkerja kat sini. Salah satu tujuannya sebagai pemotongan TAX bila bekerja nanti.

Kalau nak kira Tax kat sini bukan macam Malaysia. Tax dia tinggi. Tengok kepada kadar gaji. Kalau basic gaji rendah maka rendah lah Tax nya. Tapi kalau gaji tinggi maka makin tinggi lah Tax nya. Kebanyakan orang Melayu kat sini kerja sebagai doktor. Diorang tak nak balik Malaysia lagi walaupun dari tajaan JPA. Basic gaji diorang mungkin 2500 Pound lebih. Banyak tu kalau darab dengan RM6.00. Tapi kadar Tax yang terpaksa dibayar 900-1000 Pound. Banyak jugak. Tax kat sini banyak digunakan untuk bantu orang kurang paya terutama warga emas. Diorang ni naik bas, train suma free. Banyak lah lagi keistimewaan untuk diorang. Semua perkhidmatan kesihatan, ubat-ubat semua free untuk penduduk kat sini. Tapi yang lecehnya kalau nak jumpa doktor kena buat appointment dulu dan setiap orang kena register dengan 1 orang doktor. Kalau tak register tak boleh. Tujuannya kalau seseorang tu didapati bermasalah maka doktor ni lah jadi rujukan sejarah penyakitnya.

Nak dapat NI number macam temuduga kerja. Mula-mula ambil appoinment dulu. Seminggu lepas tu baru interview. Masa interview tu semua lah benda nak. Bagi yang bukan warganegara memang kena ada pasport, visa. Disebabkan visa aku jenis Student Independent yang bermaksud aku datang dan tinggal disini sebab mengikut Zaujah aku yang sedang sambung belajar maka aku kena bawak offer letter zaujah aku, pasport dia dan surat nikah kami. Alhamdulillah dah translet surat nikah dan surat beranak aku kat mahkamah sebelum datang sini. Kalau tak puas lah orang putih tu nak translet bahasa Melayu. Selain tu Boarding Pass aku masa aku naik flight hari tu pun dia nak. Alhamdulillah ada simpan lagi. Offer letter rumah sewa, bil rumah, kad pengenalan, lesen memandu, surat beranak semua dia nak. Lepas tu masa interview tu bermacam-macam soalan dia tanya. Macam mane aku sampai ke rumah sewa aku pun dia nak tau. Naik flight ape, turun kat airport mane, then naik teksi bas semua kena cerita. memang detail sungguh. Doktor aku pun dia tanya siapa. Alhamdulillah kami dah register. Seminggu lepas tu baru lah aku dapat NI number. Maka boleh lah aku apply apa-apa kerja yang aku nak selagi mana ianya Halal dan tak memudaratkan aku dan keluargaku.

Ramadhan…


Alhamdulillah sekali lagi kita akan dapat bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun 1429 Hijrah ni. Doa tahun lepas supaya dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini dimakbulkan Allah, InsyaAllah. Bagi yang muda, usia yang ada digunakan sepenuhnya untuk mengaut segala keuntungan pada bulan ini. Bagi yang telah lanjut usia syukur kerana Allah masih lagi memberikan ‘subsidi’ nyawa kepada kita.

Kalau beberapa minggu lepas kita sibuk menonton Olympic Beijing 2008 mungkin kita akan tahu sedikit sebanyak bagaimana persediaan para atlik untuk memenangi acara yang disertai. Bayangkan begaimana mereka buat persediaan. Tiap-tiap hari buat training, makanan, tidur, kesihatan semuanya dikawal dan dipatuhi dengan penuh disiplin. Tujuanya hanya satu je, nak dapat ‘Gold Medal’. Semua tu dibuat selama 4 tahun. Bayangkan berapa lama 4 tahun tu. Kalau Perdana Menteri tu dah pegang 1 penggal pemerintahan. Banyak benda yang boleh dibuat. Ada atlik Team Great Britain(GB) yang lama tak jumpa anak isteri diorang semata-mata buat persediaan. Penuh dengan disiplin. Alangkah bagusnya kalau disiplin ini dapat diterjemahkan dalam bulan puasa yang akan datang nanti. Tiap-tiap malam adalah malam rahmat. Tapi kebanyakan kita hanya fikir pasal bukak puasa, bazar Ramadhan, dan sahur. Tu untung kalau fikir pasal sahur. Ada sesetengah yang tak fikir langsung. Lagi malang kalau ada yang tak puasa buat-buat puasa. Makan, minum, merokok celah-celah kayu dan celah-celah bundle macam kat kilang lama aku.

