Archive for July, 2009|Monthly archive page

Jersey, Replica, Jersi Bola

Bulan ni semua kelab-kelab bola gergasi melancarkan jersi baru masing-masing. Tak kira lah ‘Home Jersey’ atau ‘ Away Jersey’ atau ‘Training Kit’. ‘3rd Jersey’ tak nampak lagi. Mungkin bulan depan kot ‘launching’. Aku yang bekerja di kedai sukan ni sibuk lah dengan memproses baju-baju mengikut tarikh ‘launching’. Nak kena bubuh sampai 3 tag. Takut kena curi lah tu. Sebab tu bubuh banyak tag. Habis proses terus hantar ke office.

Macam biasa lah baju jersi yang biasa berharga £35 untuk dewasa. budak-budak punye £28. Kalau ada nama kat belakang atau berlengan panjang maka harga lagi mahal. Sponsor utama sape lagi kalau bukan Adidas dan Nike. Adidas taja Chelsea, Newcastle United, Liverpool, Real Madrid. Nike pulak menaja Manchester United, Arsenal, Barcelona, Celtic. Kalu tengok jenis pattern kain dua sponsor ni berbeza sungguh. Adidas lagi best dari Nike. (promosi ini tidak berbayar atau dibayar yek). Kain dia lagi lembut dan sedap bila pakai. Ni berdasarkan pengamat penulis dan perkongsian cerita dengan rakan sekerja.

Realchelsea

liverpool 2ndBulan lepas masa 2nd jersi Liverpool di ‘launching’, kedai aku kena guna 2 pak guard. 1 jaga pintu, 1 lagi jaga baju. Tu baru 2nd jersi. Kalau 1st jersi tak tau la macam mana. ramai juga peminat Liverpool kat sini. “Never Walk Alone”. Ada orang Melayu kat sini nak beli. Tapi disebabkan ada tulisan  “Carlsberg” maka berputih mata lah nak beli. Tak pe yang penting korang dah tau pakai pakaian yang aga lambang Company Arak pun dah berdosa apatah lagi nak minum. Alhamdulillah umat dah semakain jelas sedikit sebanyak sekarang.

MUHari ni 1st jersi “Syaitan Merah” pulak di ‘launching’ kan. Siapa sponsor utama bagi pemenang EPL 2008 terjawab akhirnya. AIG masih lagi penaja utama kelab ni. Sebelum ni ada ura-ura cakap Saudi Telecom yang taja. Ada juga yang cakap company dari India yang taja. Mungkin AIG dah selamat sikit kot sebab tu dia masih lagi menaja MU. Mungkin juga sebab mendatangkan banyak keuntungan pada diorang. Apa-apa pun AIG dah jadi Syarikat Kerajaan US. Emmmm nak boikot ke? hehehe.

Tapi orang sini memang tak kisah berhabis duit untuk kelab bola kesukaan diorang. Orang cakap ‘Die Hard Fan’. Sanggup membeli semua set lengkap dari jersi, stokin, ‘training kit’, sampai baju anak pun ada. Kalau ‘training kit’ tu dari sweter, baju 2,3 jenis, seluar track dan macam-macam lagi. Mana lah tak hidup kelab bola kat sini. Bagi diorang £35 tu macam RM35 je kat Malaysia tu. Kalau kita temenung dah nak beli baju harga RM210 (setelah di’convert’ dari £ – RM).

ArsenalKesian kat jersi Arsenal yang baru. Kelab lain hantar berguni-guni baju untuk dijual. Arsenal dihantar 8 helai je. Tu pun tah kat mana duduknye. Jumpa baju tu pun lepas 2 minggu di launching. Sebelum jumpa baju tu boss asyik tanya je dah jumpe belum.

barcaBagi kami yang berpendapatan rendah ni hanya mampu membeli jersi ‘last season’ je. Nak beli yang baru tak mampu. Kalau harga £15 tu mungkin boleh difikirkan untuk beli. Tapi kalau dah harga £10, £8 apa lagi tunggu. Sambar je lah. Bukan senang nak dapat semurah tu. Lepas tu dapat pulak 15% offer sebab staff.

p/s : Sesiapa yang nak kirim apa-apa jersi boleh bagi tahu sekarang. Tiada cas penghataran dikenakan. Siap dapat offer 15% lagi. Harga mengikut kadar pertukaran wang semasa.

