Archive for October, 2008|Monthly archive page

JEBAT dalam kenangan

Minggu lepas JBT 6287 dah kene jual dengan harga RM3000. Ni lah kereta yang aku mula-mula pakai. Kereta ni mak yang punya. Lepas tu passing ke Abg Long, Lepas tu baru passing kat aku. Kereta warisan lah tu. Lepas aku tinggalkan Malaysia tak de orang pun pakai. Cuma jadi mainan Ilman petang-petang. So ayah dan mak buat keputusan untuk jual.

Ni lah JEBAT dalam kenangan

Kali terakhir kelihatan

Dari -7 ke -8

Hari ni hari Ahad terakhir dalam bulan November Oktober tahun 2008. Kebiasaannya bila tiba ahad terakhir bulan November Oktober, jam 12.00 malam, waktu akan ditolak 1 jam maka waktu bertukar kepada 11.00 malam. Bermakna akan ada 2 kali jam 12.00 malam. Keadaan ini juga dipanggil “Daylight Saving”. Kalau sebelum ni beza dengan Malaysia -7 jam sekarang bezanya dah jadi -8 jam. Kenapa berlaku? Aku pun tak pasti. Tapi yang pasti ini menandakan dah nak masuk musim winter. Atau mat saleh kat UK ni malas nak bangun pagi-pagi pergi kerja kot sebab sejuk sangat. Siang lebih pendek dari malam. Nanti beza antara zohor dengan asar 1 atau 2 jam je. Maghrib masuk awal. Itulah kebesaran Allah menjadikan dunia ini dengan pelbagai cara dan ragam. Subhanallah…

Aku dah seminggu start kerja. Kerja kat sportworld.com. Bunyi macam kedai internet atau komputer tapi kedai jual pakaian, aksesori sukan je. Kalau nak jersi original macam MU, England, Chelsea dan lain-lain boleh lah tempah. Satu jersi original dalam 30-45 pound. Kalau darab dengan 6 adalah dalam RM 180 – RM 270. Kerja aku gantung baju, sangkut, bubuh kiub saiz baju dan lekatkan pin dekat baju yang berharga lebih dari 8.01 pound. Masuk jam 9.00 pagi abis dalam pukul 1.00 tengah hari. Kalau habis kerja cepat pukul 12.00 tengah hari boleh balik dah. Satu jam dibayar 5.80 pound. Tak banyak. Lagipun part-time je. Kerja 5 hari seminggu. Kira ok lah. Boleh jugak sembang-sembang dalam bahasa Mat Irish. Tapi banyak juga sembang-sembang dalam bahasa melayu sebab ada 3 lagi orang Malaysia yang kerja kat situ. Hehehe.

Tiap-tiap pagi keluar rumah jam 8.30 pagi. Tumpang kereta Ustaz Khalid. Selama ni tak pernah kena cuaca ngn angin pagi sebab tak pernah keluar rumah pagi-pagi. Bila dah selalu kena maka antibodi dalam badan aku pun tak cukup kuat. Maka Allah turunkan penyakit demam dan selsema kat aku. Alhamdulillah Allah masih ingat aku. Rasa demam paling teruk yang aku kena semenjak aku datang ke sini. Jemputan Open House banyak lagi. Aku tak pergi dah. Kirim Zaujah aku je yang pergi. Kalau keluar karang rasa sengat sejuknya. Karang lambat pulak sihatnya.

Kerja lah

Sejak duduk kat UK ni aku duduk tengok berita, cerita, iklan orang putih je. Mane ade iklan orang Melayu sini. Bagus jugak, dapat aku improve english aku. Kadang-kadang sambil tengok iklan kalau ada perkataan aku tak paham terus bukak kamus. Dulu-dulu tak nak ‘improve’kan english. Sekarang baru tau langit tinggi rendah. Tapi tak pe, masa masih ada. Boleh la kalau nak kaut seberapa banyak ilmu kat sini. InsyaAllah.