Minggu lepas pulak kita lihat bagaimana Permatang Pauh telah menerima berpuluh-puluh ribu kunjungan orang ramai demi PRK P44. Lihat bagaimana jentera-jentera dari ketiga-tiga parti bertanding berkempen siang malam. Dato Najib kalau tengok kat Buletin Utama tu kejap ada kat Pekan, kejap lagi ada kat Permatang Pauh, kejap lagi kat KL pulak. Macam ada magic pulak. Betapa semangatnya dia berjuang demi BN. Dalam satu klip video Youtube aku tengok petugas PAS tidur beramai-ramai dalam MPV pada waktu pagi. Mungkin baru sampai dan terlalu letih selepas pulang dari Muktamar. Bagus sungguh perjuangan orang berpolitik ni. Tapi alangkah bagusnya kalau semangat ini diterjemahkan ke dalam bulan Ramadhan nanti. Tentu banyak pahala yang diperolehi. Berletih, berhujan, berpanas, kelaparan demi mengaut ganjaran dari Allah.

Bulan ni semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya dan syaitan dirantai. Kalau tak percaya, dalam bulan ni senang je nak dapat khusyuk dalam sembahyang berbanding bulan-bulan lain. Wahyu supaya berpuasa ni bukan diturunkan kepada Nabi Muhammad sahaja, nabi-nabi lain pun ada juga. Tapi adakah mereka mengamalkannya? Memang dah tak ada lagi. Agama bagi mereka dah tak ada apa-apa. Maka beruntung dan bersyukurlah kita dengan nikmat yang Allah kurniakan ini. Moga kita sama-sama dapat mengaut segala ganjaran yang diberikan pada bulan ini. InsyaAllah

Indahnya Islam

2 hari lepas selepas aku solat jemaah Maghrib di Belfast Islamic Centre (BIC), aku berjumpa dengan seorang lelaki yang datang dari Kuwait. Fahd namanya. Tapi bukan King Fahd Arab Saudi tu. Aku ingat dia orang lama kat sini, rupanya dia datang dari mainland (Preston University). Tujuan dia datang sini untuk buat Postdoct dalam bidang Architecture kat Queens University. Postdoct ni orang yang dah habis buat Degree, Master dan PhD dan nak sambung lagi buat research. Memang orang yang betul-betul nak belajar lah ni. Dia datang ke sini nak tukar suasana baru. Sebab tue datang ke Queens University untuk jumpa supervisor dan dia pun tak berapa pasti sama ada memang akan sambung kat sini atau tak. Kene buat istikharah dulu. InsyaAllah kalau ada rezeki dia akan datang ke sini balik.

Apa yang indahnya Islam disini? Bagi aku Islam boleh menghubungkan aku dengan orang, bangsa diseluruh dunia. Kalau nak ikutkan bangsa, setakat mana bangsa Melayu yang ada. Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Cukup ke bangsa nia nak kembang? Bagi aku bangsa memang penting tapi Islam itu lebih penting kerana bangsa tak menjamin kebahagian kita dunia dan akhirat tapi Islam ada segala-galanya. Sebab itu kalau orang membicarakan pasal bangsa ni, hati aku tak berapa tertarik. Hati aku lebih tertarik dengan Islam. Seperti di BIC, orang yang datang dari merata dunia dan berbilang bangsa. Dari sini aku merasakan satu ikatan yang kuat dengan mereka. Ini kerana kita bersolat menghadap 1 kiblat dan 1 tuhan yang sama. Sebab itu bila aku berborak dengan Fahd, wihdatul fikh dan wihdatul amal itu dapat aku rasakan. Dia banyak berbicara tentang Islam. Suasana umat Islam sekarang dan bagaimana nak tarik orang bukan Islam minat dengan Islam menjadi bahan bualan kami. Dia bercerita yang dia mintak sorang kawan dia yang bukan Islam mendengar 1 awat dari al-Quran. Kawan dia ni kaki muzik. Dia mintak kawan dia tutup mata dan dia bacakan ayat kursi dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Lepas tu dia bagi rangking antara 1-10 berapa dia nak bagi. Kali pertama kawan dia bagi 6. Lepas tua dia bacakan ayat dari surah al-Baqarah. Kali ni kawan dia bagi 9. Kawan dia cakap dia tak pernah dengar muzik sebegitu indah. Akhirnya dia bagi tau yang muzik yang dia dengar tadi adalah ayat-ayat al-Quran.

