Aidiladha di Belfast

Bertemu kembali di entri ini. Lama dah tak menulis rasanya. Kadang-kadang ada idea, kadang-kadang tak ada idea. Tu la sebabnya lama tak menulis. InsyaAllah jika diberi kekuatan jari untuk menaip maka banyak la khabar berita dari perantauan.

2 minggu lepas sudah berlalunya Aidil Adha. Kali pertama menyambut diperantauan dan kali ke-3 menyambutnya bukan bersama keluarga di Lipis. 2 kali sebelum ni sambut di Johor semasa belajar di Universiti.

Aidiladha kali ini disambut tak semeriah Aidilfitri baru-baru ni. Aku terpaksa berkerja semasa Aidiladha baru-baru ni. Ni semua disebabkan bos nak kejar output supaya semua pakaian diproses dan sedia untuk dipamerkan. Semuanya gara-gara krismas yang bakal disambut 2,3 hari lagi.

Malam raya, Queens Malay Club (QMC) menganjurkan takbir raya. Disebabkan Malaysia Student Centre (MSC) tak boleh digunakan maka program diadakan di rumah Ust Faisal untuk muslimin dan rumah Hazimin bagi muslimat. Lepas habis takbir seperti biasa sedikit jamuan berat dihidangkan.

Pagi Aidiladha  sembahyang raya tak diadakan di BIC. Hanya sekali sahaja dibuat iaitu di Shafetbury Recreation Centre. Kalau Aidilfitri lepas dibuat 2 kali. Pagi tu dalam 8.30 pagi di BIC dan yang ke-2 di Shafetbury Recreation Centre. Sebab kenapa tak dibuat sembahyang raya awal pagi kerana subuh habis dalam 8.30pagi. 45 minit lepas tu barulah boleh dibuat solat sunat Aidiladha. Manakala solat di Shafetbury Recreation Centre dibuat dalam pukul 10.00 pagi. Jadi bezanya hanya 45 minit. Alang-alang biar buat terus pukul 10.00 pagi di Shafetbury Recreation Centre.

Aku masuk kerja pukul 9.00 pagi. Cuma pagi raya tu aku dan rakan sekerja (Malaysian-Muslim) mintak masuk dalam pukul 10.00 pagi. Kami buat solat di Malone Square rumah Ust Khalid. Habis solat terus menjamu selera dan pergi kerja.

Malam hari raya pertama pulak Abg Roslan mengadakan House Warming di Eglantine Garden sempena kehadiranya sebagai warga baru di Belfast. Malam tu disajikan nasi minyak, kari ayam, ayam goreng dan beberapa juadah potluck dari tetamu yang hadir

Hujung minggunya pulak diadakan Sambutan Aidiladha yang di anjurkan oleh Queens Malay Club (QMC) di Morton Community Centre. Semua warga Malaysia dan beberapa Muslim setempat dijemput. Malam sebelum sambutan diadakan kami bergotong-royong di rumah Taufiq and De Gang menyiapkan Nasi Bukhari, Kari Kambing, Acar dan yang paling special Lamb Shajji. Jumlah keseluruhan kambing yang dikorbankan pada tahun ni 9 ekor. Aku balik ke rumah dalam pukul 1.30 pagi. Tu pun lepas tong gas dah habis gas. Kalau tak pukul 2, 3 pagi baru balik.

Hari Ahad Dr Saiful dan Dr An pulak mengadakan open house. Juadah sajian Nasi Minyak, Kambing Golek, Acar Timun dan bermacam-macam lagi pencuci mulut seperti aiskirim, kek, jelly.

Alhamdulillah di kesempatan keraian yang diadakan ini dapat mengeratkan ukhuwah di antara warga Malaysia di Belfast. Susah nak bertemu antara satu sama lain pada hari-hari lain disebabkan kesibukan sebagai student, doktor, pekerja dan suri/sura rumah. Moga ukhuwah yang dibina akan berkekalan sehingga pulang ke tanah air nanti.

Disini disajikan beberapa keping gambar:

Takbir2

Malam Takbir di rumah Ust Faisal

Takbir1

Malam Takbir

Sambutan

Solat berjemaah sebelum jamuan makan di Morton Centre

Sambutan3

Aktiviti mengagih lauk

Sambutan2

Hadirin menikmati jamuan makan

6 comments so far

  1. NS on

    ehem2..terima kasih kat tukang ambik gambar…

  2. aisyah on

    mana gmbo kak nini? x nmpak pon…huhuhu

  3. as-sa'adati on

    kat sana kambing…kat sini lembu…

  4. NS on

    gambar ku tiada sebab daku lah pengambil gambar..cian..

  5. hadi on

    salam nak tanya…saya akan ke belfast bulan september ni utk continue my master…sape2 yg bole tolong pasal accomodation…huhu, pls help me

  6. musafir03 on

    Salam Hadi,

    Boleh bagi no kontek hadi atau facebook hadi..nanti saya link kan dengan kawan2 kat sane


Leave a comment

  • Pages

  • Meta