Nonton Sukan

bbcsport_logo

Aku duduk sini asyik melayan TV Sukan je. Sebelum bermula ‘summer’ hari tu tak habis-habis EPL, UEFA Champions League. Kadang-kadang ada kat UTV layan lah. Tapi kalau tak de tu tak dapat lah den nak melayannya. EPL,  Manchester United menang lepas tu UEFA Champions League, MU kalah dengan Barca 2-0. Hehehe kalah juga MU. (Maaf saya bukan penyokong MU)

epl-soccer-main1

Habis EPL, UEFA masuk pulak Piala Konfederasi. Mati-mati aku ingat perlawanan kelayakan Piala Dunia. Tu lah pelik macam mana Mesir boleh berada se’group’ dengan USA, Brazil. Kurang sungguh pembacaannya. Akhirnya Brazil menang juga 3-2 dengan USA.

wimbledon-tennis

Habis Piala Konfederasi, masuk pulak Wimbledon(sebut wimbloden). Wimbledon ni  tennis yang Roger Faderar menang Grand Slam kali ke-15. Habis dah pecahkan rekod dunia. Pete Sampras yang tengok perlawanan akhir antara Roddick dan Federer berharap agar Federer kalah. Melepas dah dia nak pegang pemenang rekod Grand Slam terbanyak. Tapi memang tensen juga tengok Federer main. Patut boleh dah menang tapi tak menang-menang. Akhirnya menang juga 14-12 pada set Ke-5. Andy Murry harapan Britan untuk ke ‘final’ tak kesampaian. Melepas lagi Britan. Bila lah agaknya orang Britan nak menang.

formula1

Setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali mengadap la BBC 2 nak tengok F1. Hamilton yang menang tahun lepas dah jatuh tahap Gaban. Tak tau masalah kereta atau orangnya. Jensen Button pulak seorang pemandu lama yang naik dengan ‘Brawn-Mercedes’ nya. Mungkin dah berlaku keserasian antara pemandu dengan kereta yang dibawa. Tapi kelmarin kat German macam mana diorang takleh menang pulak. Musykil muskil. ‘Red Bull’ pulak yang makin naik. Ferarri pun baru nak naik sikit bila Massa menang tempat ke-3 kelmarin. Raikonnen awal-awal dah masuk pit sebab masalah pada kereta. Tapi ape pun Britan masih boleh berbangga kerana Jensen Button seorang warga Britan.

Malaysia macam mana pulak? Bola sepak, tenis, rugby, F1 dan lain-lain semua tak boleh pergi dah. Takraw, Badminton dan Hoki harapan suatu masa dulu pun dah tak tau kemana arahnya sekarang. Malaysia, Malaysia… Malaysia Boleh!!! …ke dah tukar 1 Malaysia?

Jalan-jalan Melihat Alam

2 minggu lepas, kami berkesempatan berjalan-jalan ke Newcastle, Northern Ireland (bukan Newcastle England yek). Mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh BIC untuk komunuti Muslim di sini, kami sebahagian warga Melayu disini pergi dengan 5 buah kereta. Sebahagian yang lain ada yang naik bas. Tempat yang dituju Tollymore Forest Park, Castlewellen Forest Park dan Pantai apa tah. Jadi biar gambar yang bercerita……

Potong sayur-sayuran

Geng-geng Melayu potong sayur-sayuran untuk BBQ dalam hujan. 3 orang  yang memotong, yang lain beborak je

Muslimah

Kaum ibu dan muslimat duduk berehat sambil berborak dan menunggu makanan siap. Terbalik dah…..

Solat

Solat di tengah-tengah Tollymore Forest Park. Teringat zaman sembahyang atas tanah je….

kota sesat

Mencari jalan keluar dalam ‘Maze City’ (Kota Sesat) di Castlewellan Forest Park

sesat

Weh, macam mana nak ketengah tu wei…..

melayu

Antara komuniti Melayu yang turut serta…. Akhirnye semua berjaya, setelah keluar dari tempat mula dan masuk semula ikut pintu tamat. Tak aci ni.

Back 2 the future

Rupanya ada pameran kereta kat sini. Ni antara kereta yang dipamirkan. GMC, Back 2 The Future


kereta

Ni tak tau kereta ape

laut

Mamat 1 : Taklah sejuk sangat air ni. Panas-panas suam. Mandi best ni

Mamat 2 : Nak cari pasal. Tak nampak ke obor2 banyak bersantai tepi pantai ni.

  • Pages

  • Meta