Cakap pasal ilmu ni teringat pulak dengan suasana ekonomi dunia yang tak tentu arah sekarang ni. Berita tiap-tiap hari cerita bab ekonomi dunia. Mula-mula dulu ekonomi dunia dan ekonomi AS. Sekarang ni ekonomi UK pulak. Ini bermakna kesan kejatuhan ekonomi AS dah merebak ke UK dan seluruh dunia. Kejap-kejap AS ‘Bail-out’ lepas tu UK pulak ‘Bail-out’. Aku pun tak paham ape kebenda ‘Bail-out’ tu. Aku pun pelik macam mana ekonomi boleh jatuh sedangkan manusia yang menguruskan semua benda ni. Akhirnya terjawab segala persoalan lepas aku berborak dengan Ustaz Nabir pasal ekonomi kat BIC hari tu. Aku pun ada baca artikel tentang ekonomi dunia di laman web Ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.net). Ditulis dengan jelas dan mudah difahami oleh orang macam aku yang tak ambil bidang ekonomi atau apa-apa yang berkaitan. Semuanya berpunca dari hutang-piutang rakyat biasa yang meminjam duit dari bank-bank untuk membeli rumah dan lain-lain. Kalau pemiutang sorang dua tak pe, tapi pemiutangnya ramai dan nilainya tak main lah ratus ribu tapi ratus juta. Nilai terlampau besar dan bank-bank tak mampu lagi menanggung beban hutang pemiutang yang tinggi. Maka ada bank terpaksa gulung tikar seperti Lehman Bank, dibeli oleh syarikat swasta dan yang paling besar di ambil alih oleh kerajaan demi menyelamatkan ekonomi negara meraka seperti AS dan UK. Dari sini lah timbul “Bail-Out” tu. Jatuhlah ekonomi Kapitalis yang dibangga sangat oleh barat dan berbangga lah Sosialis dengan kejatuhan ini. Dari sini lah aku dapat sedikit sebanyak ilmu tentang ilmu ekonomi. Tapi hakikanya kaedah Ekonomi Islam juga yang terbaik tapi puak-puak ni tak mahu ikut. Semuanya sebab tamak, haloba dan mengaut keuntangan semata-mata

Kelmarin aku tengok berita, statistik pengangguran kat UK dah mencecah 1.79 million orang. Dijangka jumlah ini akan meningkat 2 million sehingga December nanti kesan dari kejatuhan ekonomi dunia. Aku pun risau jugak sebab aku pun tak dapat apa-apa kerja lagi. Kerja dah banyak mintak. Mesti Goverment UK akan bagi keutamaan pada rakyat dia dulu. Tapi Allah maha kuasa. Semalam aku ade interview kat kedai jual pakaian sukan, SportDirect. Kat kedai ni dah ada 3 orang Malaysia yang kerja kat sini. Ustaz Khalid, Mansur dan Gopal. Lepas interview dengan Kevin, dia akan bagi tau keputusan samada Khamis atau Jumaat. Tadi masa kat masjid Kevin talifon aku dan bagi tau aku boleh start kerja Isnin ini. Alhamdulillah, aku dapat juga kerja setelah bergelar ‘Sura Rumah’ sepenuh masa selama 3 bulan. Moga rezeki yang Allah bagi ini diberkati dan dirahmai-Nya…..amin

Syawal dan Mak Andak

Lama dah tak menulis bercerita mengenai perkembangan disini. Syawal masih lagi terasa sebab masih dalam proses menghabiskan puasa 6. Hujung minggu pulak ada jemputan Open House. Sekarang daun-daun mula menguning dan berguguran menandakan dah masuk autumn. Dulu masa zaman sekolah kalau lalu kat bawah pokok Akasia yang daun dah gugur dan siap sedia nak ditebang terasa macam duduk kat oversea je. Ha sekarang memang dah merasa dah. habis autumn masuk pulak winter. Time ni kalau bernasib baik merasa lah salji. Kalau tak rasa sejuk je lah.

Subuh habis lewat sekarang ni dalam pukul 7.50 pagi. Tak lama lagi makin lewat lagi. Maghrib pulak masuk dalam 6.30 petang. Tak lama lagi makin awal masuk maghrib. Jadi kalau puasa sunat 6 sekarang ni untung la sebab maghrib masuk awal. Kalau dulu masa awal Ramadhan maghrib masuk lewat dan lama masa berpuasa.

Pada 2 Syawal yang lepas dalam pukul 7.45 petang aku dapat sms dari adik aku, Nurul. Dalam sms tu ‘Mak Andak dah tak de. Meninggal pukul 2.15pagi’. Aku dan zaujah pun terperanjat. Mula fikir Mak Andak yang mana satu. Takkan Mak Andak dekat rumah aku tu. Sebelum ni tak de pulak cakap yang Mak Andak sakit masa aku call, YM dengan adik-adik aku sebelum Aidilfitri dan 1 Syawal hari tu. Aku tak puas hati terus aku call rumah. Nurul angkat talifon. Suasana kat rumah tu bunyi riuh, padahal waktu tu jam 2.50 pagi waktu tidur kat Malaysia. Aku dah agak Mak Andak yang mana satu. Mak sedara aku yang rapat dengan kami adik beradik. Rumahnya seberang je dari rumah kami. Innalillah hi wainna ila hirajiun….. Selepas solat Mahgrib aku dan zaujah membacakan Yassin untuk Arwah Mak Andak. Terasa kehilangannya kepada aku. Kali terakhir aku berjumpa Mak Andak adalah dirumahnya sebelum aku berangkat ke Belfast.