Begitu indahnya Islam ini. Kalau dihayati, menjiwai pasti kita akan sentiasa tertarik dangan nya. Persoalannya, adakah kita menghayatinya? adakah kita menganggap bangsa yang utama? Adakah kita nak biarkan orang Islam terus leka? Tepuk dada tanya Iman…Betapa Indahnya Islam itu kerana Islam berada di seluruh dunia dan akan teru kekal hingga hari kiamat. Moga kita akan selalu berada di atas lindungan Allah sehingga akhir hayat kita di dunia ini. amin…

Fishing Trip

Bumi Belfast merupakan kawasan yang berhampiran dengan laut. Laut ape pun aku kurang pasti. Cuba juga tengok dalam Google World tapi tak jumpa. Pada 19 Julai 2008 lepas, atas inisiatif Ustaz Nabil satu program memancing telah diadakan. Peserta adalah dikalangan penduduk-penduduk Melayu yang tinggal di Belfast dan sekitarnya. Iklan tentang program ni diperolehi dari Zaujahku melalui kawannya dan Yahoo Group QMC. Bila tau penyertaan nak tutup je cepat-cepat zaujahku mendaftar nama kami berdua. Kat sini ada lebih kurang 70 hingga 80 orang Melayu Malaysia.

Baru je 1 minggu aku kat sini. Cuaca kat sini masih baru bagi aku. Walaupun dalam musim ‘Summer’ tapi sejuknya lebih dari musim hujan kat Malaysia. Kadang orang pelik tengok aku pakai Jumper atau sweter bila keluar rumah. Mungkin bagi diorang panas kot. Cahaya matahari memang panas, tapi bila angin bertiup jek mula rasa sejukannya. ‘Fishing trip’ yang diadakan adalah pada hari Sabtu. Kami mula bertolak ke rumah Ustaz Faisal pada jam 2.00 petang. Alhamdulillah aku dan zaujah dapat tumpang kereta Azman untuk pergi kerumah Ustaz. Kalau tak jauh jugak nak menapak. Lepas diagih-agihkan kenderaan untuk pergi ke Carrickfergus, maka kami berdua pun naiklah dengan Ustaz Khalid. Ramai sungguh ustaz kat sini. Mula-mula aku ingat diorang ni semua bekerja sebagai ‘Ustaz’ kat sini. Rupanya ada yang ikut isteri mereka belajar kat sini macam aku. Ada jugak yang merupakan bekas Imam di Belfast Islamic Centre dan ada jugak yang jadi Imam part time kat Belfast Islamic Centre. Belfast Islamic Centre merupakan masjid bagi orang Islam kat sini. Besarnya tak lah sebesar masjid-masjid kat Malaysia. Tapi mungkin jugak lebih kecil dari surau-surau kat Malaysia. Mungkin juga lebih kecil lagi dari Masjid Kristal di Terengganu yang memang dari pandangan aku kecil sangat. Dah la kecil tak boleh buat sembahyang Jumaat pulak. Nie nak panggil Masjid atau Surau Kristal. Tah lah, terpulanglah pada penduduk-penduduk Terangganu. Jangan marah yek. Berbalik pada ‘Fishing Trip’, sampai jek kat Carrickfergus, tengok-tengok ramai je orang kat sana. Rupanya ade orang ade buat ‘function’ kat situ. Mula lah bermasalah untuk mencari tempat parking. akhirnya dapat jugak tempat parking. Sebelum naik bot, aku mula rasa nak buang air kecik. Dalam bot nanti duduk dalam 4jam. takkan nak buang sesuka hati jek atas bot tue. Kebetulan pulak Ustaz Khalid pun nak cari tandas, akhirnya aku ikut dia masuk ke satu Bar. Bedal ajelah, aku bukan gi minum air kat situ tapi cari tandas. Alhamdulillah tandas tak berbayar.

