Archive for January 28th, 2009|Daily archive page

Perihal ‘Credit Crunch’

credit_crunch

Minggu ni masuk minggu ke-3 aku kerja kurang 20 jam seminggu. Rasa dah macam tak kerja pulak. Kerja 3 hari je seminggu. Maka pendapatan pun dah berkurang sikit sebab gaji dibayar berdasarkan jam bekerja. ‘Rota’ dibuat oleh boss jadi ikut jelah. Bila tengok berita kat BBC, SKY kadar pengganguran meningkat. Banyak company tutup dan mengurangkan pekerja. Tempat-tempat seperti Job Centre, Job Centre Plus menjadi tumpuan para penganggur untuk mencari kerja. Kadar pengangguran hampir mencecah 2 million. UK pula secara rasmi telah mengalami ‘Recession’ awal tahun ni.

Masa aku datang ke sini Julai 2008 kadar tukaran wang 1 GBP = RM 6.5. Sekarang 1GBP = ±RM 5. Orang cakap kalau nak beli kereta sekarang murah kalau ikut harga Malaysia. Kereta pun turun harga dah. Banyak lagi lah benda-benda yang berkaitan ‘credit crunch’ ni. Harga rumah pun jatuh merudum. Orang kat sini tak cari tanah tapi lebih mencari rumah. Kat Malaysia orang lebih mencari tanah dari rumah. Harga sewa rumah pun dah menurun. Nak juga cari rumah lain kalau harga sewa rumah murah, selesa, cantik, besar dan berpatutan.

Walaupun kerja 3 hari seminggu aku tak kisah sebab nanti bila tiba Easter, summer ada pulak ‘sales’. Maka bertambah la jam kerja harapnya. Peel orang sini walaupun ‘Credit Crunch’ diorang tetap juga bershopping seperti biasa terutama bila masuk musim perayaan. Dah memang ‘trend’ diorang macam tu kot. Mentang-mentanglah orang yang tak kerja akan diberi elaun penggangur oleh UK Goverment. Diorang ni suka juga jual balik barang diorang kat ‘Carboot Sales’ terutama hari Ahad. Barang-barang yang elok tapi diorang dah tak nak pakai akan dijual dengan harga yang berpatutan. Sebab tu zaujah aku boleh beli ‘Play Station’ + 3 Cd Games dengan harga 6 GBP je. Boss aku cakap di suka ‘Credit Crunch’ sebab orang tak akan ber’shopping’ kat kedai mahal tapi diorang akan pergi ber’shopping’ kat ‘retail shop’ macam kedai tempat aku kerja. Maka kami yang untung.

Boikot punya pasal

Boikot Tesco

Suasana boikot semasa aku di Malaysia dan suasana boikot semasa aku di UK rasa berbeza sekali. Dulu aku rase tak bawak apa-apa makna kalau aku memboikot. Tapi bila duduk sini dengan tiap-tiap hari tengok BBC News maka rasa nak boikot tu makin membuak-buak. Aku harap suasana di Malaysia pun dah berubah dan tak sama macam aku duduk Malaysia haritu.

Walaupun digariskan beberapa barang perlu aku boikot terutama barangan US dan Israel laknatullah, tapi kat sini bukan sahaja barang tapi pasaraya pun termasuk. Kalau kat Malaysia tu mungkin susah atau tak ada langsung nak jumpa company/pasaraya yang secara langsung mengimport barang dari Israel, tapi kat sini bersepah barang diorang sebab UK bukanlah negara yang dasarnya Islam dan mereka mengiktiraf Israel itu sebagai sebuah negara. Dulu Kerajaan British yang yang mula-mula sekali membantu Yahudi membuka negara haram Israel di tanah Palestin sebelum di ‘takeover’ oleh US sekitar tahun 1940an. Aku dan zaujah tiap-tiap 2 minggu sekali kebiasaanya akan ke TESCO untuk membeli-belah barang keperluan rumah. Tapi semenjak ada kesedaran boikot ni, maka TESCO memang kami tak pergi langsung. Jadi kami ber’shoping’ dan ber’grocery’ kat Asian Market, Camseng dan yang paling setia Tipaza sebab ada jual daging halal kat situ. Sekarang ni ASDA pula menjadi pilihan menggantikan TESCO. Cuma ASDA ni jauh sikit dan susah sikit nak jumpa. Harga barang yang dijual pun lebih kurang TESCO murah dan jimat. Macam nak kena beli kereta pulak nampak gayanya sebab nak mudah bergerak.

  • Pages

  • Meta