Archive for September 11th, 2009|Daily archive page

Pantasnya Ramadhan Berlalu

Ramadan

Sedar tak sedar hanya tinggaal 10 hari terakhir je sekarang ni. Apa lah yang dibuat dengan 20 hari yang pertama? Bila renung balik memanglah kita buat amalan setiap hari tetapi rasa macam masih tak cukup. Banyak lagi yang tak dikerjakan dengan masa 24 jam yang Allah bagi.

Sedikit perkongsian tentang Ramadhan ke-2 ku di perantauan.Permulaan Ramadhan agak bercelaru dengan 2 pendapat mengenai permulaan puasa. Imam BIC, Syeikh Anuar mengistiharkan 21 August 2009 sebagai permulaan berpuasa. Ini berdasarkan Majlis Fatwa Ulama Eropah dan Dublin Mosque. Satu lagi pendapat menyatakan puasa sebenar jatuh pada 22 August 2009 iaitu hari yang berikutnya. Maka wujudlah 2 kelompok yang berpuasa berlainan hari. Runsing apabila memikirkan kesatuan umat Islam. Sedangkan komuniti yang kecil ni pun dah berbeza pandagan dan pendapat apatah lagi kalau melibatkan dunia Islam. Bagi kami komuniti Melayu disini, ikut lah pendapat Imam yang ada. Bukanlah mempertahankan hujah dan pandangan masing yang penting, tapi kesatuan dan penyatuan umat Islam ini yang paling penting. Perkara yang sama juga pernah berlaku pada 1 Syawal tahun lepas.

Alhamdulillah kemudahan beramal dan berbuat kebajikan banyak dan melimpah ruah disini. Tarawih memang dah menjadi kewajipan setiap malam di BIC. Seperti tahun lepas, 3 hufaz di import untuk mengimamkan solat tarawih disini. 2 datang dari London dan seorang dari Mesir. Syeikh Mesir ni, syeikh yang sama datang pada Ramadhan tahun lepas. Biasanya dia akan mengimamkan 8 rakaat yang pertama dan selepas itu diikuti dengan bacaan taranum. Lepas tu barulah disambung kepada 2 hafiz lagi.

BIC mengadakan majlis berbuka puasa setiap malam. Setiap malam adalah nasi mintak berlaukkan daging ayam atau kambing. Aku jarang berbuka di BIC sebab zaujah aku rajin memasak, alhamdulillah. Seperti tahun sebelum ini, kami komuniti Melayu sekali lagi menyediakan juadah berbuka. Bagi kaum wanita dan ibu-ibu, mereka membuat kuih karipap, ketayap dan popia manakala bagi kaum laki dan ayah-ayah, kami memasak nasi minyak berlaukkan daging kurma kambing. Alhamdulillah rata-rata memuji masakan Malaysia. ‘Lazizah’, ‘jamil’ dan bermacam-macam lagi pujian. Inilah kelebihan warga Malaysia disini. Orang Arab, Somalia, Algeria, Pakistan, India, Filipina dan macam-macam negara lagi memuji masakan Malaysia. Masakan Malaysia sentiasa ditunggu untuk Iftar setiap tahun.

Selain berbuka, kami juga selalu mendapat jemputan berbuka dirumah rakan-rakan disini. Secara tak langsung ukhuwah dan tali persaudaraan tu menjadi semakin erat. Ini lah kelebihan apabila berada di sebuah negara lain dan dalam komuniti dan kelompok yang kecil. Alhamdulillah

  • Pages

  • Meta