Pada awalnya 4 bot telah ditempah untuk pergi memancing, tapi akhirnya hanya 3 bot sahaja yang boleh digunakan. Ustaz Nabil berurusan dengan Andrew. Sebelum ni pun pernah diadakan ‘Fishing Trip’ tapi hanya bot Andrew sahaja yang digunakan. Selepas semua selesai, maka bermulalah perjalanan memancing kami. Benda yang paling aku takut masa atas bot ni mabuk laut. Zaujah aku yg paling aku risau. Maklumlah org darat tak pernah dok laut. Tapi alhamdulillah ok semuanya. Terasa juga bahaya bila kena pukulan ombak. Mula-mula aku rasa memang tak dapat ikan. Dah 3, kali tukar tempat tapi sekor ikan pun tak dapat. Kat sini tak pakai umpan macam kat Malaysia. Mata kail dia ada 3-4 mata. Umpan dia rambu-rambu yang meghelip-ghelip je. Makin lama tunggu makin tak dapat. tangan nak lenguh dah memancing. Cara memancing dia angkat, lepas tu turun, then angkat,turun,angkat,turun, angkat, turun….. Sampai lah terasa berat masa nak angkat. Tu tandanya dah dapat ikan. Jam dah pukul 6.00petang. Turun tadi pukul 3.30petang. Dalam hati terasa memang tak de dah dapat ikan. Macam tak de skill memancing. Dalam bot ni ada sensor yang boleh detect ikan kat bawah. Mata aku asyik tengok je monitor sensor tu. Tapi tak tau lah betul ke tak sensor tu. Alhamdulillah tak lama lepas tua dapat la sekor ikan. Tupun dah 4,5kali tukar tempat. Tak lama lepas tu aku dapat 3 ekor sekali. Akhirnya aku barjaya tangkap 5 ekor semuanya. zaujah aku dapat sekor je. Hihihi..

Pukul 7.30 petang kami mula mendarat. Ikan semua sekali dapat 37 ekor. Siap siang lagi. Aku menggunakan skill menyiang ikan aku. Tak sia-sia belajar menyiang ikan kat rumah aku. Maklumlah kat rumah aku ada 2 kolam ikan. Ayah aku yang menternaknya. Tak lama lagi boleh la jadi tokey ikan pulak lepas pencen nanti. Masa menyiang, semua sisa-sisa, isi dalam ikan tu di bagi pada burung Camar. Aku tak pernah tengok burung ni. Selalu dengar bunyi dia kat tv jek. Kat sini dapat dengar dan tengok dengan jelas. Rasa macam tengok tv plak bila dengar bunyi dia. Kemudian kami bertolak ke rumah Abg Jamal. Rupanya isteri dia Puan Zarina pernah mengajar aku kat Universiti dulu subjek Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Kalau orang kilang sebutnya DOSH. Kecik sungguh dunia ini. Pusing-pusing kat situ jugak.

Malam tu kami buat BBQ daging burger, ikan bakar, laksa dan macam-macam kuih lagi. Tak termakan rasa. Rumah Abg Jamal ni luas. 2 tingkat, ada ruang belakang, tapi harga sewa rumah dia mahal 5pound je dari rumah aku. Mungkin sebab kawasan yang dia duduk tu bukan kawasan tumpuan sangat. Malam tu aku rasa sejuk sangat sampai menyengat kat tulang sum-sum aku. Tapi aku tengok orang lain releks je lepak kat luar. Mungkin aku baru nak biasakan diri kot. Maklumlah baru 1 minggu kat sini. Nak ambil air sembahyang pun sejuk. Diorang cakap masa winter nanti lagi sejuk. Tak tau lah aku macam mana nak hadapi. InsyaAllah bolah rasanya. Malam tua kami balik pukul 12.00malam. Macam baisa lah tumpang kereta Azman. Kebetulan pulak rumah dia selang 5 rumah je dari rumah aku. Sampai rumah terus tidur. Letih teramat sangat. Inilah satu lagi pengalaman baru yang aku perolehi dibumi UK