Mak Andak ini adalah adik kepada ayahku. Ni lah mak sedara yang betul-betul rapat dengan kami adik-beradik. Dari kecik sampai besar. Ingat lagi masa duduk kat Sekolah Menengah Padang Tengku tiap-tiap hari Jumaat Mak Andak akan datang ke rumah kami menjenguk dan bawa aiskrim. Masa tu Mak Andak mengajar kat Sekolah Rendah belakang rumah kami. Mak Andak merupakan mak sedara dan ustazah aku. Pernah mengajar aku Pendidikan Islam masa darjah 2. Masa kenduri kahwin Abg Long, Abg Ngah dan aku Mak Andak ni lah yang banyak membantu mak dan ayah aku. Terima kasih Mak Andak.

Mak Andak meninggal semasa dalam tidur. Meninggal secara mengejut. Sebelum ini Pak Sedara aku, Pak Encik meninggal secara mengejut juga. Kedua-dua mereka meninggal pada hari Jumaat. Jenazah Mak Andak dikebumikan sebelum solat Jumaat. Moga Allah meletakkan Mak Andak dikalangan orang-orang yang beriman…AMIN. Al-Fatihah

1 Syawal di Belfast

Alhamdulillah kita dah berajaya melepasi tarbiah Ramadhan pada tahun ini. InsyaAllah kita pohon dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Sedikit coretan mengenai Aidilfitri disini. Tahun ni tahun pertama aku dan zaujah beraya bersama setelah bergelar ‘hushband and wife’. Tahun ini juga merupakan kali pertama aku beraya di luar negara dan bukan bersama family di Kuala Lipis. Habis je hari ke-30 puasa kami beramai-ramai berkumpul di Malaysian Student Centre berbuka puasa secara ‘pot luk'(bawa sikit-skit setiap orang), solat berjemaah dan bertakbir beramai-ramai. Tapi ada golongan tertentu disini telah merayakan Aidilifitri pada hari ke-30(30 September 2008) Ramadhan. Kat sini tak de Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja cuma ada Majlis Fatwa SeEropah je. Majlis Fatwa SeEropah telah menetapkan Aidilifitri jatuh pada 1 Oktober 2008. Alasan mereka yang raya awal ni kerana mengikut Mainland (London dll). Pada mulanya kami pun konfius nak sambut Aidilfitri ni bila. Alhamdulillah terdapat beberapa Ustaz disini yang meletakkan ilmu sebagai ukuran maka kami bersama-sama mengikut seperti yang diumumkan oleh Belfast Islamic Centre (BIC).

Solat sunat Aidilfitri diadakan 2 kali. Pertama pada pukul 8.30pagi di BIC dan kedua pada pukul 10.00pagi di Shaftesbury Recreation Centre. Tujuan buat 2 kali kerana disini takde cuti umum bagi menyambut Aidilfitri. Maklumlah bukan negara Islam. Jadi orang yang bekerja dan tak dapat/tak nak cuti dan student University yang ada kelas pagi boleh datang solat sunat Aidilfitri di BIC. Jumlah yang datang pun tak ramai sekitar 30 orang. Shaftesbury Recreation Centre ni dewan tempat orang bersukan. Rasanya macam padang futsal. Tempatnya luas dan boleh menampung ramai ahli jemaah yang ingit bersolat. Tu pun tak muat dah. Sembahyang berhimpit-himpit.

Selesai solat Aidilfitri, pihak BIC ada menganjurkan program bagi sesiapa yang nak join untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Antara program Face Painting, Clown’s Show, Wall Climbing, Lazer Quest (macam Paintball tapi tak sakit sangat macam Paintball), Ice Skating dan Indiana Land. Semua kos program ni ditaja oleh Gavorment UK sini. Kami memang tak pergi program ni sebab ada jemputan rumah terbuka.
Balik je rumah kami berposing-posing dan bergambar kenangan. Maklumlah kali pertama raya bersama. Lepas tu kami ke rumah Azman (Phd Chemistry) dan Kak Linda. Rumah diorang ni selang 5 rumah je dari rumah kami. Lepas tu ke rumah Ramzan dan Kak Aida (Phd Pharmacy). Rumah ni pulak tingkat 2 atas rumah Azman.

Lepas tu kami di jemput pulak ke rumah Ustaz Khalid dan Kak Faiz (Phd Chemistry) kat Malone Squre. Habis rumah Ustaz Khalid baru lah ke Open House Ustaz Faisal dan Kak Ucu (Doctor). Malam nya pulak ke rumah Abg Din dan Kak Fuji (Phd Electrical) kat Carrickfergus. Puas juga beraya. Merasa lah susasan raya macam kat Malaysia. Semua juadah ada. Ketupat, rendang, lemang, nasi himpit, kuah kacang, satay, kuih raya, biskut raya, nasi dagang dan air raya. Cuma satu je tak de. Ketupat Daun Palas. Alhamdulillah kemeriahan tu tetap dirasai. Lepas ni ada lagi jemputan Open House setiap hujung minggu. Student undergrad pun dah ramai balik dari cuti summer. Makin meriah lah lagi InsyaAllah.

  • Pages

  • Meta