Salam Perkenalan…

Assalamualaikum wrbt…

Alhamdulillah syukur akhirnya dapat juga aku membuat blog dan sekarang tibalah masa aku menjadi blogger. Blog ini sekadar berkongsi cerita, pengalaman, dan lontaran pandangan. Bukan sehingga menggugat kerajaan Malaysia yang ada sekarang. Buat pengetahuan semua, penulis merupakan seorang yang baru sahaja berhijrah ke Belfast, Northen Ireland, United Kingdom. Tujuan berada disini mengikut zaujah tercinta yang sedang menuntut disini.

Migrasi Ke Belfast, United Kingdom

Tanggal 19 Julai 2008 jam 11.40mlm merupakan pengalaman pertama menaiki Flight dan berhijrah ke negara orang putih ini. 12 jam dalam flight sebelum tiba di Heathrow Airport, Londan. Lapangan terbang ini merupakan salah sebuah lapangan terbang yang tersibuk di dunia. Bangga dapat sampai di sini. Setibanya di sini, terus ambil Connnecting Flight ke Belfast. Sebelum check-in ke Belfast, kena lalui pemeriksaan Imigrasen dahulu. Alhamdulillah semua setel, cuma kena buat Health Control dulu sebelum dapat cop dari Imigrasen UK. Selepas semua selesai dan berjaya melepasi semua ‘halangan’ baru lah dapat pergi ke Gate 2 untuk menunggu 4 jam di Terminal 1 sebelum ke Belfast. Cuaca panas dan baik rasanya walaupun keadaan badan tak berapa stabil sebab tak cukup tidur dalam flight agaknya. Mana taknya, kali pertama naik flight. Dah la flight malam, tepi tingkap pulak tue. Jadi berbelah bagi sama ada nak tengok filem-filem yang disediakan oleh pihak MAS atau nak tengok kebawah melihat negara-negara seperti Kazakhstan, Turkistan, Poland, German, Ukraine dan lain-lain. Walaupun gelap tak nampak apa-apa cuma cahaya lampu rumah, jalan, dan bangunan sahaja yang nampak, tapi tetap puas hati dapat lihat sendiri negara orang.

Jam 11.00 tengahari barulah menaiki 2nd flight ke Belfast. Kali ni naik BMI(British Midland) pulak. Rasa macam naik bas kat Malaysia jek. Mana taknye, bergegar, kecut perut dan bermacam-macam perasaan lagi. Mungkin pilot BMI ni tak secermat pilot MAS yang bawak flight dengan penuh kelembutan. Dalam 12.15 tghri sampai la ke Belafast Airport. Nak kena collect laguagge pulak. Sampai kat sini dah terasa kesejukkan nya. Lama juga tunggu beg ni. Antara orang yang terakhir juga yang dapat. Alhamdulillah, ada orang dalam 1 minggu pun masih lagi tak dapat laguagge diorang. Mungkin tersesat ke tempat lain kot. Keluar jek dari pintu Arrival, terus nampak zaujah tersayang tengah menunggu. Lama juga dia tunggu. Bertemu jugak selepas 3 bulan lebih berpisah. Rindu tu Allah sahaja yang tahu. Dari airport kami mengambil bas ke City Centre dan teksi ke Wellesley Avenue. Terasa penat juga badan. Alhamdulillah zaujah dah sediakan makan tengahari. Kenyang rasanya lepas tu. Ada jemputan ke rumah Dr. Saiful tapi tak dapat pergi sebab dah terlalu letih sangat.

Cukuplah sekadar itu salam perkenalan dan sedikit perkongsiaan cerita tentang migrasi ke Belfast, UK

  • Pages

  • Meta